Salam Perjuangan...
Nota : Inilah bukti mereka (kaum cina) yang buta sejarah dan cuba memanipulasi keadaan untuk meraih populariti & sokongan. Mereka harus di"ajar" dengan tindakan terbuka dari orang melayu seperti yang dilakukan oleh GGMM ini... TAN LIAN HOE DITUNTUT MINTA MAAF KEPADA ORANG MELAYU SEGERA...
GGMM buat laporan polis berhubung kenyataan Lian Hoe
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebuah pertubuhan, Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan sensitif Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang didakwa berbaur hasutan dan perkauman.
Presiden Penaja GGMM, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu, kenyataan Lian Hoe yang menyamakan asal usul kedatangan bangsa Melayu, Cina dan India negara ini dilihat cuba menghasut serta merosakkan perpaduan antara kaum. "Kenyataannya (Lian Hoe) membawa maksud seolah-olah asal-usul kaum-kaum di negara ini adalah sama serta menyatakan ketidakwajaran sesuatu kaum mendapat hak istimewa melebihi kaum lain.
"Persoalan tersebut yang ditimbulkan itu dilihat sebagai cubaan menghasut supaya orang lain mempertikaikan hak keistimewaan kaum lain," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, di sini. Mohd. Khairul Azam yang juga seorang peguam dan merangkap Setiausaha Agung Pembela Pertubuhan Perlembagaan Persekutuan (PPPP) ditemani oleh Exco GGMM, Nik Rizman Sapian hadir di balai tersebut pada pukul 11.30 pagi.
Laporan polis tersebut, katanya bertujuan untuk menghentikan tindakan-tindakan berbaur hasutan dan perkauman oleh mana-mana pihak yang boleh mencetuskan permusuhan dan pertikaian hak antara kaum. Mohd. Khairul Azam berharap agar pihak polis menyiasat aduan tersebut di bawah Akta Hasutan.
Pada 10 Oktober lalu, Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan membuat kenyataan tersebut ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda dan Wanita Gerakan, supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.
Beliau berkata: "Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India."
No comments:
Post a Comment