Kajang banjir teruk betul hari tu... sebelum tu 4-5 thn sebelum tu ada jadi juga... kerajaan BN dah luluskan beberapa projek kawalan banjir... sampai di tangan PAKATAN RAKYAT semua projek dibekukan... atau dibatalkan... so sape punca kejadian banjir ini tidak dapat dielakkan...????
KORANG FIKIRLAH SENDIRI!!!
Banjir teruk ma....
Siap ada Buaya he he he... cuba zoom
Kerajaan negeri batal projek tebatan banjir Canal City
Monday, 07 February 2011 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 7 Feb – Projek tebatan banjir Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor kerana berpendapat ia tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor.
Kerajaan Pakatan Selangor juga mengambil semula tanah lebih 4,000 ekar yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad, termasuk hutang-hutang tertunggak.
Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu dijelaskan Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) dalam pertemuannya dengan Datuk Bandar, Yang Dipertua kerajaan tempatan dan syarikat perunding yang terlibat langsung dengan pelaburan negeri di Shah Alam hari ini.
Menurut kenyataan daripada pejabat itu juga, Khalid mengambil peluang menasihatkan syarikat perunding supaya mematuhi peraturan dan prosedur untuk mengelak timbul masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), yang mungkin menganggu kelulusan sesuatu perancangan.
Katanya, syarikat perunding perlu membayar premium tanah manakala setiap pembangunan pula perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.
“Misi kerajaan negeri adalah mempermudahkan urusan dan mesra pelabur tetapi syarikat perunding yang dilantik pelabur asing atau tempatan perlu mematuhi semua peraturan dan prosedur,” kata Menteri Besar yang berdialog dengan beberapa wakil syarikat perunding.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment