Teringat janji muhyiddin kata nak bantu presiden UMNO walau tidak menjadi PM... nampaknya bukan bantu menyokong dan mempertahan... sebaliknya bantu menjatuhkan dan membawa rebah... sebab penyokong muhyiddin claim manusia lidah bercabang ni islamik... jelas kita boleh gelar Muhyiddin Yassin sememang nya manusia MUNAFIK!
"Jika tiada keyakinan, orang akan menjauhi negara kita, pelabur tak akan datang. Saya ada data yang menunjukkan pelaburan di negara kita makin berkurang berbanding dahulu. Mereka yang nak datang melabur berfikir banyak kali sekarang sebab mereka tak pasti mengenai situasi politik di negara kita. Mereka tak tahu apa akan jadi dalam satu atau dua tahun akan datang. Saya harap kerajaan akan mengambil langkah-langkah proaktif dalam Bajet 2016" - Muhyiddin Yassin, 20 Oktober 2015, Majlis Minum Petang Bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Hotel Seri Pacific, KL.
Cuma apa yang dikesalkan apabila tindakan TSMY menyebarkan fitnah tanpa
diperkuatkan dengan fakta mengenai kononnya 'pelaburan di negara kita
makin berkurang berbanding dahulu'. Sebagai seorang pekerja di agensi di
bawah Kementerian Perdagangan & Industri (MITI) dan juga berkaitan
dengan 'sister company' kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
(MIDA), CTS terpanggil untuk menjawab fitnah TSMY.
Untuk pengetahuan TSMY, Malaysia mencatat pelaburan sebanyak RM235.9
bilion tahun lalu (2014) yang juga rekod tertinggi yang pernah diterima
setakat ini, meningkat 8% berbanding RM219.4 bilion pada 2013. Prestasi
pelaburan negara pada 2014 mengatasi purata sasaran pelaburan tahunan
RM148 bilion yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Pelaburan domestik (DDI) menguasai sebahagian besar pelaburan yang
diterima sepanjang tahun lalu, membabitkan RM171.3 bilion atau 72.6%.
Manakala pelaburan langsung asing (FDI) pula sebanyak RM64.6 bilion atau
27.4% daripada jumlah pelaburan keseluruhan pada 2014.
Bagi laporan pelaburan Malaysia suku pertama (Q1) tahun 2015, Malaysia
mencatatkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM57.4 bilion dalam
sektor utama, perkhidmatan dan pembuatan. Sektor pembuatan merupakan
pelaburan teratas iaitu sebanyak RM33.6 bilion, merangkumi 58.5 %
daripada jumlah keseluruhan pelaburan, diikuti oleh sektor perkhidmatan
sebanyak RM22.3 bilion atau 38.9 % dan sektor utama sebanyak RM1.5
bilion atau 2.6%. Jumlah berkenaan mewakili peningkatan sebanyak 18.8%
dalam tempoh yang sama tahun lepas, iaitu sejumlah RM48.3 billion dalam
pelaburan yang diluluskan.
Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal oleh TSMY. Jadi macai
manakah yang menasihatkan TSMY untuk mengeluarkan kenyataan
bahawa 'pelaburan di negara kita makin berkurang berbanding dahulu'? NAMPAK BENAR BODOH MUHYIDDIN YASSIN.
No comments:
Post a Comment