Monday, May 7, 2012

MAJLIS FATWA - HARAM SERTAI DEMONSTRASI CETUS HURU HARA DAN KEKACAUAN

HARAM maksudnya kalau buat berdosa dan tinggal dapat pahala ada FAHAM TAK? Bukan apa.. aku takut lembu pakai kopiah tak faham... upppss! depa mana tau Hukum... 
 
Bagi lembu-lembu dan penjilat ini HALAL maksudnya apa saja tindakan atau perbuatan yg MENGUNTUNGKAN mereka walau langgar undang-undang dan ajaran ISLAM itulah  HALAL. 
 
HARAM kalau apa-apa tindakan atau perbuatan yang baik, adil dan membantu selaras dengan undang-undang dan ajaran ISLAM oleh KERAJAAN atau UBN yg dilihat MERUGIKAN mereka itulah HARAM.

Yang dekat bawah ni... FAKTA betul tau bukan FATWA SESAT PAS or NIk Ajiz ya...

 
 ABDUL Shukor Husin (dua kanan) sambil diperhatikan Othman Mustapha (kanan) bercakap pada sidang akhbar Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di Sepang, semalam.
 
SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan adalah haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu kerana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lalu.

"Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah, niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak boleh bersetuju ke arah usaha mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.

Panel jawatankuasa tersebut yang dianggotai 24 ahli termasuk 14 mufti yang mewakili setiap negeri menegaskan, tindakan tersebut adalah haram dan bertentangan dengan pandangan majoriti ahli sunah wal jamaah yang menjadi panduan umat Islam di negara ini.

Abdul Shukor berkata, semua perhimpunan yang bertujuan tidak baik termasuk perhimpunan haram, Bersih 3.0 baru-baru ini tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat sebaliknya hanya mencetuskan huru-hara dan menyusahkan orang lain.

"Kita mengikut pandangan ahli sunah, perhimpunan itu haram dan tidak boleh. Bukan saja Bersih 3.0, ada banyak lagi perhimpunan asalkan tujuannya tak baik, hasilkan natijah tak baik, melanggar undang-undang dan sebagainya sedangkan kita ada cara yang baik, maka kita berdosa," katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.
Menurut Abdul Shukor, umat Islam juga dilarang sama sekali menyertai perhimpunan jika ia bertujuan menjatuhkan kerajaan yang sah selagi ia tidak membawa kepada kemusnahan, kemurkaan atau maksiat kepada Allah.

Sebaliknya, katanya, Islam menganjurkan umatnya supaya menggunakan saluran yang betul dan berhemah seperti perbincangan tanpa perlu menggadai keamanan dan kesejahteraan umat.

"Mereka yang terlibat perlu sedar dan insaf bahawa tindakan yang dilakukan bukannya ajaran Islam sebab Islam tidak pernah menyuruh umatnya mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara untuk mencapai sesuatu agenda.

"Lebih-lebih lagi sekiranya terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintah yang sah, ia ditegah sama sekali oleh Islam, termasuk seperti menderhaka kepada ulul amri," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, muzakarah tersebut turut membincangkan mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut Abdul Shukor, isu tersebut jelas haram dan umat Islam dilarang sama sekali untuk menyokong atau menunjukkan simpati kepada golongan tersebut.

"Isu itu sudah ditegaskan dalam Islam yang ia haram, oleh itu, tidak perlu ada sebarang fatwa macam sembahyang yang diwajibkan kerana ia sudah jelas,'' katanya.

Ditanya mengenai sokongan kepada pemimpin yang secara terang-terangan berpihak kepada LGBT, beliau berkata, umat Islam wajib menolak pemimpin tersebut kerana ia tidak menepati kehendak agama.

"Dalam Islam, apabila mahu memilih dan mengikut pemimpin ada kriteria yang perlu diikuti seperti pemimpin itu mestilah seorang yang berpengetahuan, amanah, bermoral dan mempunyai kredibiliti tinggi serta berpegang teguh pada agama yang dianuti,'' katanya.

1 comment:

Ariffin Abdullah said...

tolong jangan guna agama untutk survival politik kotor http://chomeini.blogspot.com/2012/05/demonstrasi-bersih-30-adalah-haram.html

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.