Tuesday, April 20, 2010

ZAID SOKONG MURTAD


SUMBER BLOG ANGIN PERUBAHAN - THANKS BRO!

Zaid Ibrahim Menyokong Lina Joy Murtad?


Berikut adalah laporan dalam Harakahdaily yang ditulis oleh seorang pengarang bernama Azimin Amin berhubung kenyataan Zaid Ibrahim pada 9 September 2006. (baca sini) Antara yang disebut oleh Zaid pada waktu itu adalah seperti berikut:

"Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam. Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu? Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar.

Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam. Itu kebodohan.
Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita? Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman."

Sumber: Haprakdaily.


Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, Zaid dikecam teruk dalam Traunungkite dan beberapa laman yang pro kepada PAS. Kini Zaid ditatang bagaikan orang yang tidak berdosa bila berada bersama dengan PAS. Diarak dan disanjung sebagai calon mereka di Hulu Selangor. Pendirian orang-orang PAS boleh berubah dengan serta merta dan mengampunkan Zaid yang pernah menentang hudud. Betapa goyahnya pendirian orang PAS. Mengapa sokong calon yang pro kepada tuntutan Lina Joy ini? PAS sudah menjadi semakin liberal dan sanggup korbankan prinsip setelah ditipu dan digula-gulakan oleh Anwar Ibrahim. Sedarlah, kalau undi Zaid, anda semua akan dipermainkan nanti. Berapa kerap orang Kota Bharu ini boleh turun ke Hulu Selangor?

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT MENGUNDI
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.