Thursday, March 29, 2012

ANWAR VS GENG "LAMA" : HUBUNGAN SULIT, SEKS, ZINA ISTERI RAKAN DAN BISEKSUAL



Bekas kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nallakaruppan meneruskan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang biseksual dan tidak layak menjadi Perdana Menteri ataupun seorang pemimpin kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu, beliau yakin sebab utama Anwar menyamannya ialah kenyataannya sebelum ini bahawa di dalam perlembagaan, tiada peruntukan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau ketua pembangkang.

“Saya tetap dengan pendirian saya, bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri atau ketua pembangkang, bukan di Negara ini tempatnya. Ini prinsip saya, prinsip yang tetap saya pegang walaupun saya disaman RM500 juta sekalipun.

Saya tidak boleh menerima seorang biseksual sebagai menantu, apatah lagi menerimanya sebagai pemimpin kepada masyarakat,” ujarnya kepada pemberita mengulas mengenai saman Anwar Ibrahim terhadapnya.

Selain Datuk Nalla, antara pemimpin PKR dan  bekas sahabat baik Anwar Ibrahim yang bersama dalam sidang media tersebut ialah Datuk Seri Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Nordin, Datuk Gobalakrisnan, Anuar Shari, Zahid Mat Arip, Ruslam Kassim dan Ummi Hafilda Ali, adik kandung Azmin Ali.

Dalam masa yang sama, Ummi Hafilda sekali lagi mencabar abang kandungnya, Azmin Ali untuk menyamannya berhubung kenyataan bahawa beliau seorang yang dayus kerana mendiamkan diri walaupun mengetahui bahawa isterinya, Shamsidar Taharin mempunyai hubungan sulit bersama Anwar.

“Saya akan dedahkan segala-galanya, malah ahli keluarga akan turut sama turun padang. Saya berani kata, ada hubungan seks antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar. Saya pergi mengintai datul Nalla pada 30 Jun 1997, saya rakamkan segala-galanya. Saya cabar Azmin, Anwar dan Shamsidar saman saya,” tambahnya.

Datuk Nalla juga mahu perbicaraan dimulakan segeraka sebab beliau mahu rakyat Malaysia tahu kebenarannya tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar.

Saya disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini. Saya juga akan beritahu hasil yang diperolehi Shamsidar dan Anwar dari pertemuan sulit ini,” ujarnya yang turut membuat laporan polis di IPD Sentul semalam terhadap dua ugutan yang  diterimanya dari pihak yang tidak dikenalinya agar tidak meneruskan kempen memburukkan Anwar Ibrahim.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.