Monday, November 24, 2008

BISIK BISIK AWANG SELAMAT : PAKATAN RAKYAT PEMBANGKANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN

BISIK-BISIK AWANG SELAMA - Rujuk Sini

LANGKAH Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (Perak FA) yang diterajui Presiden barunya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melantik anggota Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin Mohd Radzi sebagai pengurus pasukan Perak sama sekali tidak mencerminkan apa yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat.

Ia menyerlahkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tidak mempunyai integriti. Mohammad Nizar yang juga Menteri Besar sewajarnya awal-awal lagi perlu menuntut Jamaluddin melepaskan jawatan Exconya sehingga didapati tidak bersalah, jika Kerajaan Negeri benar-benar berpegang kepada prinsip integriti dalam pentadbirannya.

Bukan sahaja itu tidak dilakukan, malah, beliau membuat pelantikan baru melibatkan Jamaluddin yang berdepan satu kes rasuah.
Apa yang berlaku itu adalah contoh jelas kegagalan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat bersikap cakap tidak serupa bikin.

Awang – Melapor.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.