Monday, March 12, 2012

DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL LETAK JAWATAN

Idealismalaysia mengenali Kak Ijat sebagai wanita berjiwa kental gigih dan berpandangan jauh serta sanggup berkorban dan berusaha keras demi Bangsa Agama dan Negara. Sayang sungguh kerana setitik nila sebaga kebaikan dan jasa beliau terkubur dek skandal yang melanda... trasformasi sayap wanita dilihat berkembang baik dengan penjenamaan dan tasking yang berimpak tinggi dibawah teraju beliau... Malah selaku menteri beliau turut membawa perubahan ketara dalam menangani isu berkaitan keluarga, wanita dan masyarakat keseluruhannya...

Mungkin apa yang berlaku pada Kak Ijat harus dijadikan pengajaran dan ikhtibar kepada semua berkaitan penglibatan ahli keluarga dalam bussiness berkepentingan kerajaan... walau sebenarnya tidak SALAH apa-apa namun jika di putar belitkan bakal memalitkan lumpur dan tomahan pada UMNO dan BN... langkah berundur adalah terbaik dan pengorbanan yang harus kita hormati

Kepada Kak Ijat... teruskan perjuangan... percayalah Ibarat pepatah 'Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau'...

KEPAD ALLAH BERSERAH


SELEPAS sekian lama dihujani persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini. 

Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di ibu negara, Shahrizat dengan tenang menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah keputusannya sendiri.

Surat mengenai perkara tersebut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.