Thursday, April 22, 2010

ISU APCO : ANWAR LAGI DAHYAT GUNA PERUNDING TERUS YAHUDI - APPC

Salam Perjuangan


Tuduh Kerajaan dengan isu APCO - walhal terbukti tiada perkaitan terus kontrak berkenaan terus dengan YAHUDI...

Nah! sekarang kita tengok ANWAR al-Laknati... terbongkar sudah ANWAR ADA PERKAITAN TERUS DENGAN YAHUDI malah bekerjasama erat pulak tu... didedahkan oleh EZAM...

Allah maha kaya... satu persatu telah terlondeh... mana mereka yang kuat mengutuk dan memfitnah kerajaan tu... sekarang ANWAR lagi dahsyat berhubung terus dengan yahudi demi menaikkan imejnya.... masyaALLAH...

SUMBER : Unit Media Wangsa Maju

PRK HULU SELANGOR : ANWAR WAJIB JAWAB PETUDUHAN !!!


Saudara Ezam Mohd Nor mendedahkan sebenarnya ANWAR IBRAHIM adalah boneka ZIONIST dan ISRAEL. Beliau kelihatan 'confident' berkata masih mengumpul setiap bukti bukti yang pasti mengaitkan ANWAR dengan pemimpin pemimpin ZIONIST.

Saudara Ezam berkata 'dossier' atau maklumat akan diserahkan kepada ahli ahli Parlimen hari ini. Salah satu maklumat yang akan diserahkan adalah sewaktu ANWAR menjadi Pengerusi Foundation for The Future (FFF) satu surat bertarikh 1 Oktober 2006 ditujukan kepada kounselor Bank Dunia pada ketika itu, Robin Cleveland untuk teman wanita Paul Wolfowitz (Shaha Ali Riza) dipinjamkan ke yayasan FFF.

Surat itu jelas membuktikan ANWAR menjadi boneka ZIONIST semata mata untuk menutup skandal Paul Wolfowitz yang merupakan arkitek perang Iraq.

Saudara Ezam juga berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mana mana mahkamah dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat dakwaan beliau.

Saudara Ezam juga mendedahkan bahawa ANWAR sebagai hipokrit kerana sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990, ANWAR telah menggunakan khidmat pelobi YAHUDI iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC) untuk menaikkan imejnya di persada antarabangsa.

Saudara Ezam juga menyatakan ANWAR telah menerima sejumlah besar peruntukan dari APPC bagi menaikkan imejnya.

Sumber : Berita Utusan

‘Anwar boneka Israel’

HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok.

Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.

Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.

‘‘Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Kubu Bahru dekat sini.

Ezam mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menyerang gagasan 1Malaysia secara konsisten, pada sesi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dengan mendakwa gagasan itu kononnya ditiru daripada konsep One Israel walaupun Apco telah berulang kali menafikan mereka terbabit dalam merangka gagasan dan konsep itu.

Ditanya mengenai kesediaannya untuk menjadi saksi terhadap semua dakwaan itu, Ezam menjelaskan, beliau sedia untuk berbuat demikian.

‘‘Saya sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana mahkamah dan juga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat kenyataan Anwar berhubung gagasan 1Malaysia dan Apco,” katanya.

Ezam turut menyelar sikap hipokrit Anwar yang menuduh kononnya kerajaan bekerjasama dengan Israel, sedangkan pada masa sama beliau pernah menggunakan khidmat syarikat pelobi yang ditunjangi warga Yahudi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Beliau berkata, Anwar berselindung di sebalik nama kerajaan bagi menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelobi iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC), sekitar awal tahun 90-an bagi meningkatkan imejnya di mata dunia sama seperti yang dilakukan oleh syarikat perunding antarabangsa Apco terhadap kerajaan sekarang.

‘‘Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu beliau sendiri bersekongkol dengan APPC yang diketahui diterajui oleh bangsa Yahudi dan sejumlah besar peruntukan digunakan bagi tujuan tersebut khususnya bagi meningkatkan imejnya.

‘‘Tetapi garis sempadannya, kerjasama dengan Apco menguntungkan kerajaan dan hasilnya telah dapat dilihat terutamanya dalam meningkatkan keyakinan pelabur luar berbanding semasa era beliau dahulu,” katanya.

Renungkan semua.... Tepuk dada... tanya Iman..........



No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.