Salam Perjuangan,
Penulis sentiasa berdoa agar Allah SWT memperlihatkan kebenaran dan wajah sebenar kumpulan yang kini giat memecah belahkan ummah malahan terang terangan memperguna Islam untuk kepentingan diri... Malahan secara terang terangan melacurkan agama dan bangsa demi mendapatkan kuasa... mereka yang berfikir hanya demi kuasa... kuasa... dan kuasa... yang rela menggadaikan apa sahaja walau maruah dan harga diri di pijak oleh bangsa dan agama lain...
Hebat bukan... baru setahun jagung dan baru sahaja dapat sedikit kuasa sudah seteruk ini jadinya... demi kuasa sanggup membelakangi ukhwah dan bai'ah perjuangan... bertumbuk... bergaduh... bertegang urat malahan membawa kaki pukul serta mensabotaj demi KUASA... itlah maha hebatnya tarikan KUASA... menyerlahkan PKR parti yang dinaungi insan yang tidak kenal erti budi, tertib dan kesabaran... tetapi insan bersifat pemarah, pendendam dan berperwatakan 'gangster'... bukan sahaja ahli biasa malahan pemimpin berjawatan exco, Y.B malahan Ahli Parlimen turut tumbuk menumbuk dan bergaduh... Inikah pemimpin yang kita mahukan untuk memimpin kita??? FIKIRKAN kesannya orang begini kita naikkan... jahanam!
PKR bukan lagi seperti zaman 1999 dahulu yang pernah penulis sertai... PKR kini adalah alat tunggangan bagi memuaskan nafsu serakah pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim serta kroni serta keluarga mereka... jauh.. amat jauh terpesong... dari prinsip keadilan keterlusan dan integriti... berjuang ikhlas tanpa inbuhan... rela terkorban demi sebuah perjuangan... itu sebabnya ramai reformis yang mendukung gerakan bermula tahun 1999 sudah hilang lenyap... malahan pemimpin yang mengasaskan gerakan reformasi sudah tiada lagi dalam kini... yang tinggal hanyalah 'opurtunis' dan muka baru yang taksub kepada Anwar... senang cerita geng lama sudah meninggalkan PKR kerana jelak dan jijik dengan apa yang berlaku...
Allah SWT memberikan sedikit kemenangan kepada mereka sebagai satu ujian... namun mereka gagal dalam ujian ini... ujian yang akhirnya menunjukkan wajah sebenar mereka kepada rakyat... lihat sahaja peristiwa dalam pemilihan PKR... sudah ada team... "TEAM HARAPAN" yg dinaungi secara senyap oleh Anwar Ibrahim... dengan matlamat agar Azmin Ali mengetuai Team Kroni Anwar naik menguasai PKR... teringat dahulu Anwar semasa dalam BN mengetuai "Team Wawasan"... serupa dan sama itulah modus operanti yang mereka gunakan sekarang untuk menguasasi PKR ... senjata utama mereka jangan tak tahu "D.U.I.T"...
Mari Fikirkan... mereka tuduh
UMNO KRONISME - PKR & PAKATAN lebih lagi... parti anak beranak Anwar Family dan Karpal Family serta Nik Aziz Family...
KERAJAAN TAK DEMOKRASI - PKR & PAKATAN lebih lagi... "TEAM HARAPAN" Azmin Ali dapat sokongan GANAS dengan calon yang lain dicantas... bukti banyak menang tanpa bertanding (Anwar Call) dan yang bukan "Team Harapan" jika menang Cabang berkenaan digantung dan keputusan dianggap tidak sah.
UMNO & KERAJAAN RASUAH - Lihat Rasuah dalam DAP, PAS dan PKR... baru setahun jagung berkuasa lebih hebat mereka menyapu duit kerajaan... bukti kes di kelantan, ronnie liew dan khalid Ibrahim... malahan dalam Pemilihan PKR ini duit menjadi senjata utama... malahan kroni mereka sapu semua projek di negeri dikuasai Pakatan...
UMNO & KERAJAAN KEJAM - Pakatan Rakyat lebih kejam... di Pulau Pinang berapa kampung di musnahkan... melayu sudah merempat... Hak melayu digadaikan Cina dibela... Melayu dipinggirkan secara sistematik... Lihat saja situasi semasa kalau kes libatkan Cina dan India wah menyalak bagai nak gila tapi kalau kena melayu... mereka buat tak tahu sahaja...
