Wednesday, April 21, 2010

ZAID DI SINDIR DI AJAK MINUM OLEH PENGUNDI CINA HULU SELANGOR

P94 (8) ZAID DITEMPELAK OLEH ORANG CINA

Wa kah...kah...kah....

Kejadian ini berlaku pada 19.4.2010 semasa Zaid , exco bogel dan rakan-rakannya turun berkempen di kawasan cina sekitar Hulu Selangor. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh jurugambar Minaq Jinggo dan diceritakan olehnya di fotopages beliau.

Kejadian didalam bangunan persatuan Cina ini berlaku begitu cepat dan tanpa dijangka. Lelaki Cina separuh umur yang berdiri disebelah kiri telah menempelak Zaid dengan kata2 "Latuk lu manyak kuat minum...semua paper alak cakap....sikalang lu tak boleh minum lagi arrr...Lain kali mali sini boleh minum sama saya (sambil menunjuk kearah botol Tiger Beer diatas meja)".

Zaid jelas terkejut dan tidak senang dengan kata2 tersebut terus pusing dan beredar dari meja tanpa membalas. Tian Chua pula cepat2 mengambil langkah "damage control".

Klik sini untuk melihat gambar-gambarnya

NOTA :

MasyaAllah itulah dia... kalau pemimpin sebegini kita undi dan naikkan jadi pemimpin nescaya ummat ISLAM akan dijadikan bahan cemuhan, jenaka dan sindiran oleh maysarakat bukan ISLAM... kata beragama Islam... menjadi tokoh pemimpin... tapi melanggar dan buat perkara yang berdosa serta ditegah dalam Islam... Lihat sajalah belum apa-apa penduduk bukan Islam dah berani buat lawak bangsat kepada Zaid Ibrahim a.k.a Araki al Kudari.

Sudah tidak ada pemimpin lain yang berjiwa Islam sebenar ke kita nak naikkan... kepada rakyat lihatlah... kalau individu ini (zaid Ibrahim) yang terbukti gagal menjadi pemimpin semasa didalam UMNO dan Kerjaaan... serta sudah ditolak dan dipertikai rakyat khususnya di Kota Bharu - tempat dia dilahirkan, bertapak dan dikenali dari kecil hingga besar... takkan pengundi di hulu selangor yang bijaksana nak membuat kesilapan terbesar dengan mengundi Zaid Araki al Kudari...

Jangan bersubahat dengan pergerakan mengkhianati ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA

Fikirkan sendiri... tepuk dada tanya iman

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.