Salam Perjuangan...
Inilah sikap tak pernah cukup... Kalau nak kata dia tak kaya... rumah dia di Kota Bharu tu lebih dari Istana... gaya hidup peh! amatlah mewah... kaya raya... kereta berderet-deret... tanah yang dimiliki saujana mata memandang... cara bercakap pun macam golongan aristokrat... barang kemas bertimbun... duit dalam bank melimpah ruah dengan beratur angka *000,000,000... pemilikan syarikat macam-macam ada hartanah ada, firma guaman ada, macam-macamlah... sampai memiliki kuda lumba untuk judi lagi... hobi masyaAllah macam-macam... tapi yang paling famous minum la... air setan yang mahal-mahal pulak tu....Tapi ni dah melampau... Abis tu takkan tak cukup sampai bangunan UMNO pun kau nak kebas... kata perjuangan... jaga amanah sewaktu jadi ketua bahagian... ni baru Allah bagi sikit naik sebagai pemimpin (dulu) dah tumbuh tanduk jadi licik dan penyamun... manusia jenis apa ni??? ka bukan manusia sebab banyak sangat minum air setan dah trasform jadi setan.... he he he...
kalau menanglah Zaid di Hulu Selangor... aku tak dapat bayangkan alamat jadi padang jarak-padang terkukurlah Hulu Selangor hutan nescaya ditebas... macam-macam projek kroni naik percayalah... satu persatu milik masyarakat hulu selangor jadi milik Zaid Araki Alkudari...
Sumber Utusan
UMNO Kota Bharu minta Zaid serah bangunan
KOTA BHARU 20 April - Lebih 100 ahli UMNO Bahagian Kota Bharu berhimpun secara aman di Jalan Sultanah Zainab di sini bagi membantah sikap bekas ketua mereka, Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa cuba menjual bangunan milik parti tersebut dengan harga berjuta ringgit.
Kesemua ahli terbabit berkumpul di hadapan bangunan itu mulai pukul 2.30 petang ini dengan membidas Zaid yang dikatakan bersikap tidak amanah dan melanggar perjanjian apabila premis parti bertukar menjadi miliknya.
Malah sebelum ini Setiausaha UMNO bahagian tersebut, Zulkifli Abd. Ghani telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu terhadap Zaid yang didakwa telah mengambil-alih sebuah syarikat milik parti tersebut, Umbak Baru Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik tanah bangunan itu pada Februari lalu.
Zulkifli berkata, apabila dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu pada tahun 2001, Zaid telah mengambil-alih syarikat itu dan memegang amanah bagi pihak parti tersebut.
"Selepas tewas kepada Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh pada pemilihan bahagian yang lalu, dia cuba untuk menjual bangunan ini kepada pihak ketiga.
"UMNO Bahagian Kota Bharu telah memasukkan kaveat persendirian untuk menahan penjualan tanah dan bangunan tersebut kerana ia adalah hak milik kami," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian tersebut, Datuk Kamarudin Abdullah yang mengetuai perhimpunan aman itu memberitahu, Zaid telah menggadaikan tanah dan bangunan itu kepada Bank Rakyat sebanyak RM5.3 juta beberapa tahun lalu.
Katanya, pengurusan bahagian itu telah menghantar surat kepada Zaid untuk berbincang dan mengambil semula bangunan tersebut tetapi beliau meminta pihaknya membayar sebanyak RM9.5 juta melalui surat yang dihantar pada April 2009.
"Tanah ini sebenarnya didaftarkan atas nama Umbak Baru Sdn. Bhd. pada 20 November 1983 kerana parti tidak boleh memohon tanah dan ia digunakan untuk membina bangunan Pejabat UMNO Kota Bharu dan kompleks perniagaan.
"Bangunan pejabat itu kemudiannya dibina sehingga 80 peratus sebelum terbengkalai dan Zaid telah menunaikan janji pada pemilihan bahagian untuk membina bangunan itu sekiranya menang pada tahun 2001.
''Beliau hanya membina 20 peratus sahaja manakala selebihnya dilakukan oleh UMNO bahagian ini oleh kepimpinan terdahulu," katanya.
Ujarnya, selepas perbincangan dilakukan, pada Oktober lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghantar surat melalui wakilnya dengan mengurangkan harga bangunan itu kepada RM8 juta sahaja.
Tambahnya, Zaid tidak pernah mendedahkan kos sebenar yang dikeluarkannya untuk menyiapkan pembinaan bangunan tersebut dan pihaknya tidak pernah bertanya pada ketika itu kerana percaya serta yakin beliau berpegang kepada amanah yang diberikan.
.
1 comment:
Apa nak dihairan perangai nuar dan dan semua pemimpin PKR sama sahaja..sewaktu nuar menjadi timbalan menteri kewangan dan juga menteri kewangan..semua projek dan loba dibahagi sama rata bersama keluarga dan kroni nya sahaja..tak percaya tengok lah bekas bos abim yang rapat dengan dia dahulu. Si khalid pun lebih kurang sama jugak sampaikan duit zakat dan tanah anak yatim pun dia nak kebas...
Post a Comment