Thursday, April 22, 2010

JENTERA CINA BN (GERAKAN DAN MCA) PERLU CONTOHI JENTERA CINA PAKATAN (DAP, PKR)

Salam Perjuangan

Maaf bukan nak mengata... tapi impak kempen oleh jentera cina (Gerakan & MCA) terutamanya aku lihat masih ditahap suam-suam kuku... yang bayak merembat kehulu kehilir adalah UMN dan MIC...

Sumer tahu yang Kaum Cina sudah rasa 'enak' dibuai janji kosong pakatan dengan kesama rataanlah dan lain-lain lagi hinggakan undi mereka pun majoritinya kepada Pakatan... Oleh itu ini merupakan cabaran kepada jentera dan pemimpin Cina -BN mempengaruhi dan memberikan maklumat 'benar' akan realiti perlunya mereka mengundi BN... jangan jadikan masalah dalaman parti untuk tidak 'buat kerja'... semua parti ada masalah tetapi tetap menyumbangkan jasa... baik UMNO atau MIC... jangan sampai kami selaku sekutu terbesar dalam BN semakin muak, jelik dan berbulu melihat jentera kaum cina dalam BN tak buat kerja... nescaya makin kena kutuklah...

komitmen terbaik, kerja kuat dan sepakat, bersungguh-sungguh mahu berjasadan kesanggupan berkorban percayalah resipi ini yang bakal memberikan kemenangan dipihak kita...

Sumber dari : Medan Info Kita.

WaaAAh…!! Betol Betol HoR LiaOO Oohh…

Ini betul betul punya HoRR LiAOO gerak kerja Yb Yb PKR berbangsa tionghua membanting tulang membantu kempen untuk Zaid Ibrahim…! Walaupun 'terkenal' kerana berbogel demi kekasih hatinya berbangsa MELAYU ISLAM (pemimpin AMK) dan sanggup menyerahkan segalanya demi buah hatinya... dia tetap tak malu turun padang dan mengaku sebagai YB...

Kalau jengok ke website Jinggo’s Photopages, boleh kita saksikan hampir kesemua Yb Yb PKR berbangsa tionghua seperti Tien Chua, Eli Wong, Cikgu Lee [Kajang], Chan Ming Kai [Simpang Pulai], Gan Pei Nei [Rawang], Chan Lih Kang [Teja], Sim Tze Tzin [Pantai Jerjak], dan ramai lagi. Turut juga kelihatan mengiringi Zaid masuk kedalam perkampungan cina ialah bekas pimpinan MCA, Datin Paduka Tan Yee Kew dan juga bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Dr Tan Kee Kwong.

Apakah MCA dan Gerakan juga turut “all out” untuk calon MIC..?

Secara umumnya kita semua tahu bahawa porla undi kaum cina sudah semakin tidak menyokong mana mana calon BN dalam banyak PRK sebelum ini.

Disinilah, di bumi Hulu Selangor inilah ujian getir buat MCA dan Gerakan membuktikan mereka mampu bekerja jauh lebih baik dari PKR dan DAP.

Fikir-fikirkan ya....

JENTERA PAKATAN-PKR HULU SELANGOR LUMPUH

BERITA 1 : PKR HULU SELANGOR LUMPUH !




Malam tadi di hulu yam aku hadir di program pengistiharan dr halili menyerahkan borang menjadi ahli umno kepada ts muhyidin.

Lebih separuh daripada ajk bahagian (cabang) PKR hulu selangor telah hadir dan memberikan sokongan kepada Dr halili. ini tanda protes mereka kepada anwar attaturk.

Sumber maklumat sahih mengatakan cabang pkr hulu selangor akan lumpuh secara total dalam masa terdekat.

tahniah kepada dr halili dan rakan-rakan pkr hulu selangor, anda telah menemui jalan kebenaran ! anwar attaturk bisa pening dengan kemasukan dr halili ke dalam umno.

dr halili bukan sembarangan orang, dia melayu cerdik pandai punyai talian keluarga dan pengikut yang cukup ramai di hulu selangor . menafikan pengaruh dr halili berbanding dengan zaid drunkenmaster meropakan satu perhitungan yang silap !

PRK HULU SELANGOR : PENIPU RAKYAT SEMAKIN PARAH !!! PKR BATANG KALI KELUAR PARTI !!!

Pasukan UMWM malam tadi bergegas ke Batang Kali setelah menerima panggilan dari Penyelaras Cawangan BN Batang Kali Encik Abdul Aziz, seramai 30 orang telah keluar dari PKR (PARTI KHIANAT RAKYAT) Cawangan Batu dan menyertai UMNO.

