Thursday, March 8, 2012

SBPA MANSUH PM NAJIB UMUM KENAIKAN GAJI DAN COLA KEPADA PENJAWAT AWAM - KSN DAN PEGAWAI GUBAL SBPA HARUS LETAK JAWATAN

Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Khas Pejawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) umum pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). Perdana Menteri telah mengumumkan penambahbaikkan sistem sedia ada, SSM. 



Pelarasan gaji untuk pejawat awam gred 1-54 (13%), utama C, B dan A (9%), turus 3 dan 2 (8%) dan turus 1 dan KSN (7%). Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250 dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan. Pengumuman Perdana Menteri ini turut disambut baik oleh CEUPACS.

Buat pertama kali dalam sejarah, apa yang Perdana Menteri telah umumkan di dalam Belanjawan 2012 terpaksa ditarik balik gara-gara kerja "half cook" yang dilakukan oleh kakitangan harapan beliau. Sebagai Ketua Setiausaha kepada Kerajaan, ketua kepada kakitangan awam dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam, adalah elok sekiranya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan agar meletakkan jawatan kerana gagal menyelami aspirasi Perdana Menteri agar "Rakyat Didahulukan"! 

Umum mengetahui kakitangan awam peringkat bawahan dan pertengahan mewakili 80% daripada keseluruhan 1.2 juta kakitangan awam. Apa akan berlaku sekiranya Perdana Menteri tidak bertindak pantas bagi mengawal keadaan dan mengikut sahaja kehendak KSN beliau dan "ahli-ahli Kelab KSN" dengan meneruskan sistem SBPA yang terbukti menekan dan mendikriminasikan kakitangan awam peringkat pertengahan dan bawahan dan mengkayakan KSN dan kroni? Sudah pasti mereka akan membuat undi protes di dalam PRU13. Jadi KSN wajar disingkirkan kerana membuat keputusan yang merugikan Kerajaan ini. Penat bloggers hendak menangkis keputusan "flip flop" yang dibuat Kerajaan selepas ini kesan dari idea bodoh dari KSN & Co.
SUMBER : http://khairulryezal.blogspot.com/ 

Pelarasan gaji berdasarkan jadual matriks SSM: PM
2012/03/08

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan

Antaranya, pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54. 
 
Bagi kumpulan Gred Utama C, B, A pelarasan gaji sebanyak sembilan peratus, manakala Gred Turus III dan II pelarasan gaji sebanyak lapan peratus. 
 
Sementara itu, bagi Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus.

Kerajaan naikkan kadar COLA kepada RM250, RM150
2012/03/08

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan kepada RM250 dan RM150 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan itu pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

3 comments:

hangkedee said...

Gunting dalam lipatan

Megat Alam Gempita said...

Maaf cakap lah...

KSN harus bertanggungjawab, cukup-cukuplah Sidek jadi KSN makin teruk perkhidmatan awam di Malaysia.

Teruk kerja kami para bloggers dan skuad di lapangan nak pertahankan YAB PM gara-gara si Sidek yang gila KPI ni!

aki said...

macam mana kakitangan warga sabah dan sarawak yang berkerja di semenanjung malaysia tak dapat cola.cuma dapat imbuhan tetap sabah dan sarawak daripada kerajaan negeri sarawak saja. bagus saja berkerja di tempat sendiri (borneo)pun dapat elauan sabah dan sarawak. beli barang tak pun harga beza dari orang lain.......salah siapa?

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.