Tuesday, October 13, 2015

KENAIKAN TOL 15 OKTOBER 2015 HANYA DALAM BANDAR JOM GUNA PENGANGKUTAN AWAM DAN ELAK KESESAKAN TRAFIK

Sudah 8 tahun rakyat bandar merasai nikmat apabila kerajaan menanggung bayaran pampasan kepada KONTOL bagi mengekalkan kadar tol yang sama selama 8 tahun. Diharapkan warga bandar dan mereka yang bekerja di bandar dapat menyesuaikan diri dalam mendepani situasi mencabar ini. Moga kerajaan dapat mempertingkat mutu perkhidmatan pengangkutan awam dengan segera agar lebih efisyen dan meliputi jaringan perhubungan yang lebih luas dengan harga yang murah bagi membantu rakyat.

BERITA ASTRO AWANI

KUALA LUMPUR: Penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar. Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan hari ini berkata selain itu, kadar tol untuk bas akan kekal seperti mana sekarang dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, terutamanya bas.

Bas akan menjadi satu lagi opsyen mod pengangkutan ke destinasi masing-masing serta mengurangkan aliran trafik atau kesesakan ke pusat bandar, menurut kenyataan itu. Katanya kerajaan telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Menurut kenyataan, kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi. "Jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak RM1,108.91 juta manakala bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM402.99 juta," katanya. Dalam hal ini, kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan yang boleh memberi kesan pengganda kepada ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat secara keseluruhannya.

Sebagai contoh, membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan, membina lebih banyak hospital dan sekolah. Menurut kenyataan, memandangkan pembangunan lebuh raya dibiayai oleh syarikat konsesi, kadar tol perlu dikenakan kepada pengguna untuk membolehkan syarikat terlibat menyenggara lebuh raya berkenaan untuk keselesaan dan keselamatan para pengguna.

Kadar tol yang dikenakan adalah mengikut jarak perjalanan pengguna.
Dalam hal ini juga, kadar tol yang ditetapkan di sesuatu lebuh raya mengambil kira kos pembiayaan, kos operasi dan penyenggaraan serta kemampuan pengguna, menurut kenyataan itu. Kata kenyataan itu, kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan kadar tol yang tinggi dan oleh kerana itu, kadar tol yang dikenakan akan mengalami peningkatan beransur-ansur sepanjang tempoh konsesi yang ditetapkan.


SENARAI KADAR KENAIKAN TOL 15 OKTOBER 2015 (KLIK)

Kerajaan sekarang hanya mewarisi masalah dan bebanan kerajaan sebelum ini di zaman Tun Mahathir dan Pak Lak. Siapa yang merestui kebanyakan KONTOL kalau tidak Mahathir takkan dia tak fikir bebanan dan derita yang bakal ditanggung rakyat menerusi perjanjian kontol yg membeban kan???

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.