Idealismalaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Nurul Nadirah Abdullah yang telah ditemui meninggal dunia. Kami mengikuti perkembangan kes ini dengan rapat dan berharap keluarga Nurul Nadirah redha dan tabah menghadapi dugaan ini.
Kami menggesa pihak polis segera mencari serta menangkap individu atau kumpulan yang bertanggungjawab seterusnya segera dihadapkan ke muka pengadilan. Hukuman PALING BERAT harus diberikan kepada manusia yang tidak berperi kemanusiaan dan kejam ini.
Sabarlah INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN... “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.
Kepada Allah Berserah
Nurul Nadirah dibunuh, dibakar
JOHOR BAHRU 12 Mac - Teka-teki kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang sejak awal bulan ini akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka manusia rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada Khamis lalu adalah mayat kanak-kanak itu.
Pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka tersebut.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, sampel DNA yang diperolehi daripada serpihan tulang di tempat kejadian telah dihantar ke makmal dan ia sepadan dengan DNA ibunya.
"Sebelum ini, siasatan awal mendapati rangka tersebut milik manusia dewasa. Bagaimanapun setelah siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak yang hilang itu.
Kenapa kasi mati anak aku! - Roselyn
JOHOR BAHRU 12 Mac - "Kenapa kasi mati anak aku!" Kata-kata itu sudah cukup menggambarkan betapa remuk redam hati seorang ibu setelah mendapat tahu kematian adalah pengakhiran kepada penantian ke atas anak perempuannya sejak 12 hari lalu. Roselyn Alan, 25, ibu kepada kanak-kanak malang, Nurul Nadirah Abdullah, 5, hanya mampu menangis tanpa henti lebih satu jam sambil berulang kali menyebut kata-kata itu.
Dek kerana terlalu sedih dia akhirnya pengsan dalam sebuah bilik di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini.
Selain wanita itu, Minah Jol, 56, nenek kanak-kanak yang lebih mesra dipanggil Dirang, turut meraung di sebuah lagi bilik.
Bapa tiri Dirang, Lima Medang, 25, bagaimanapun hanya mampu merenung ke luar tingkap sambil berlinangan air mata.
No comments:
Post a Comment