Wednesday, September 1, 2010

NIK AZIZ DERHAKA - PAS SETUJU TAZKIRAH BUKAN ISLAM

PANAS- Nik Ajis Sekali Lagi Menderhaka Pada Sultan Selangor

KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

Sumber Bernama

PENULIS
- ikutlah Nik Aziz ooiii! kalau nak berdebat sure ko putar belit ayat Al-Quran, Hadis dan Sirah... so beginilah dalam Islam kena taat pada pemerintah - hukum WAJIB! so sultan kata tak boleh tak boleh lah... dalam Islam penderhaka wajib diperangi... Nik Aziz minta perang ke??? kerana dalam Islam keputusan pemerintah itu pasti ada sebab dan makna tersirat demi menjaga kemaslahatan ummah...

- jgn sibuk jaga tepi kain orang di selangor... walaupun ramai org kelantan merempat cari makan di sini sebab kelantan tak ada kerja bukan bermakna suka-suka ko boleh campur...Apa kata Nik Aziz buatlah program tazkirah oleh Kafir Harbi di seluruh pelusuk kelantan... jemput wanita kafir pakai seksi bg tazkirah... kalau boleh bg tazkirah dari mimbar... ha baru nampak bersinar keislaman PAS...lepas tu tengok apa reaksi Pemangku Sultan Kelantan...

- kalau org Islam sendiri bagi ruang & peluang kepada Kafir mencemar Islam apa akan jadi nanti... Allahuakbar!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.