Friday, March 18, 2016

BUBAR MAJLIS PEGUAM YANG TERBUKTI ALAT FITNAH PEMBANGKANG MEROSAKKAN RAKYAT

http://wakeupmalaya.com/wp-content/uploads/2015/02/19_09_14_02_majlis_peguam_diselar_jadi_alat_pembangkang.jpg



Tindak tanduk Majlis Peguam jelas dan terbukti BERPIHAK, MENYOKONG dan MENDOKONG idea, perjuangan dan taktik licik serta kotor PEMBANGKANG yang jelas semata-mata mahu memburukkan dan mencemar persepsi rakyat kepada kerajaan AGAR PEMBANGKANG BERKUASA.

Majlis Peguam sudah jadi ahli politik dengan bawa orang ke jalan raya dan sebagainya suruh demonstrasi jadi berani untuk lawan polis kerana ada peguam di belakang malah siap menghasut orang supaya melanggar undang-undang. Jika kena tahan jangan risau, kami ada di belakang. Ini satu mesej salah yang diberikan oleh Majlis Peguam kepada rakyat kata pengamal undang-undang MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ.

Sekarang Majlis Peguam sudah melanggar batas apabila mempersoal kuasa prerogatif DYMM Yang Dipertuan Agong serta proses perundangan yang telus dan sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

BILA KERAJAAN INGIN BERTINDAK??? TUBUH SAHAJA BAR COUNCIL KE DUA...

BILA TERTUBUH YANG KEDUA... BUBAR DAN TUTUP SAJA BAR COUNCIL SEKARANG INI YANG MENJADI PENJILAT, MACAI DAN KUDA TUNGGANGAN PEMBANGKANG!!!

BAR Council mempertikaikan proses perundangan yang telus dan sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Persatuan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) mengecam tindakan Majlis Peguam yang akan membahaskan usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan itu Sabtu ini bagi meminta Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara.

Menurut JALSOA dalam satu kenyataan, tindakan tersebut seolah-olah mempertikaikan proses perundangan yang telus dan sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kata kenyataan itu lagi, sekiranya desakan tersebut diteruskan, ia boleh dilihat sebagai mengganggu pelaksanaan kuasa dan budi bicara Peguam Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

BAR Council mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong.

Cadangan Badan Peguam Malaysia meminta Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara samalah seperti mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan penyingkirannya juga atas perkenan baginda sekiranya baginda memutuskan Peguam Negara tidak layak atau tidak mampu menunaikan tugasnya.

Badan Peguam Malaysia akan membahaskan pada mesyuarat agung tahunannya Sabtu ini, satu usul meminta Mohamed Apandi mengundurkan diri sebagai Peguam Negara.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.