UMNO & KERAJAAN KAFIR & TIDAK BERAGAMA - Pakatan dibawah PAS lagilah perguna Islam keluar fatwa sesat dan memecahbelahkan ummah... DAP memijak dan perguna Islam dengan guna fatwa PAS... baca dan petik serta ulas (ulasan terpesong) Ayat Al-Quran malah mengaku dan kata lebih faham berbanding org Islam sendiri... PKR pula menyokong tindakan sabotaj terhadap Agama Islam... rela guna Kalimah Allah untuk Kristian dan perdebat islam sebagai agama rasmi... apa cerita ni...
PEMIMPIN UMNO & BN SKANDAL - Pemimpin Pakatan lebih hebat... simpan GRO... bergambar bogel... Pempuan cina bersekedudukan dengan lelaki Islam... projek di pejabat... siap bawa perempuan simpanan ke majlis Istana... malahan sehingga sex luar tabii dan liwat... yang melucukan setiap tindak tanduk mereka pasti dihalalkan dengan fatwa sesat PAS... mengecewakan betul... malahan mereka yang terlibat tidak dikenakan tindakan malahan 'naik' pangkat lagi seperti apa yang mereka lakukan tidak 'salah' dan biasa sebagai amalan yang diterima... GILA!
Itu baru sikit... kalau penulis dedahkan semua boleh tulis jadi buku teks... FIKIRKAN SEMUA... masih mahukah kita kekalkan mereka ini??? layakkah kita letakkan harapan dan masa depan kita pada mereka??? Apakah nasin Negara, Islam dan Bangsa terjamin dengan mengekalkan pemerintahan mereka???
kalau beginilah wajah sebenar mereka... baru setahun jagung pegang kuasa dah macam-macam onar dilakukan... Bagi saya sudah cukup kita bagi mereka peluang dahulu... kini kita perlu perbetulkan kesilapan kita... kesilapan memberikan mereka kuasa... WAJIB dan menjadi tanggungjawab kita menolakkan mereka... andai kita masih rela bersekongkol dengan mereka apakah sanggup anda memikul Dosa dan akibat kesilapan kita ini nanti... malahan yang lebih besar apakah anda sanggup berhadapan dan menjawab dihadapan Allah Azzawajallah akibat atas kesilapan kita ini...
MARI RENUNGKAN SEMUA WAJAH SEBENAR PENGIKUT DAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
Sepertimana yang kita sedia maklum, Pemilihan PKR peringkat Cabang sedang berlangsung dan lebih separuh telah selesai. Dan kita dikejutkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan apabila berlakunya kekecohan di beberapa PKR Cabang.
GAMBAR-GAMBAR MEMBUKTIKAN BETAPA GANGSTERNYA ORANG DALAM PAKATAN RAKYAT TERUTAMA PKR... INIKAH INDIVIDU YANG KITA MAHUKAN UNTUK MEMIMPIN NEGARA???
PKR K Langat sampai bertumbuk dan kertas undi disepah
Sumber : The Unspinner
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kuala Langat telah diadakan semalam di Dewan Wawasan Batu 9 Telok Panglima garang pukul 10 pagi. Pada pukul 3:30 petang begitu, peti undi telah dipecahkan dan kertas undi disepahkan dalam dewan tempat pengundian.
Turut berlaku sekali insiden baling kerusi (isyyy ... ingat macam MIC dulu-dulu) dan tumbuk menumbuk antara kumpulan ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Azmi Tahir dan calon Ketua cabang, Syukor.
Punca protes datang dari bekas Ketua Cabang, Abdul Razak Halidi dan lebih kurang 40 penyokong yang dinafikan kelayakan mengundi bersama 2 calon lain yang menentang Abdullah Sani.
MAT terpaksa di tunda ke Nov 2010. Macam cerita Tamil saja ini.
Yok Yolah reformasi, lebih demokrasi, bersih, ..... loya dengar si liwat lalak.
Kapar pun gaduh ...
Pergaduhan berlaku antara penyokong calun-calun yang bertanding yang biasanya menyaksikan pertanding pelbagai penjuru dalam setiap jawatan.
Di cabang kapar, rusuhan dan pergaduhan berlaku antara 3 kumpulan utama. 6 kem bertanding jawatan ketua cabang. Masing-masing tidak berpuas hati terhadap pelbagai kempen dari pihak lawan.
Ia bermula bila ada kumpulan yang mempertikaikan senarai perwakilan yg hadir. Bilangan ahli yang meningkat mendadak adalah mencurigakan. Jumlah tersebut jauh berbeza dengan senarai yang dikeluarkan minggu lalu. Adalah difahamkan senarai itu baru disahkan malam tadi.
Proses pengundian juga kucar kacir. Undi belum bermula tetapi sudah ada kertas yang telah dipangkah. Kertas undi kemudiannya dikoyak oleh mereka yang tidak berpuas hati dan dibaling ke lantai.