UMWM sempat menemuramah beberapa bekas ahli PKR yang sememangnya sudah muak dan jelak dengan tipu janji
ANWAR IBRAHIM dan KHALID IBRAHIM kononnya akan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sejak tahun lepas. Namun begitu, sehingga ke hari ini permintaan mereka tidak pernah langsung dipedulikan.

Rata rata bekas ahli PKR juga telah jelas nampak mainan politik ANWAR IBRAHIM yang lebih banyak menabur janji janji kosong tanpa perlaksanaan. Mereka juga telah bosan kerana setiap kali ceramah dan perjumpaan yang diadakan, tidak sekalipun PKR perjelas apa yang akan dilakukan untuk menaikkan taraf hidup penduduk setempat. Yang ada hanyalah caci maki dalam ceramah.

Bertitik tolak dari situ, 30 orang bekas ahli PKR telah sepakat menemui Encik Abdul Aziz dan mengemukakan hasrat untuk menyertai UMNO yang jelas tentang perjuangan dan hala tuju kerana sememangnya UMNO sentiasa meghulurkan tangan membantu penduduk setempat walaupun bukan ahli UMNO sendiri.






Anda jangan bersekongkol lagi dengan gerakan menjahanamkan ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA ini... ramai telah tinggalkan... Anda apa tunggu lagi...

Tepuk dada... tanya Iman...

ZAID IBRAHIM PENYAMUN - JUAL BANGUNAN UMNO KOTA BHARU

Salam Perjuangan...

Inilah sikap tak pernah cukup... Kalau nak kata dia tak kaya... rumah dia di Kota Bharu tu lebih dari Istana... gaya hidup peh! amatlah mewah... kaya raya... kereta berderet-deret... tanah yang dimiliki saujana mata memandang... cara bercakap pun macam golongan aristokrat... barang kemas bertimbun... duit dalam bank melimpah ruah dengan beratur angka *000,000,000... pemilikan syarikat macam-macam ada hartanah ada, firma guaman ada, macam-macamlah... sampai memiliki kuda lumba untuk judi lagi... hobi masyaAllah macam-macam... tapi yang paling famous minum la... air setan yang mahal-mahal pulak tu....

Tapi ni dah melampau... Abis tu takkan tak cukup sampai bangunan UMNO pun kau nak kebas... kata perjuangan... jaga amanah sewaktu jadi ketua bahagian... ni baru Allah bagi sikit naik sebagai pemimpin (dulu) dah tumbuh tanduk jadi licik dan penyamun... manusia jenis apa ni??? ka bukan manusia sebab banyak sangat minum air setan dah trasform jadi setan.... he he he...

kalau menanglah Zaid di Hulu Selangor... aku tak dapat bayangkan alamat jadi padang jarak-padang terkukurlah Hulu Selangor hutan nescaya ditebas... macam-macam projek kroni naik percayalah... satu persatu milik masyarakat hulu selangor jadi milik Zaid Araki Alkudari...

Sumber Utusan

UMNO Kota Bharu minta Zaid serah bangunan

KOTA BHARU 20 April - Lebih 100 ahli UMNO Bahagian Kota Bharu berhimpun secara aman di Jalan Sultanah Zainab di sini bagi membantah sikap bekas ketua mereka, Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa cuba menjual bangunan milik parti tersebut dengan harga berjuta ringgit.

Kesemua ahli terbabit berkumpul di hadapan bangunan itu mulai pukul 2.30 petang ini dengan membidas Zaid yang dikatakan bersikap tidak amanah dan melanggar perjanjian apabila premis parti bertukar menjadi miliknya.

Malah sebelum ini Setiausaha UMNO bahagian tersebut, Zulkifli Abd. Ghani telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu terhadap Zaid yang didakwa telah mengambil-alih sebuah syarikat milik parti tersebut, Umbak Baru Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik tanah bangunan itu pada Februari lalu.

Zulkifli berkata, apabila dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu pada tahun 2001, Zaid telah mengambil-alih syarikat itu dan memegang amanah bagi pihak parti tersebut.

"Selepas tewas kepada Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh pada pemilihan bahagian yang lalu, dia cuba untuk menjual bangunan ini kepada pihak ketiga.

"UMNO Bahagian Kota Bharu telah memasukkan kaveat persendirian untuk menahan penjualan tanah dan bangunan tersebut kerana ia adalah hak milik kami," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian tersebut, Datuk Kamarudin Abdullah yang mengetuai perhimpunan aman itu memberitahu, Zaid telah menggadaikan tanah dan bangunan itu kepada Bank Rakyat sebanyak RM5.3 juta beberapa tahun lalu.

Katanya, pengurusan bahagian itu telah menghantar surat kepada Zaid untuk berbincang dan mengambil semula bangunan tersebut tetapi beliau meminta pihaknya membayar sebanyak RM9.5 juta melalui surat yang dihantar pada April 2009.

