Monday, February 1, 2016

BOCOR MEMO KP PULAK TINGGI BETUL INTEGRITI PEGAWAI SPRM BEROTAK KELAS KETIGA NI


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar bahawa beliau lebih rela meletakkan jawatan daripada mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang hanya menjalankan kewajipan mereka di bawah undang-undang.

Abu Kassim berkata demikian dalam memo dalaman yang terbocor dan kini beredar di media sosial.


“Saya ingin menegaskan bahawa saya rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM dan menegakkan keadilan, serta hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut undang-undang negara,” katanya dalam memo yang telah tersebar di Facebook.

 Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob mengesahkan bahawa kenyataan Abu Kassim hanya bertujuan untuk edaran dalaman saja.

"Kenyataan itu bertujuan hanya untuk kakitangan SPRM. Jika telah bocor di Facebook, orang yang bocor ia perlu bertanya kepada diri sendiri di mana integriti mereka,” kata Rohaizad kepada Malaysiakini.


Khamis lalu, Abu Kassim berkata pegawai SPRM mesti mendukung standard etika yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap sumpah jawatan mereka.


TINGGI BETUL STANDARD ETIKA, INTEGRITI DAN KETERLUSAN SPRM SAMPAI TAK NAMPAK JELAS SANGAT LAH SUDAH JADI ALAT PEMBANGKANG

1. Kenapa kes berkaitan pembangkang dan pemimpinnya senyap dan sunyi malah ambil masa lama sangat-sangatlah terperap tanpa tindakan... bila kes melibatkan pemimpin dan kerajaan wahhh SPRM canang sana sini... KENAPA?

2. Terbukti kini ada musuh dalam selimut di SPRM apabila bocor pelbagai maklumat sulit bulan sahaja kepada pihak media tempatan malah antarabangsa... SIAPA PUNYA KERJA... berintegritikah lagi SPRM bila diperguna untuk menimbulkan persepsi negatif hasil pembocoran maklumat dan kenyataan pegawai yang cenderung memburukkan kerajaan

3. SPRM sendiri bermain poltik persepsi dan TIDAK TERLUS... SPRM yg membuat laporan polis kebocoran maklumat dan dokumen... kemudian meminta polis menyiasat dan bila polis hadir ke pejabat SPRM dituduh pula polis cuba sabotaj dan ganggu siasatan SPRM... bagaikan dirancang licik... kerajaan juaga akhirnya menerima persepsi negatif... SPRM nak buat BODOH sahaja ka kepada pengkhinat yang kununnya beriman sangat tu???

4. Benarkah maklumat SALAH LAKU DAN SKANDAL di SPRM seperti yang tersebar di pelbagai laman maya... jika ya mungkinkah maklumat ini digunakan pihak tertentu seperti pembangkang untuk mengugut dan memperkuda pegawai dan staf terlibat untuk menjadi mata dan telinga serta agen pembocor dan pengkhianat dalam organisasi SPRM???

BETUL KE KORANG HANYA MEMILIKI AKAL DAN OTAK KELAS KE TIGA KE?

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.