Friday, September 24, 2010

SKANDAL KEWANGAN MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA

MPPJ pula masaalah .... Salahkan BN juga ke Khalid?


Skandal Kewangan MBPJ?

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang berhadapan dengan isu kewangan yang besar. Rezab tunai Majlis telah berkurangan hampir RM 100 juta.

Pada akhir tahun 2007, MBPJ mempunyai rezab sebanyak RM 162, 699, 254.00 (RM 162.7 juta). Ini diumumkan dalam Majlis pada 1 Julai 2008. Bagaimanapun rezab tunai MBPJ jatuh kepada RM 80 juta pada akhir tahun 2008. Kehilangan lebih separuh rezab ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. Dua orang EXCo yang bertanggung jawab iaitu Ronnie Liu dan Hasan Ali harus menjawab isu ini.

Mengapa dalam masa setahun sahaja rezab tunai MBPJ berkurangan kepada separuh?
Menurut minit Mesyuarat Majlis pada 23 Oktober 2009 rezab tunai MBPJ dijangka hanya tinggal RM 79 juta berikutan Bajet defisit MBPJ sebanyak RM 1.3 juta bagi tahun 2010.

Keadaan kewangan ini bertentangan sama sekali dengan kenyataan Ronnie Lui dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor April 2010 yang menyatakan rezab tunai MBPJ ialah sebanyak RM 191 juta bagi tahun 2009 (lihat laporan akhbar The Star 15 April 2010). Apakah mungkin dengan tiba-tiba sahaja rezab MBPJ boleh bertambah lebih RM 100 juta dalam bulan November dan Disember 2009? Ia boleh secara sekelip mata seperti mana hilangnya juga sekalip mata pada 2008?

Atau apakah Ronnie menipu angka tersebut bagi menunjukkan MBPJ berada dalam keadaan baik?

Selangordaily

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.