Rakyat bising tol naik tahu kah anda terdapat lebuh raya sepanjang 2,239 km dengan kos RM 27 Billion tanpa ada konsesi tol (kontol) dan bebanan kepada rakyat itulah legasi DS Najib dengan pembinaan lebuhraya PAN BORNEO. Betapa beliau amat prihatin dan dasar di bawah pentadbirannya memikirkan kemaslahatan rakyat.
Beli IPP menerusi 1MDB untuk menjimatkan berbilion duit rakyat (TNB) yg terpaksa membayar IPP swasta dengan harga lebih mahal. Perumahan Prima untuk golongan bawahan dan pertengahan memiliki rumah, klinik 1Malaysia, BR1M, KR1M dan banyak lagi... malangnya beliau mewarisi legasi yang membebankan rakyat terutama dari Mahathir.
kita perlu sedar dalam ketegangan orang-orang di Perak, di Pahang, di Johor dan negeri-negeri lain di luar Lembah Klang membincangkan kenaikan harga tol 17 lebuhraya dalam bandar sekitar Kuala Lumpur Khamis nanti, tidak adakah yang nak bertanya bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membina lebuhraya percuma untuk Sabah dan Sarawak sementara tidak ada Perdana Menteri sebelum beliau yang boleh?
Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri yang paling legend kononnya tu pun nak buat lebuhraya 18km pun kena tol tapi Najib buat lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,239km dengan nilai RM 27 billion, tanpa tol.
Bagaimana ini boleh dilakukan? Sudah tentu kerana Najib lebih bijak dari Mahathir dan Pan Borneo hanyalah satu contoh. Pada saat ini, penulis sudah dengar orang merungut kenapalah bukan Najib yang jadi Perdana Menteri pada 1981, kalau tidak sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan mengalami kenaikan harga tol seperti sekarang.
Najib tidak terikat dengan formula Mahathir yang bijak memindahkan beban atas sesuatu projek pembangunan kepada rakyat, pembinaan lebuhraya bertol sebagai contoh. Mahathir tidak boleh lari dari konsep swasta bina, kerajaan bagi konsesi dan rakyat bayar. Dulu macam itu dan kalau dia masih Perdana Menteri, selamanyalah macam itu, asyik rakyat saja kena.
Sebab itu bila diumumkan tol naik, muka nombor satu yang naik dalam kepala penulis ialah muka Mahathir. Inilah masalah yang sebenarnya, bukan Najib. Malah penulis dengar dari beberapa sumber, Mahathir mengakui bahawa perjanjian konsesi lebuhraya yang dibuat pada zamannya itu tidak adil, baguslah mengaku, tapi apa gunanya lagi?
Memandangkan kebanyakkan perjanjian konsesi sedia ada, Mahathir terlibat di dalamnya, kenapa tidak dia berjumpa semula dengan pemegang konsesi ini minta dirunding semula perjanjian yang tidak adil itu bagi menebus dosa yang dilakukan? Dia buat najis, biarlah dia yang bersihkan najis itu.
Sumber klik; http://www.mykmu.net/2015/10/bagaimana-najib-bina-lraya-percuma-orang-lain-tak-boleh/
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment