Tuesday, September 28, 2010

NEPOTISME & KRONISME : TERBUKTI SEKARANG PKR PARTI UNTUK ANAK BERANAK DAN KRONI ANWAR SAHAJA


Sumber : Anwar Pembohong

PKR SDN BHD

Kronisme & Nepotisme,dua perkataan ini yang menjadi modal Anwar untuk menyerang Umno dan BN . Sebenarnya yang kuat mengamalkan Kronisme dan Nepotisme adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Sejak dari beliau memegang jawatan didalam kabinet hinggalah beliau menjadi ketua umum PKR,amalan ini tidak pernah lekang daripada beliau.

PKR menjadi sebuah parti anak beranak dan kroni Anwar sekeluarga apabila Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai akan bertanding jawatan naib presiden parti.

Si ayah menjadi ketua umum,si ibu menjadi presiden dan si anak pula bakal menjadi naib presiden.Kemudian kroni kesayangan Anwar pula mahukan jawatan timbalan presiden.

Anwar bertindak kempen manager kepada semua calon calon pilihan semasa bertanding,beliau mahukan orang orang beliau menguasai keseluruhan parti dari peringkat cabang hinggalah ke peringkat pusat.

Apabila Anwar melabelkan UMNO sebagai parti yang mengamalkan kronisme dan nepotisme,ini seolah olah beliau membuka pekung sendiri.Allah maha adil dan melihat.Segala apa yang ditohmah Anwar kini kembali kepada diri beliau sendiri.

PKR sekarang ini hanya retak menanti belah,perpecahan yang teruk dari peringkat ranting hinggalah ke cabang jelas merosakkan parti dari dalam akibat amalan nepotisme dan kronisme yang amat teruk.

Politik wang turut berleluasa semasa pemilihan,ratusan ribu ringgit ditabur semata mata mahu membeli undi diperingkat cabang. Rasuah politik menjadi amalan mereka,dan tidak menjadi masaalah buat Anwar kerana beliaulah pelopor amalan politik wang semasa beliau berada didalam UMNO dulu

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.