Thursday, October 8, 2015

BERSATU KITA DOAKAN MURID ORANG ASLI HILANG SELAMAT DITEMUI - SEORANG SAH DITEMUI MATI



Rasa sangat sedih dan bersimpati serta doa dan harapan kami iringkan buat 7 keluarga murid yang terlibat atas penemuan mayat salah seorang murid yang hilang... kami di Idelismalaysia berharap agar pihak berkuasa memperhebat pencarian dan kami berdoa bersungguh-sungguh semoga anak-anak yang belum ditemui selamat dan dilindungi yang maha kuasa lain dapat kembali kepangkuan keluarga dengan selamat hendak-NYA... 

atas nama rakyat Malaysia marilah kita sama-sama kita doakan anak-anak ini ditemui dalam keadaan selamat...

BERITA HARIAN - 8/10/2015 : GUA MUSANG: Siasatan awal polis mendapati mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di Pos Tohoi malam tadi adalah Sasa Sobrie, 8, iaitu seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu. 

http://assets.bharian.com.my/images/articles/sasasasa.transformed_1.jpgKetua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, berkata ia berdasarkan hasil bedah siasat dan pengecaman yang dilakukan ahli keluarga mangsa. 

"Namun ini bukan keputusan muktamad kerana perlu melalui ujian DNA untuk pengesahan lanjut," katanya. 

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi jam 7 malam tadi oleh penduduk kampung sebelum memaklumkan kepada pasukan penyelamat. Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira setengah jam untuk membawa mayat yang tersangkut itu ke tebing sungai sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. 

Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran. Selain Sasa, pelajar terbabit ialah Mirsudiar Aluj, 11; Noreen Yaacob, 10; Ika Ayel, 9; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina David, 7 kesemuanya berasal dari Pos Tohoi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/87355


http://assets.bharian.com.my/images/articles/UA_MUSANG___ORANG_ASLI_HILANG__.transformed_0.jpg










No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.