Monday, March 12, 2012

HABISLAH ANWAR SEMAKIN NAZAK HAMPIR KOJOL TUDUH DISABOTAJ

Anwar tuduh program "Pemimpin ANUgerah tuhan" diboikot menyebabkan kehadiran rakyat bersama beliau semakin berkurangan begitu dahsyat sekali yang mana diyakini merupakan tindakan SABOTAJ oleh pihak lwan senag cerita UMNO and GENG dalam BN lah... 

Jahat sungguh BN dan UMNO... atau Anwar Al Juburi serta geng nya semakin dibenci, dipandang rendah dan diperlekeh rakyat... banyak tembelang mereka telah pecah berderai... banyak isu dan skandal melanda mereka... apakah Anwar Al Lewati ingat rakyat akan terus diam jadi bodoh mahu mengikut kumpulan yang membawa perpecahan, gelisah dan huru hara dikalangan masyarakat???

Moga rakyat menilai semula sokongan kepada PENZINA, PEMBOHONG dan PELIWAT ini dengan penterjemahkan dalam bentuk undi kepda UMNO dan BN...

BERITA MALAYSIA KINI

Program Anwar di Pulau Pinang 'diboikot'?
Susan Loone/ 3:22PM Mac 11, 2012

   
Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang akhir-akhir ini secara relatifnya gagal menarik kehadiran ramai peserta seperti selalu.

Dalam acara terkini di Little India pada 8 Mac lalu, kurang daripada 300 hadir sehingga pemimpin Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat arahan supaya penduduk setempat, yang kebanyakan peniaga supaya "memulaukannya".

Anggota majlis negeri L Anand bersetuju terdapat kekurangan peniaga yang ketara kali ini, tidak seperti sebelum ini di mana mereka dikatakan selalu 'tunjuk muka' dalam majlis parti politik tak kira daripada BN atau Pakatan.

"Ini tidak adil kerana peniaga sepatutnya bersikap neutral," katanya yang juga anggota DAP kepada Malaysiakini.

Dalam lawatan dua harinya, Anwar menghadiri pelbagai program, antaranya majlis makan malam kutipan derma di Bayan Baru, ceramah di Tasek Gelugor dan menyampaikan pidato mengenai demokrasi dan ekonomi bersama ketua menteri.

Ketika dihubungi, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Pulau Pinang N Vasantharajan menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang arahan berkaitan kepada peniaga.

Beliau mempertahan sikap dewan yang neutral dan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat.


PUNCA SEBENAR PROGRAM ANWAR KURANG SOKONGAN


Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu, kata kajian kendalian Merdeka Center hari ini.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.
Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.
Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.

"Angka ini hasil usaha (kerajaan) memperbaiki 'mood' rakyat berhubung keadaan ekonomi secara umum dan pengagihan dana Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk mengatasi beban ekonomi keluarga miskin," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam satu kenyataan.

Menurut Ibrahim, sokongan ke atas kepimpinan Najib sangat tinggi di kalangan isi rumah berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan iaitu sekitar 78 peratus.

Seramai 80 peratus masyarakat India dan 74 peratus kaum Melayu dalam kumpulan pendapatan itu memberi sokongan positif ke atas kepimpinan Najib, yang juga Menteri Kewangan dan Presiden Umno. Najib juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Kajian terbaru Merdeka Center kali ini juga menunjukkan bahawa rasa puas hati sangat tinggi di kalangan responden yang berusia 50 tahun dan ke atas.

Seramai 73 peratus responden berusia 50 tahun dan ke atas berpuas hati dengan pendekatan Najib berbanding hanya 64 peratus di kalangan mereka berusia 21 hingga 30 tahun.

"Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sehingga satu pertiga responden yang condong ke arah Pakatan Rakyat dilihat berpuas hati dengan Perdana Menteri - yang menunjukkan bahawa sokongan sedemikian tidak semestinya akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada parti pemerintah (Barisan Nasional)," kata beliau lagi.

Dalam ulasannya juga, Ibrahim berkata, pihaknya berpendapat bahawa peningkatan kembali populariti adalah ekoran inisiatif-inisiatif mesra rakyat dan langkah mahu memperbaiki amalan demokrasi, antara memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Pilihan Raya.

Meskipun kadar puas hati ke atas Perdana Menteri tinggi, kata Ibrahim, kajian yang sama menunjukkan bahawa pengundi masa was-was dengan kerajaan persekutuan.

"Hanya 48 peratus responden berkata mereka gembira dengan kerajaan," kata beliau.
"Kajian juga menunjukkan bahawa pandangan positif terhadap kerajaan sangat tinggi di kalangan pengundi berusia tetapi rendah di kalangan pengundi muda, dengan hanya 39 peratus pengundi di bawah 30 tahun gembira dengan kerajaan berbanding 54 peratus di kalangan mereka berusia 60 tahun dan ke atas," katanya.

KEPADA ALLAH BERSERAH

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.