Thursday, April 8, 2010

KEMAAFAN BUAT EZAM

.

Maafkan saya – Ezam

KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.

“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.

“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

ULASAN

Kata org futih 'Better Late Then Never'... Buat pengetahuan semua, Ezam bagi kerajaan BN adalah duri dalam daging dan pemimpin reformis yang begitu mengancam kerana kemampuannya menggerakkan rakyat dalam gerakan reformasi. Sehinggakan dilaporkan 'risikan'
beliaulah individu sebenar menjadi tunjang kepada usaha membebaskan Anwar... Ezam telah berkorban segalanya demi insan dinamakan ANWAR IBRAHIN aka RAJA LEEWAT aka RAJA FITNAH...

Tanyalah pada ezam apa sahaja yang Anwar lalui turut dilalui Ezam bukan sahaja dipenjara... dipinggirkan rakan dan keluarga serta berjauhan dari anak dan isteri... dihukum... malahan Ezam tidak dapat berjumpa buat kali terakhir dengan saudaranya yang meninggal sewaktu dia dalam tahanan... diceritakan rakan teman sewaktu ezam dibenarkan melawat pusara yang masih basah lagi itulah kali pertama airmata ezam tumpah sejak bermulanya gerakan reformasi...

Perjuangan, pengorbanan dan jihad bentuk apa lagi yg ezam tidak pernah lakukan demi insan bernama Anwar??? kalau ezam nakkan ganjaran baik lebih baik pada awal-awal lagi waktu gerakan reformasi hebat ezam sudah 'bargain' jawatan/kuasa/kekayaaan untuk comeback dengan platform kerajaaan...

kenapa tidak dari awal??? Jawapannya Allah yg maha kuasa telah memberikan sedikit kuasa agar topeng yg menutup wajah sebenar Anwar terbuka... menyebabkan pendokong reformasi tulen satu-persatu meninggalkannya kerana tidak mahu bersubahat menjahanamkan Islam, Melayu dan Malaysia... apapun untuk ezam... maaf mu telah kami terima...

Cuma buat Ezam ingatlah jgn pula tetiba ko and angkatan kau jadi 'trojan horse' untuk Anwar dan Pakatan pulak... manalah tahu 'sedalam-dalam lautan dapat diduga namun hati manusia siapa yg tahu??'

Rakan dan teman fikirkanlah dimanakah kebenaran sebenar???
.
.



No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.