Monday, November 24, 2008

SISTER IN ISLAM (SIS) BUTA AGAMA : CABAR FATWA YOGA

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga - maksudnya pertimbangan menolak fatwa ini dilakukan atas logik akal semata-mata

Berita penuh petikan ada di SINI

Apa nak jadi pada SIS ni... kalau nak tunjukkan sangat PRO atau condong nak membela agama lain tak perlulah sampai agama sendiri pun nak persoal dan pertikai macam-macam

Si Norhayati Kaprawi Pengurus Program SIS ni siapa??? ustazah dari Al-Azhar ke? ada degree atau master atau PhD dalam bidang pengajian islam pengkhususan apa??? atau pentafsiran tu dilakukan sekadar logik akal semata-mata... atau dengan merujuk buku-buku free thinker??? ada ke merujuk sumber yang benar

Bertaubatlah kembalilah pada ajaran ISLAM SEBENAR... jangan ikut hati, akal dan nafsu semata-mata kerana elemen ini perlu panduan Al-Quran Dan Hadis Nabi... mengucaplah jangan iktikad dan iman terpesong dan matinya kita nanti bukan tergolonga dalam orang yang beriman... Nauzubillah...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.