Surat daripada Pengarah Pembangunan Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu bertarikh 20 November 2011 adalah jelas menunjukkan bertapa terdesaknya Kerajaan PAS Kelantan untuk mengekalkan kuasa. Pasaraya-pasaraya dipaksa memutarkan kaset-kaset ceramah pemimpin-pemimpin PAS setiap setengah jam sebelum sebelum solat fardhu kecuali subuh. Ya lah mana ada pasaraya 24 jam di Kelantan ya tak.
Kita tidak kisah sekiranya kaset-kaset ceramah berkenaan berkisar tentang peringatan kepada keesaan Allah, mengajak umat membuat kebajikan dan sebagainya. Bagaimana sekiranya kaset-kaset ceramah datangnya daripada ustaz-ustaz PAS yang terkenal dengan maki hamunnya seperti Sahibul Samahah Ostad Bob Lokman dan Al Fadhil Ostad Mat Sabu?
No comments:
Post a Comment