Tuesday, September 28, 2010

TAKZIAH ADUN GALAS MENINGGAL DUNIA : KERUSI DUN GALAS N45 KOSONG

PRK N45 GALAS

N45 GALAS
Jumlah Pengundi: 10,330
Peratusan Kaum: M:65.81% C:22.03% I:1.81% L:10.32%
1. Che Hashim Sulaima (Pas) (4,399)
2. Mohamad Saufi Deraman (BN) (3,753)
Majoriti: 646
Jumlah undi: 8,323
Peratus mengundi: 80.57%
Undi rosak: 171
Penyandang: Mohamad Saufi Deraman (BN)
(Majoriti: 1,729 undi)


Terlebih dahulu salam takziah kepada keluarga Allahyarham yang meninggal dunia petang semalam setelah mengharung tempoh yang lama dalam melawan penyakit yang dialami beliau.

Kerusi Galas sepatutnya sudah lama dikosongkan oleh beliau kerana sepanjang menjawat jawatan wakil rakyat Galas beliau sentiasa sakit dan gagal menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Tidak perlu mempertahankan jawatan sehingga ke akhir hayat.

Nik Aziz khuatir jika kerusi itu dikosongkan awal, maka ia akan kembali kepada BN kerana keadaan politik semasa lebih memihak kepada BN.

Apapun bagi penulis, medan PRK Galas merupakan penanda aras sokongan rakyat terutama di kelantan untuk mahu berubah bersama kerajaan UMNO atau mahu kekal membangun bersama PAS... yang pasti data pengundian amat penting untuk menilai isu semasa setempat dan nasional untuk dijadikan analisis bagi mencari strategi paling sesuai bagi mehadapi PRU akan datang...

Bagi rakyat Kelantan sudah tiba masanya untuk kita berubah angin... peluang sudah diberikan sekian lama pada kerajaan PAS... adalah tidak salah berubah mencuba sesuatu yang baru... mana tahu lebih baik lagi buat rakyat Kelantan... kalau tau ok juga boleh balik kepada PAS dan boleh terus menjadi negeri membangun sepanjang masa...

Takziah sekali lagi buat keluarga Allahyarham... moga Allah merahmati dan mencucuri keampunan kepada roh beliau dan ditempatkan bersama orang yang soleh...
.
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.