Tuesday, November 4, 2008

ZAID IBRAHIM : MELAYU MURTAD KELUAR DARI MELAYU

Salam Perjuangan

Nota : Terbukti sudah analisis penulis Zaid Ibrahim memang "melayu yang tak mengenang budi" kenyataan yang begitu memedihkan yang keluar dari mulut "melayu mudah lupa ini" boleh diistilahkan Zaid keluar Melayu... Kita memahami kenapa zaid boleh mengeluarkan kenyataan ini antaranya sebab beliau mungkin terbawa-bawa khayalan selepas terlebih menikmati minuman kegemarannya dan juga beliau dah senang lenang cukup kaya raya dan meletakkan dirinya sebagai penanda aras kaum melayu tanpa perlu menoleh kaum melayu lain yang miskin dan perlukan pembelaan...

Tidak hairan selaku penyandang ketua bahagian... tahun ini beliau tidak dapat bertanding oleh kerana pencalonan tak mencukupi... betapa hinanya zaid di tolak oleh bahagian dan masyarakat tempat beliau sendiri... itulah sebanarnya Zaid Ibrahim apabila telah membuka topeng dan menunjukkan wajah sebenarnya... Terbukti PLah salah memilih waktu melantik Zaid sebagai senator dan menteri - betapa banyak kerosakan yang dia telah lakukan.... Selamat Jalan Zaid semoga kau keluar buat selama-lamanya dan jangan kembali sebagai melayu lagi... Terlupa juga PLah boleh Pee Laaahh selepas bulan Mac 2009 ini...

ikuti komen berkaitan kenyataan Zaid - KONSEP KETUANAN MELAYU SATU KONSEP YANG GAGAL & MERUPAKAN PEMBAZIRAN JUGA KEBURUKAN HINGGA HILANG PERTIMBANGAN DAN KEWARASAN

Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal
Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal. KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.
Ketuanan Melayu: Zaid pertahan pendirian
UMNO. Ketuanan Melayu: Zaid pertahan pendirian. KOTA BHARU 3 Nov. - Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempertahankan kenyataannya bahawa formula berasaskan konsep ketuanan Melayu mempunyai unsur negatif yang melemahkan kaum itu dan bersifat perkauman.
UiTM terkilan kenyataan Zaid
UiTM terkilan kenyataan Zaid. Oleh HERMAN HAMID. KUALA LUMPUR 5 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) berasa malu dan terkilan dengan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang menyifatkan ketuanan Melayu sebagai gagal sedangkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu adalah lulusan institusi tersebut
Putera, Puteri UMNO gesa Zaid mohon maaf
UMNO. Putera, Puteri UMNO gesa Zaid mohon maaf. KUALA LUMPUR 4 Nov. – Pergerakan Putera dan Puteri UMNO menggesa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim segera membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya yang menyentuh isu ketuanan Melayu.
Zaid diminta henti buat kenyataan
UMNO. Zaid diminta henti buat kenyataan. KUALA LUMPUR 4 Nov. - Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim supaya menghentikan sebarang kenyataan yang boleh memberi kesan dan menggoyahkan perpaduan antara kaum di negara ini.
Zaid perlu minta maaf - Syed Hamid
Zaid perlu minta maaf - Syed Hamid. PUTRAJAYA 3 Nov. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim perlu meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengenai ketuanan Melayu yang keterlaluan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan
UMNO. Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan. 02/11/2008 7:14pm. KANGAR 2 Nov. — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.Zaid perlu bertaubat,


NGO Melayu tuntut Zaid minta maaf
NGO Melayu tuntut Zaid minta maaf. KUALA LUMPUR 1 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal.Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM)


Zaid tidak faham konsep ketuanan Melayu
UMNO. Zaid tidak faham konsep ketuanan Melayu. Oleh ABDUL YAZID ALIAS. SHAH ALAM 1 Nov. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib membidas kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim bahawa konsep ketuanan Melayu bukan sahaja gagal malah membawa keburukan kepada bangsa itu di negara ini.



KUALA LUMPUR 1 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal.

Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Zaid seharusnya merasa malu dengan kenyataannya itu apatah lagi menyifatkan ketuanan Melayu hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.''Selama ini dia menggunakan nama Melayu untuk berada pada kedudukannya sebagai seorang peguam terkenal tetapi sekarang dia mahu bangsanya hancur pula.

''Dia seolah-olah tidak malu dengan kenyataan yang sepatutnya tidak dikeluarkan malah seharusnya berada di barisan hadapan untuk mempertahankan bangsa Melayu. Dia mesti minta maaf kepada bangsanya,'' kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.Zaid ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 semalam turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu baru-baru ini.Mohd. Khairul Azam yang juga seorang peguam berkata, Zaid perlu menarik balik kenyataannya itu dan kembali berpijak di bumi nyata.

''Beliau perlu sedar bahawa kesenangan yang dinikmatinya hari ini adalah hasil kelebihan sistem ketuanan Melayu yang selama ini banyak membantu orang kita,'' ujarnya.Dalam pada itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, isu itu sepatutnya tidak timbul dan sudah tersasar jauh daripada maksud ketuanan Melayu yang sebenar.''Orang Melayu berhak untuk menyuruh Zaid diam kerana hak yang ada seharusnya tidak dipertikaikan mana-mana pihak sekalipun.''Orang Melayu sebagai komuniti terawal dan teramai di negara seharusnya diberi perhatian serta tidak boleh dinafikan hak mereka,'' katanya.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.