Friday, November 14, 2008

FAKTA DEB : DASAR EKONOMI BARU - MELAYU PERLU BERSYUKUR

KEPADA MELAYU INSAF DAN SEDARLAH BETAPA BERSYUKURNYA KITA KERANA SELAMA INI TELAH DI TADBIR DIBAWAH SEBUAH KERAJAAN YANG BAIK DAN BERJAYA MEMBAWA KEMAKMURAN KEPADA RAKYAT... TERUTAMA BERJAYA MEMBELA NASIB MELAYU...


JANGAN LUPA APA YANG KITA MILIKI KINI ADALAH HASIL DASAR DEB YANG BANYAK MEMBANTU MELAYU... CUKUP KUATKAH DAN SETANDINGKAH KITA UNTUK "KONSEP KESAMARATAAN" PEMBANGKANG... RENUNG & FIKIRKAN SEDALAMNYA DEMI MASA HADAPAN ANAK CUCU CICIT KITA & GENERASI MENDATANG...


Di bawah DEB Kerajaan telah membentuk berbagai instrumen bagi mencapai keseimbangan sosio-ekonomi berbagai golongan etnik. Antara instrumen yang telah digunakan ialah :

• Melaksanakan penyusunan semula ekuiti syarikat awam bagi memastikan orang Melayu mendapat akseskepada pemilikan ekuiti dan peluang pekerjaan.

• Memerlukan syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat penyusunan semula sebelum ianya disenaraikan diBursa Saham Kuala Lumpur.

• Peruntukan kuota, subsidi dan intensif bagimemastikan orang Melayu mendapat akses kepada peluang ekonomi dan menggalakkan penyertaan mereka dalam pembangunan ekonomi.

• Pembentukan agensi-agensi amanah dan perusahaan perusahaanawam untuk menggalakkan penyertaanorang Melayu dan Bumiputera dalam perniagaan danmenyediakan mereka dari segi kemahiran pengurusan.

• Memperuntukkan bajet spesifik bagi program-program pembasmian kemiskinan dan penyusunan semulamasyarakat.

• Memperkenalkan pinjaman bank kepada sektor-sektor terpilih bagi menyokong penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam perniagaan dan ianya dikawal selia oleh Bank Negara.

• Melaksanakan program khusus mengikut sektor bagi program pembasmian kemiskinan melalui pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

• Mewujudkan berbagai program bagi membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).


PENCAPAIAN DEB


• Insiden kemiskinan menurun dari 52.4 peratus pada1970 kepada 16.5 peratus pada 1990.

Milikan harta orang Melayu dan Bumiputera meningkat dengan ketara dari 2.4 peratus pada 1970 ke19.3 peratus pada 1990.

Dispariti pendapatan purata luar bandar - bandar menurun dari 1:2.14 dalam tahun 1970 ke 1:1.70dalam tahun 1990.

Dispariti pendapatan orang Melayu dan Bumiputera -Cina menurun dari 1:2.29 ke 1:1.74 dalam tempohyang sama.

Lompang dispariti pendapatan orang Melayu danBumiputera-India mengecil dari 1:1.77 dalam tahun1970 ke 1:1.29 dalam tahun 1990.

• Pada masa yang sama, Pekali Gini berkurangan dari 0.501 dalam tahun 1970 kepada 0.442 pada tahun1990, menggambarkan pengurangan dalam ketidaksamaan pendapatan bagi masyarakat Malaysia.

• Dalam tempoh sama, Malaysia mencapai pertumbuhan KDNK benar pada kadar 6.7 setahun. Ini dicapaibersama-sama transformasi struktur ekonomi pesat.

• Di bawah DEB, Malaysia telah berjaya mencapai sasaran matlamat pangagihan tanpa mengorbankan pertumbuhan.

• Dari aspek sosiobudaya, DEB telah memberi keyakinan kepada orang Melayu dan Bumiputera untuk turut terlibat dalam kegiatan sektor ekonomi moden dan bidang pekerjaan profesional.

DEB juga berjaya mewujudkan dan memperluaskan kelas menengah orang Melayu dan Bumiputera hasil dari dasar pendemokrasian pendidikan dan langkah - langkah mempertingkatkan penyertaan orang Melayudan Bumiputera dari segi guna tenaga dalam sektor berproduktiviti tinggi.


PEMILIKAN HAK MODAL MELAYU


• Pemilikan modal penting bagi membiayai ekonomidan keupayaan sesuatu kaum memiliki modal yangtinggi boleh membantunya menjanakan lebihan danmengukuhkan kedudukannya dalam aktiviti ekonomi.

 Milik modal saham orang Melayu dan Bumiputera meningkat dari RM20.9 billionpada tahun 1990 kepada RM63 billion pada2000 dan meningkat kepada RM100.04 billionpada 2004.

 Nilai saham modal yang dimiliki oleh kaum Cina juga meningkat dari RM49.3 billion pada1990 kepada RM129.3 billion pada 2000 dan melonjak kepada RM206.69 billion pada tahun2004.

 Pemilikan modal kaum India meningkat dariRM1.1 billion pada 1990 kepada RM5.1 billion pada 2000 dan RM6.39 billion pada tahun 2004.

• Krisis ekonomi dalam tahun 1997-98 telah memberi kesan negatif kepada pemodal orang Melayu dan Bumiputera di mana mereka terpaksa melepaskan kepentingan pelaburan mereka semasa krisis tersebut.

• Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga(RRJP3), Kerajaan menetapkan sasaran milikan ekuiti orang Melayu dan Bumiputera pada 30 peratus pada tahun 2010 tetapi ia adalah mustahil. Oleh itu, RMK-9telah mengkaji semula sasaran ini dan kini mensasarkan pencapaian milikan ekuiti oleh orang Melayu dan Bumiputera pada kadar 30 peratus menjelang 2020.

• Pertumbuhan ekuiti keseluruhan negara bagi tempoh2000-2004, meningkat pada kadar 9.8 peratus setahundan jika menggunakan kadar pertumbuhan yang sama bagi tempoh 2004-2020, dalam tahun 2020 jumlah ekuiti negara dijangka meningkat ke RM 2,360 billion.

• Kemungkinan besar menjelang 2020 kita masih belumboleh mencapai ekuiti sebanyak 30 peratus keranauntuk mencapai ke tahap tersebut kita memerlukanRM 710 billion sedangkan dalam tahun 2004, ekuiti Bumiputera hanyalah RM 100 billion.

• Keadaan ini memerlukan satu strategi yang radikal dimana ASLI telah memberi satu ruang yang baik bagimencapai sasaran ini melalui pemindahan semua ekuiti milik Kerajaan dalam GLC kepada orang Melayu danBumiputera.

• Pada masa yang sama, penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi bandar masih rendah.Orang Melayu dan Bumiputera hanya memiliki purata11.7 peratus milikan rumah kedai dan ruang pejabat dikawasan bandar. Sungguhpun Kerajaan telah mengambil alih UDA serta menubuhkan Yayasan Syarikat Hartanah Negara, namun fungsi dan peranannya masih tidak jelas.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.