Monday, November 24, 2008

WANITA PKR : MAHU MP & ADUN PAKATAN RAKYAT LETAK JAWATAN TERLIBAT SKANDAL RASUAH & SEKS

Sumber UTUSAN di SINI : 'Letak jawatan jika skandal seks, rasuah'
Oleh ABDUL YAZID ALIAS

Komen : Harap pembangkang muhasabah diri dan apabila membuat keputusan dan usul bagi sesuatu ketetapan akan dapat melaksanakannya... dan orang pertama yang perlu letak jawatan adalah Anwar sendiri kerana ada SKANDAL LIWAT... kemudian beberapa MP dan ADUN dari PKR serta Pakatan Rakyat...

Tapi percayalah ini hanya gimik pembangkang untuk kekalkan momentum sokongan dari rakyat & mahu rakyat percaya PKR membuat pembaharuan dan tindakan pembersihan... mereka akan tetap begitu...


buktinya Exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi yang kini menghadapi tuduhan rasuah, dilantik sebagai Pengurus Liga Super yang akan bermula 3 Januari depan berita Penuh boleh didapati DISINI

Kalau lah rakyat terus percaya tak tahulah nak kata apa... fikir sendiri ya


SHAH ALAM 23 Nov. - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengusulkan agar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu meletak jawatan sekiranya terbabit dalam skandal rasuah mahupun seks. Cadangan usul itu akan dikemukakan pada Kongres Nasional Wanita PKR yang diadakan 28 November ini.Usul itu dibuat sebagai salah satu cara bagi membersihkan parti termasuk di peringkat kepimpinan daripada gejala tersebut.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya usul itu diluluskan, mana-mana pemimpin yang didapati terlibat dalam skandal tersebut, jawatan mereka dalam parti termasuk wakil rakyat akan digugurkan secara automatik.

Sebelum ini, dua pemimpin parti itu, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 57, dan Kapten (B) Usaili Alias, 56, ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 berhubung satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, Perak, pada Ogos lalu.

''Ini yang kita bawa dan bahaskan dalam kongres parti yang akan diadakan nanti. ''Kita tidak mahu ada pemimpin khususnya daripada PKR terlibat dalam gejala rasuah atau seks, kita mahu pemimpin yang bersih. ''Sekiranya diluluskan, kita turut mahu supaya usul ini dapat diikuti oleh parti sekutu seperti DAP dan Pas,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.