Khalid gagap sudah makin cekap mengugut... 'kalau undi BN/ bagi BN tawan selangor tarif air naik' kelakar sbb kerajaan dibawah BN juga menikmati insentif yg sama kalau jimat air dan elekrik dibawah penggunaan tertentu dapat percuma... dulu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dah kena... mula 2 Khalid Gagap ugut kalau tak bagi dia jawatan pengerusi YBK tanah YBK akan diambil balik... nah Khalid dah kotakan kata-katanya... tanah kurnia YBK dirampas! tak jadi bina Uitm disitu... yg diyakini dapat tingkatkan peluang ekonomi dan pekerjaan rakyat dikawasan itu...
Rakan-rakan semua... inilah wajah sebenar pemimpin pakatan??? kalau rakyat tak boleh pujuk, mereka bersandiwara & meraih simpati/ tak boleh jugak rakyat ditipu/perdaya & dibohongi... kalau tak boleh juga ugut/paksa... itulah strategi depa.... RAKYAT JANGAN TERPERDAYA NO....
'Amaran' MB: BN menang, tarif air S'gor naik | |||
|
Memorandum berkenaan bertujuan menggesa Khalid mempercepatkan permohonan daripada 26 orang penduduk kampung itu bagi mendapat lesen menduduki sementara (TOL) bagi satu kawasan tanah.
Lai menyerahkan sendiri memorandum tersebut sebaik sahaja Khalid selesai memberikan ucapannya di majlis tersebut yang diadakan di sebuah restoran Cina di pekan itu.
Terdahulu, Khalid dalam ucapannya berkata beliau datang ke situ untuk mendengar apa saja aduan daripada penduduk.
Beliau juga menyentuh tentang pencapaian kerajaan Selangor dalam tempoh lebih dua tahun lalu.
"Dalam dua tahun, kita buat banyak berbanding apa yang (BN) 50 tahun lalu belum buat lagi," katanya yang cuba bertutur dengar telor Cina.
Beliau menggariskan pemberian air sebanyak 20 meter padu percuma dan juga pemberian wang sebanyak RM2,500 kepada keluarga bagi setiap warga Selangor yang meninggal dunia.
Beliau bagaimanapun memberi 'amaran', tarif air akan naik sekiranya BN menang dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.
Jelasnya, kerajaan negeri akan gagal mendapatkan kawalan ke atas syarikat Syabas dan Puncak Niaga, pemegang konsesi air di negeri itu.
"Kalau kita bagi (BN) menang, dia akan ambil syarikat itu, harga (air) akan lebih mahal.
"Ini (rakyat) punya, bukan satu atau dua orang yang punya," katanya.
Khalid selepas itu memberi jaminan untuk membantu penduduk berkenaan mendapatkan lesen menduduki sementara itu.
"Tapi ini tidak boleh dibuat dalam masa dua minggu saja," katanya.
Kira-kira 450 orang penduduk menghadiri majlis tersebut pada malam ini disertai beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri Chua Jui Meng, serta dua ADUN Pakatan - Gan Pei Nei dan Lee Kim Sin.
.
No comments:
Post a Comment