Satu demi satu hujah dan fakta yang digunapakai oleh Rafizi Lembu semasa
program debatnya dengan KJ dua malam dipatahkan dan berjaya disahkan
bohong. Dia bercakap ikut sedap keluar mulutnya kerana semata-mata nak tunjuk hebatnya dalam siaran langsung yang disiarkan.
Pada malam tersebut KJ berjaya dedahkan pembohongan Rafizi Lembu berhubung pendidikan percuma di Turki. Semalam pula ramai kawan-kawan kita yang berjaya bongkarkan satu persatu pembohongan dalam hujah Rafizi Lembu.
Rafizi Lembu ingat semua orang boleh dibodohkan seperti lembu-lembu PKR
yang sering dibodohkan tuan-tuannya. Tidak.....jangan pandang kami
sebelah mata. Kami mampu cari fakta yang sebenar dengan pantas
menggunakan teknologi maklumat yang wujud hari ini.
Yang penting kami tidak sebodoh lembu-lembu PKR....Dah terang-terang
dalam video pun ada lagi yang masih percaya itu bukan tuan mereka. Saya tidak tahu selepas ini samada masih ada penganjur yang hendak
menjemput Rafizi Lembu atau tidak untuk program-program yang lain.
Lagi pembohongan Rafizi Lembu dibongkarkan.Kali ini oleh rakan FB, Helmi Effendy.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sememangnya debat antara Saudara
KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang
mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi
yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya
mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta
yang tepat dan benar mengenai debat itu.
1. Sikap Rafizi
yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan
itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik
bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu
mungkin dalam perdebatan yang lain.
2. Saudara Rafizi
kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk
menyokong pendapatan beliau mengenai pendidikan percuma. Malah, beliau
memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk
membidas fakta Rafizi.
3. Maka, tugas saya di sini untuk
membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk
duduk di tempat KJ kelmarin ). Rafizi mendakwa bahawa
negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya
bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang
mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan
pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah
dakwaan itu?
4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:
A) Electronics (21.6 percent)
B) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)
C) Forest industry (13.1 percent)
D) Chemicals (10.9 percent).
E) Agriculture and forestry 4.5%,
F) Industry 18.3%
G) Construction 7.3%
H) Commerce 16%
I) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,
J) Transport and communications 7%
K) Public services 32.4%
Sekarang ini, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan
bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?
5.
Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak
mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu).
Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam
ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan
menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan
Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara
yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta
rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68
dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia.
Sumber : Sila klik di sini
6. Perbandingan
ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan
(bak kata saudara KJ). Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan
nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak
baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal.
7. Apa kata kita ambil
Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita.
Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan
percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa
cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak...
saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya.
Sumber : sila klik di sini
"Brazil
is known for charging a high tax burden from its citizens and companies
established. We will provide an overview of the most common taxes in
Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
8. Kenyataan
itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan
banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi
kena terima hakikat nothing is free dalam
dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan
percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah
CUKAI YANG TINGGI.
9. Tak puas hati lagi? Mari-mari
menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel
yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai.
Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
Sumber: sila klik di sini
10.
Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma.
Heheheh, kaki kelentong betullah awak ni. Awak fizi yang comel, tak
nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu,
bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.
Sumber: Sila klik di sini
Eh,
apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada
rakyat, tetapi kenapa sebaliknya? Sampai kena tangkap tu Mahasiswa
Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ?
11.
Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan
nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang
ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan
pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan
dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka
sendiri.
12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua,
anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu
kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu,
tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan
itu ialah darah dagingnya.
13. Perkara lain, saya tak
perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah
dijawab dengan kemas oleh saudara KJ.
14. Oh ya, ada lagi
yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji
bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas
tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU yang lepas pun tak
habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.
15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain.
- Membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
- Memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri.
- Memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah.
- Memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti.
- Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai.
Kesimpulannya
ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi
sebenarnya lebih kepada putar belit yang dipelajari daripada sifunya
Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan
tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan,
InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel
ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta.
Akhir
kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan
orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin
ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.
Itulah antara pembohongan-pembohongan Rafizi Lembu yang berjaya dikesan oleh rakan FB, Helmi Effendy.
RBF:Rafizi Lembu semasa berceramah pada malam tersebut dengan
penuh bangganya memberitahu yang dia telah ke Kedutaan Finland untk
mencari fakta-fakta mengenai Finland. Timbul persoalan dalam fikiran
saya, jika dia telah ke sana , bagaimana fakta-fakta yang dikemukakannya
pada malam tersebut tidak betul ?
Tak mungkin kakitangan Kedutaan Finland boleh memberi makumat yang salah kepadanya tentang negara mereka.
Antara dua sahaja,
1) Benar Rafizi Lembu pergi ke sana dan kakitangan kedutaan telah
memberi fakta yang benar, kemudiannya ditukar oleh Rafizi Lembu untuk
menyedapkan ceramahnya.
2) Rafizi Lembu tidak pernah pergi ke Kedutaan Finland.
Jika sesiapa yang ada kaki atau ada jalan yang boleh menyemak dengan
Kedutaaan Finland samada benar atau tidak Rafizi Lembu kesana, tolonglah
lakukannya.
Sebab jenis puak-puak ini mereka sanggup berbohong apa-apa sahaja
asalkan nafsu politik mereka puas. Kalau yang lain dia boleh bohong,
setakat kehadirannya ke Kedutaan Finland, itu kecil punya bohong sahaja.