Monday, April 12, 2010

Salam Perjuangan...

Aku secara terbuka sokong giler-giler Zaid jadi calon PKR Hulu Selangor... aku dan jentera akan lobi habis-habis bagi Zaid naik jadi calon PKR untuk PRK kali ini sebab apa ha ha ha ini dia

1.ZAID IBRAHIM LETAK JAWATAN : LEBIH BAIK DIA TIADA

2. BAYARAN EX-GRATIA : TINDAKAN BODOH KERAJAAN

3.TINDAKAN ISA : TANGANI PERKAUMAN

4.BUSH & SHOE : MUNGKIN BALING KASUT TERJADI DI MALAYSIA

5.Surat Dari Rakan2

6. Ketuanan Melayu Konsep Yang Gagal - Zaid Ibrahim

7. Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal

8.Zaid tidak faham konsep ketuanan Melayu

9. NGO Melayu tuntut Zaid minta maaf

10. Putera, Puteri UMNO gesa Zaid mohon maaf

11. Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan

DENGAN INI MEWAKILI PENGUNDI MAJORITI MELAYU DI KAWASAN PARLIMEN HULU SELANGOR KAMI MERAYU PAKATAN RAKYAT DAN PKR MELETAKKAN ZAID IBRAHIM SEBAGAI CALON... HIDUP ZAID... HIDUP ZAID.. HIDUP ZAID...

Tapi kalau orang melayu nak undi Zaid ni kena fikir masa-masak lepas baca artikel di atas ya... he he he


Zaid pilihan PKR jika Palanivel bertanding
Apr 11, 10 7:04pm
PKR dijangka meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya jika BN menamakan timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel sebagai calonnya.

Menurut sumber dalaman parti sekalipun Zaid dilihat calon pilihan PKR, parti itu mungkin menukar beliau kepada orang lain pada saat-saat akhir jika BN tidak mencalonkan Palanivel.

PKR menjangkakan pertandingan antara dua calon yang berkaliber sekiranya BN meletakkan Palanivel, kata sumber itu kepada Bernama.

Beliau bagaimanapun tetap melihat Zaid (kiri) sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu sekalipun pucuk pimpinan parti mempunyai percaturan lain jika ramalan Zaid dan Palanivel tidak menjadi kenyataan.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan Palanivel dengan majoriti 198 undi.



.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.