Thursday, February 4, 2016

KESIAN BINI MUKHRIZ MADER BARU NAK CARI RUMAH SEWA DI KEDAH TAK JADI PULA

DS Mukhriz Mader penulis akui baik humble dan mudah mesra serta pandai menyesuaikan diri kepada mana golongan pun yang didampingi. Mengenali beliau sejak 2004 lagi ketika itu beliau hanya orang 'biasa' dan telah mula aktif mengorak langkah dalam politik dan agak lama juga penulis tidak bertemu hanya dapat mendengar khabar dari "orang rapat" yang "mengepung" disekeliling beliau. Namun dari jauh kita sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan teman lain....

Laluan karier telah dibuka untuk beliau sebenarnya oleh DS Najib Razak malah ketika tewas pada pemilihan PAU hayat politik beliau umpama tersekat NAMUN nafas dan jalan baru diberikan dengan beliau bertanding di DUN Kedah dan menang lantas menjadi MB Kedah... 

Platform telah diberikan untuk beliau berkarya dan membuktikan sesuatu namun malangnya beliau gagal dan padah yang diterima kini wajar membuat beliau "muhasabah" diri dan berhenti sejenak menarik nafas untuk berfikir seketika... mengapa kenapa dan punca... usah ikutkan hati, rasa dan amarah.... usah ikutkan nasihat "orang rapat yang "mengepung" diri... usah terpengaruh dengan "punahsihat" opurtunis di sisi... buka minda dan tanya hati... apa sebenarnya yang telah terjadi....

Kesilapan... ya... memang benar... ia adalah kesilapan dalam membuat percaturan, keputusan dan pilihan...  

Percaturan, keputusan dan pilihan ini yang mengheret dan membawa mukhriz ke dalam kedudukan ini... bukan salah sesiapa namun salah diri kita yang gagal melihat 360 darjah ke sekeliling dan menjangka paluan rentak politik nasional dan negeri kedah amnya... 

Benar you rasa popular... benar you rasa kukuh dan benar juga you rasa cukup hampir dengan warga kedah... namun berita itu disampaikan oleh "orang rapat yang "mengepung" diri you... yang mahu membuat you "feel good", selesa dan selamat... walhal sudah gegak gempita, menggunung ranjau yang tiba dan mendung langit tidak disampaikan secara terlus pada you... you masih rasa enak dilambung mimpi didodoi "opurtunis" yang mahu menggunakan you dalam percaturan konspirasi nasional....

Kalau penulis masih disisi mukhriz dan saudara masih mahu mendengar pandangan ikhlas nescaya saya minta mukhriz bertindak menjadi jambatan pendamai semasa awal-awal lagi krisis M-N berlaku... bukan memilih pihak dan mahu berlagak hero yang dicop opurtunis. Malah penulis akan merasionalkan mukhriz pindah segera bawa family duduk di Kedah terus sebaik menjadi MB... biar anak dan isteri memijak bendang bukan memijak Paris, London dan berlayar mewah di atas kapal layar... Kita akan jadualkan agar Mukhriz sentiasa bertemu dan berbincang serta merujuk ayahanda "warlord" kedah agar kita berada dalam kelompok yang sama... untuk memahami merasai denyut nadi orang lama ini... dan menjiwai kehendak mereka....

Namun apakan daya... nasi sudah menjadi bubur... kalau baru seminggu dua wife you nak cari rumah sewa dan berniat nak bermastautin di kedah memang amat terlewat sekali Mukhriz sedar akan masalah ini... cukuplah perkara yang terjadi sudah pun terjadi... usah dikenang kerana perkara sudah pun berlaku... yang penting bagaimana mahu bergerak ke hadapan... you tidak rugi atau kehilangan apa-apa... kehidupan berjalan seperti biasa... hanya tiada lah jawatan MB dan gaji MB lagi... 

Sekali lagi... mohon saudara "muhasabah" diri dan berhenti sejenak menarik nafas untuk berfikir seketika... ke mana arah yang mahu diambil selepas ini... jadilah lebih bijak dalam membuat percaturan langkah... jangan lah saudara berdiri dan mengambil langkah dalam jalan yang sama... Fahamilah bahawa di persimpangan ini segalanya bakal ditentukan... noktah.

- Idealis Malayasia mengucapkan terima kasih pada sahabat penulis yang menghantarkan emel begitulah al-kisahnya -


PETIKAN ARTIKEL
 
But truth be told, that was only a part of his problems. Mukhriz had a good people image and got off to a good start in 2013. He was able to say and do the right things.

He also played his part as the Islamic leader, donning a jubah and giving funds tosekolah pondok that are a part of Kedah politics.

However, by his second year, the political grapevine was going on that he was a “part-time MB” who spent more time in Kuala Lumpur than Alor Setar.

Some of them labelled him a “billboard MB” because they only got to see him on billboards in the town.

He did not put enough time into party work and was unable to work with the Kedah party leaders. One thing led to another and, finally, there was the political mutiny.

His glamorous wife Datin Seri Norzieta Zakaria, who continued to live in Kuala Lumpur, only started to look for a house to rent in Alor Setar the last few weeks but it was too late. (SUMBER - KLIK)

BERMINGGU CARI DAH RUMAH SEWA 
TAPI TAK JUMPA RUMAH MACAM NI DI KEDAH 
DAH TERLAMBAT SUDAH... TENSION BROKER RUMAH HEHEHE....

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/rumahmukhriz4.jpg
 http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/rumahmukhriz5.jpg

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.