Salam perjuangan
Rafidah rasa tertipu, dikhianati, tidak dihormati dan tercabar maruahnya kerana shahrizat dan segerombolan besar ahli pergerakan wanita mahu mencabarnya... disebabkan itu bagi mebalas dendam Rafidah mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatannya bukan sehingga jun 2009 - seperti pelan peralihan sebaliknya mahu kekal sebagai ketua wanita untuk satu penggal lagi.
Nah ! itu dia balasan akibat kerana ahli pergerakan wanita tak mahu dengar cakap Rafidah... itulah hukuman yang harus ditanggung oleh pergerakan wanita. Rasanya apa akan jadi pada Shahrizat dan penyokongnya jika tewas ditangan Rafidah??? pasti akan ada yg dilucutkan hak, ditarik keistimewaan dan dipinggir lantas disisih kerana menyokong Shahrizat... Itu pun yg terjadi apa bila Zaharah Sulaiman tewas pada pada Rafidah dulu... semua tahu.
Bagi Shahrizat yang telah melakukan kaji selidik dengan menghantar agen ke seluruh pelusuk negara untuk meninjau trend sokongan padanya dan kini dah buat keputusan bertanding (65% kata akan sokong shahrizat), berusahalah bersungguh-sungguh kerana nasib anda bagai telur dihujung tanduk. Sedikit kesilapan pasti menerima padah... (tewas dan terhukum).
Bagi Rafidah... sudah-sudahlah memegang jawatan. Fikirkan kepentingan keseluruhan pergerakan wanita, UMNO & negara terutama kemandirian bangsa melayu bukan melebihkan kepentingan diri & peribadi. Ada yang tahu kenapa Rafidah mahukan tempoh 3 bulan lagi selepas Mac 2009... itulah manusia tidak pernah cukup... perlu kah sehingga perkara berkenaan disensasikan baru nak berundur dengan terhormat... duit dah bertimbun, harta dan banyak AP upss!... apa lagi Rafidah oiii... bagilah org lain... kita dah lama dah...
p/s : Moga dengan dipimpin ketua yang baru pergerakan wanita akan memperoleh penjenamaan baru dan dibersihkan dari segala macam penyakit... Amin
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment