Wednesday, April 14, 2010

Zaid Ibrahim tanding Hulu Selangor

Zaid Ibrahim tanding Hulu Selangor

HULU SELANGOR 13 April – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang pernah memperlekehkan konsep ketuanan Melayu diumumkan sebagai calon untuk menggalas cabaran parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Pencalonan Zaid yang dipecat daripada UMNO pada Disember 2008 diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah di Pusat Komuniti Serendah di sini malam ini.

Pengumuman itu sekali gus menutup peluang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md. Akin dan Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat yang turut disebut-sebut mempunyai potensi sebagai calon.

Anwar sewaktu berucap berkata, Zaid dipilih kerana PKR mahu meletakkan calon yang sudah teruji dalam politik.

*Nota : Sebenarnya Anwar nak mencatur seterusnya mematikan langkah politik Zaid Ibrahim dalam PKR yang dilihat merupakan liabiliti kepadanya. Lihat faktor ini :-

1. Mana mungkin Zaid orang luar akan diterima pengundi hulu selangor yg telah jelas mahukan anak tempatan.

2. Zaid bukan calon bersih kerana pelbagai isu & skandal boleh dihentam padanya... jadi kenapa pertaruh calon begini pada Pilihan Raya Kecil yg sepatutnya meletakkan calon yg memiliki pemberat hebat untuk membawa kemenangan.

3. Calon-calon lain yg tidak dipilihlah sebenar nya favorite Anwar kerana disimpan untuk Pilihanraya akan datang dan tidak mahu calon favorite ini tercalar rekodnya.

4.Anwar turut meletakkan Zaid kerana mahu menguji kecenderongan trend atau sentimen rakyat sama ada kepada UBN atau PKR-Pakatan kerana jika Zaid menang bermakna sentimen rakyat masih bersama PKR-Pakatan kerana tetap mengundi mereka waau calon diletakkan 'teruk'.

5. PKR-Pakatan juga dilihat ketandusan pemimpin sebenarnya tu yg dia letak Zaid sebagai galang ganti korban bagi memberikan masa pemimpin pelapis PKR matang dan bersedia untuk PKU akan datang....

Katanya, Zaid mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana sanggup meletakkan jawatan sebagai menteri demi mempertahankan hak rakyat.

“Lepas jadi ahli parti, dia menjelajah ke seluruh negara dan dia ada beritahu saya jika dipilih sebagai calon, dia akan bekerja dan jika tidak dipilih, dia pun akan bekerja seperti biasa.

“Dia pun bukannya orang luar kerana telah bermastautin selama 30 tahun di Selangor,” katanya. - cakap BM ke BI ke pun masih slang kelantan pirahhhhh!

Sementara itu, Zaid dalam reaksi segera dalam majlis itu berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepadanya walau pun baru menjadi ahli PKR.

Beliau melahirkan keyakinan kerana mampu menjadi suara rakyat Hulu Selangor dan Selangor.

“Saya terima dengan penuh keinsafan bahawa beban yang dipikul Anwar dan rakan-rakan amat berat.

Zaid dikenali ramai sebagai pemimpin kontroversi kerana pernah mempersoalkan status orang Melayu sewaktu berucap dalam Persidangan LawAsia 2008 apabila menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlakunya pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Berikutan itu, Zaid dihujani kritikan termasuklah kenyataan keras bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendesaknya keluar daripada rumpun bangsa Melayu.

Sementara itu, sumber dalaman Pas memberitahu Utusan Malaysia bahawa pemilihan Zaid menimbulkan dilema kepada jentera pilihan raya Pas kerana beliau pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 beberapa tahun lalu dengan alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Zaid menarik balik saman tersebut selepas itu. Sumber itu berkata, Pas juga tidak dibawa berunding oleh PKR dalam soal pemilihan calon, sebaliknya membuat keputusan secara bersendirian.

“Sebenarnya kami berdepan dilema, lebih-lebih lagi Zaid adalah orang yang menyaman kerajaan Pas Kelantan dalam isu hudud, tapi apa boleh buat, PKR tidak berunding dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Tindakan Zaid pada masa itu dikecam oleh kepimpinan kerajaan Pas Kelantan termasuklah Exco kanan, Datuk Husam Musa yang menyifatkan sebelum ini tidak pernah ada orang Islam yang sanggup mencabar hukum Allah di mahkamah.

*Nota :

Anwar tidak berunding dengan PAS kerana tau nama zaid alergik bagi PAS kerana tahap sekular melampau pemikiran Zaid... PAS dah was-was bermakna keraguan itu mensabitkan haram/senag citer dielakkan kalau untuk makananlah.

Lagipun Anwar bimbang PAS nak kerusi tu sebab sentimen pengundi majoriti iaitu bangsa melayu nk calon melayu yg boleh jd imam, bawak tahlil, baca khutbah... means pemimpin yg berkebolehan memimpin bab agama juga... kalau Zaid he he he...

Apapun aku ucapkan tahniah kepada diri sendiri lobi aku kepada orang 'kanan' dan 'kiri' Anwar telah berjaya menaikkan Zaid Ibrahim... peluang kini terbuka buat UBN... jgn terus jadi bodoh fokus kepada isu tempatan & nasional untuk kempen dan jgn lupa bogelkan siapa zaid ibrahim ni yg menjadi menteri PUNAHSIHAT Pak TidoLAH - menjahamkan negara...

Teruskan Pejuangan...

.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.