Inilah akibatnya jika seringkali nak mencari salah orang saja sedangkan diri sendiri yang tak betul tu tak diperasannya...
Nak gunakan pengenalan diri seorang pak
cik untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar
meletakkan jawatan. Sedangkan nama kedua-dua mereka adalah sama.
Apapun, Tuhan lebih mengetahui dari hamba-hambaNYA...
Kan dah kantoi menipu...
HEBAT..SEMEMANGNYA HEBAT DATUK SAIFUDDIN INI BERBOHONG DEMI HENDAK MENGALIH ISU.
BAGAIMANA PULA NADANYA JIKA TIMBALAN ATAUPUN PENGERUSI SPR ADALAH
AHLI KEPADA SALAH SATU PARTI PAKATAN RAKYAT. ADAKAH NADANYA SERUPA
DENGAN NADA PADA HARI INI? SUDAH TENTUNYA TIDAK...PERHIMPUNAN BERSIH PUN TIDAK AKAN BERLAKU HATTA DIDALAM MIMPI SEKALIPUN.
SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk
Wan Ahmad Wan Omar menafikan beliau ahli Umno yang berdaftar di cawangan
Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan sebagaimana didedahkan PKR minggu
lalu.
Katanya, individu yang mempunyai keahlian Umno: 2374564 itu adalah orang lain dan tidak berkait dengannya.
"Saya bukan ahli Umno dan tidak pernah mendaftar sebagai ahli Umno sebagaimana yang di dakwa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail."Pendedahan berkenaan adalah berniat jahat untuk menjatuhkan maruah saya dan merosakkan kredibiliti SPR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, individu yang mempunyai keahlian Umno: 2374564 itu adalah orang lain dan tidak berkait dengannya.
"Saya bukan ahli Umno dan tidak pernah mendaftar sebagai ahli Umno sebagaimana yang di dakwa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail."Pendedahan berkenaan adalah berniat jahat untuk menjatuhkan maruah saya dan merosakkan kredibiliti SPR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dakwaan itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang
berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan
Pengerusi SPR.
"Perbuatan itu bermotifkan politik bertujuan untuk merosakkan
kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Dia
(Saifuddin Nasution) perlu bertanggungjawab atas pembohongannya serta
memohon maaf secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari
ini.
Wan Ahmad berkata, beliau juga tidak pernah mendaftar sebagai anggota Umno dan dakwaan itu sebenarnya berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR.
Saifuddin sebelum ini mendakwa kononnya Wan Ahmad seorang anggota Umno dengan No.Keahlian 2374564 yang berdaftar di Cawangan UMNO Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.
"Saya bukan orang Kelantan dan tidak pernah tinggal di Pasir Mas atau di mana-mana jua (tempat) di Kelantan," katanya.
Untuk makluman, Wan Ahmad berkata beliau berasal dari Terengganu dan bukan Kelantan dan nombor MyKadnya juga tidak sama seperti yang didakwa.
Beliau berkata, orang yang dimaksudkan Setiausaha Agung PKR itu sebenarnya ialah seorang anggota Umno yang memiliki persamaan nama dengan beliau.
Orang berkenaan ialah Wan Ahmad Wan Omar, pemegang MyKad bernombor 490101-03-5179 (Kad Pengenalan lama: 2756290), No Keahlian Umno 2374564, cawangan Kubang Bunggor Pasir Mas, Kelantan.
Berikutan itu, Wan Ahmad menuntut Saifuddin membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan namanya.
Ditanya apa yang akan dilakukan jika Ahli Parlimen Machang itu enggan berbuat demikian, beliau berkata: "Saya tunggu dia minta maaf dulu. Jika dia nak bersemuka, saya sedia."
Dalam satu kenyataan media baru-baru ini. Saifuddin mendakwa Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof adalah ahli UMNO. Ternyata semua itu fitnah!! Mc ambil dari sumber sini
Malah saksi si pemilik nombor kad pengenalan yang didakwa Timbalan Pengerusi SPR pun munculkan diri untuk membela Timbalan Pengerusi SPR.
Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan isu keahlian Umno oleh Setiausaha Agung PKR baru-baru ini, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)!
Dan oleh itu, dia melahirkan simpati dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.
Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.
"Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan yang ditemui Sinar Harian, semalam. Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.
"Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment