Wednesday, October 7, 2015

TERBUNUH BOM BUATAN SENDIRI MELETUP KETIKA NAIK MOTORSIKAL MAHU BERSARAPAN


AMAT MENAKUTKAN kerana kejadian ini berlaku di Gua Musang, Malaysia bukan di luar negara. Moga pihak polis dapat menyiasat dan memastikan kejadian sebegini tidak berlaku bimbang negara kita terjerumus huru hara seperti negara jiran yang bergolak.

Sepasang suami isteri terkorban apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup ayng dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Jalan Pulai, Gua Musang pagi ini.
Kejadian yang berlaku kita-kira jam 9:30 pagi menggemparkan orang ramai yang sedang menjalankan aktiviti harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.
“Kejadian berlaku ketika jalan agak sunyi ketika pasangan berkenaan sedang keluar untuk sarapan pagi di kedai berhampiran.”

“Bom buatan sendiri itu berkenaan yang sudah dipasang pada motosikal meletup menyababkan mayat kedua-dua mereka berkecai dan tercamapk ke kawasan semak berhampiran,” katanya.
Pihak polis kini dalam siasatan lanjut dan pihak forensik daripada IPD Kelantan, Kota Bahru telah datang untuk membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai suapaya tidak mengaitkan kejadian dengan isu perkauman, agama atau politik.

bom 1
bom 3

3 comments:

chikey_boyz said...

Hari itu admin asyik menghentan Tun Mahathir. Beberapa hari lepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan supaya PM menyelesaikan isu 1MDB segera kerana ia telah mencemarkan imej negara dan ekonomi. Kenapa admin tidak komen? Bukan selalu admin yang yang BACK-UP sangat kerajaan sampai berani tuduh orang lain gila?

Anonymous said...

waaahhh macai mamat mengidam nk jadi PM komen la... mesti orang pagoh... penjilat tegar ni... bravo!!!

wak sukarno said...

bro, admin pos artikel berkaitan teguran dlm pos terbaru... dah baca?

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.