Perang mulut akhir nya memulakan kejadian pergaduhan antara kumpulan melayu dan kumpulan India. Kerusi juga kelihatan melayang bagaikan ada sayap.
Mesyuarat agong itu kemudian ditangguhkan dan terus dibatalkan.
Ada pihak yang sangat tidak berpuas hati dan bercadang untuk membuat lapuran polis.
JOM GADUH, itu lah makna baru dalam perjuangan Parti Pkr.
Demokrasi oh demokrasi, semakin jauh dan terus lari.
Mesyuarat Agung PKR Pair Sulong pun gaduh
Terbaru ramai perwakilan PKR yang memulaukan mesyurat cabang di Parit Sulong. Ianya berpunca salah seorang Calon ketua cabang mangadakan mesyuarat cabang di rumah beliau [rujuk sini].
Katanya, kira-kira 20 orang perwakilan membantah mesyuarat itu diadakan di kediaman timbalan pengerusi tetap cabang itu, Alias Samsir yang turut bertanding jawatan ketua cabang.Yang keduanya adalah disebabkan cara notis panggilan mesyuarat di keluarkan yang didakwa melanggar etika dan perlembagaan parti itu. Kerana notis tersebut - yang dikeluarkan pihak pusat - sepatutnya ditandatangani oleh setiausaha cabang berkenaan.
Ianya adalah pelanggaran terhadap etika dan perlembagaan parti yang banyak cabang PKR sengaja melakukannya..
Inilah akibatnya jika gila kuasa.. tapi ini bukan sesuatu yang mengejutkan, Bos Borek, pengikut rintik... kiranya perangai ahli PKR dan Aljuburi sama sahaja.. gilakan kuasa.. Inilah sebenarnya yang telah melanda PKR.. gila kuasa...
Kalau Juburi dah nak bagi kuasa pada anak beranak dan keluarga.. inikan pula ahli parti mereka..
PKR Merbuk kecoh semalam
PKR cabang Merbuk kecoh setelah ahli mereka bertumbuk kerana tak puas hati calon Ketua Datuk Rashid Din menarik diri setelah mendapat tekanan dari Anwar untuk berundur.
Calon pilihan Anwar Saiful Izham Ramli menang tanpa bertanding seperti dikehendaki Anwar, Azmin dan Saifudin.
YB Manikumar, Adun Merbau Pulas, Exco kerajaan Kedah kini di IPD Kuala Muda untuk urus ahli PKR yang buat laporan polis kerana ditumbuk.
Ahli PKR Sungai Petani akan buat laporan polis jam 8.30 pagi ini di IPD Sg Petani atas penipuan pemilihan Cabang PKR Sg Petani.
Menurut 5 Pemerhati proses pengundian, YB Johari hanya mendapat sekitar 50 undi semasa kiraan pertama, manakala pencabarnya Kumar, Seorang tukang besi mendahului lebih 400 undi.
Walaubagaimanapun, setelah berlaku kiraan semula, YB Johari yg merupakan org kanan Azmin dan Saifuddin diistihar menang!
Dari Parpukari
Sebelum itu ada sms diterima kami:
YB Johari Abdul, MP Sg. Petani, tewas dlm pemilihan ketua cabang PKR Sg. Petani sebentar tadi. Beliau tewas kpd seorang calon 'pilihan rakyat' En. Kumar yg hanya bekerja sbg seorang tukang besi di pekan sg petani. YB Johari mendapat sokongan kuat Azmin Ali dan antara MP yg umum secara terbuka sokong Azmin utk timb presiden PKR. Kini PKR cabang sg petani berhadapan risiko digantung krn calon pilihan anwar n azmin tewas. PKr cbg Merbuk juga ketch setelah terjadi tumbuk menumbuk akibat ahli tidak puashati apabila calon ketua Datuk Rashid Din menarik diri setelah mendapat tekanan dari anwar utk berundur. Calon pilihan anwar Saiful izham Ramli menang tanpa bertanding spt dikehendaki Anwar, Azmin dan Saifudin. Akibat insiden tumbuk, YB Manikumar, Adun Merbau Pulas exco k'jaan Kedah kini di IPD Kuala Muda utk selesai ahli pkr yg buat laporan polis setelah ditumbuk......pkr dah jadi caca marbaBaca cerita di blog pembangkang sini dan sini
Ini MIC ka PKR. Dengar banyak cabang banyak ahli last minute untuk tumbangkan calun2 Melayu. Banyak permainan Soh Chee Wen dan kuda tunggangannya Zaid Ibrahim.
PANDANGAN ANDA?? SILA BERI PANDANGAN ANDA DENGAN MENGHANTAR KOMEN..
No comments:
Post a Comment