"Tanah ini sebenarnya didaftarkan atas nama Umbak Baru Sdn. Bhd. pada 20 November 1983 kerana parti tidak boleh memohon tanah dan ia digunakan untuk membina bangunan Pejabat UMNO Kota Bharu dan kompleks perniagaan.

"Bangunan pejabat itu kemudiannya dibina sehingga 80 peratus sebelum terbengkalai dan Zaid telah menunaikan janji pada pemilihan bahagian untuk membina bangunan itu sekiranya menang pada tahun 2001.

''Beliau hanya membina 20 peratus sahaja manakala selebihnya dilakukan oleh UMNO bahagian ini oleh kepimpinan terdahulu," katanya.

Ujarnya, selepas perbincangan dilakukan, pada Oktober lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghantar surat melalui wakilnya dengan mengurangkan harga bangunan itu kepada RM8 juta sahaja.

Tambahnya, Zaid tidak pernah mendedahkan kos sebenar yang dikeluarkannya untuk menyiapkan pembinaan bangunan tersebut dan pihaknya tidak pernah bertanya pada ketika itu kerana percaya serta yakin beliau berpegang kepada amanah yang diberikan.

.

KERAJAAN PAKATAN KEDAH GOYANG - BAKAL TUMBANG SEPERTI DI PERAK

Salam Perjuangan...


Daripada sumber yang dipercayai... mungkin majoriti kelebihan 4 kerusi DUN oleh kerajaan PAKATAN-PAS akan tumbang dalam tempoh terdekat ini... paling awal mungkin selepas pilihanraya kecil Sibu... disebabkan itu MB Kedah Azizan sibuk mencanang mereka bersedia berhadapan dengan pembubaran DUN seterusnya memaksa pilihanraya DUN negeri itu...

Setakat ini senarai pendek menunjukkan sekurang-kurangnya 6 ADUN berniat meninggalkan PAKATAN-PAS kerana masalah dalaman serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ANWAR IBRAHIM al Lewaati serta masalah konflik dalaman kuasa pentadbiran diantara PAS, PKR dan DAP.

Apapun jangan percaya sangat he he he dalam politik macam-macam boleh berlaku... tup tup tup esok tumbang... atau tahun depan tumbang mana tau... selamat menjaga kerajaanlah ya Pak Zan (Azizan)...

Sumber : UTUSAN

Azizan sedia bubar DUN

ALOR SETAR 21 April - Tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar dari parti itu atas beberapa faktor turut memanaskan lagi suhu politik di negeri ini.

Terbaru, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ada wakil rakyat pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri sedia ada.

Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk berbuat demikian bagi memberi kuasa semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

"Kalau saya sudah rasakan perlu, saya akan menghadap Tuanku Sultan Kedah memohon perkenan baginda untuk membubarkan Dewan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan politik di negeri ini berikutan tindakan keluar parti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu yang menjadi wakil rakyat Bebas selain timbulnya khabar angin kononnya akan ada lagi ADUN pembangkang lain mengikut jejaknya.

Azizan berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinannya pada masa ini tidak tergugat dengan apa yang berlaku.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap ADUN-ADUN lain dalam pakatan pembangkang bahawa mereka akan terus kekal menyokong pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kedudukan terkini daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah menyaksikan Pas kini mempunyai 16 ADUN, PKR tiga dan seorang DAP yang membentuk kerajaan negeri (20 Kerusi Pakatan)


Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 13 ADUN dengan satu lagi kerusi di Kota Siputeh yang masih berada dalam kes mahkamah ditambah sokongan Bebas dua ADUN (15 Kerusi BEBAS-BN)

TIMBALAN KETUA AMK BUANG POSTER BN-UMNO DI HULU SELANGOR : DITAHAN POLIS

Timbalan Ketua AMK Ditahan Polis, Buang Poster BN.

Timb Ketua Pemuda AMK, Faris Musa bersama 5 petugas parti PKR ditahan pihak polis jam 7.30 petang tadi ketika sibuk menurunkan kain rentang BN.

Dia kini berada dalam tahanan di Balai Polis Bukit Sentosa.

Semasa orang sibuk nak ke masjid berjemaah Maghrib, puak-puak munafiqeen ini sibuk melakukan khianat ke atas hak milik orang lain.

Inilah perangai busuk perut dan mentaliti dibawah paras cerdik pencacai-pencacai PR.

Puak-puak mereka ini sudah mula tergugat dengan sokongan penuh masyarakat Hulu Selangor. Sebab itulah mereka begitu terdesak melakukan taktik gampang mensabotaj bahan kempen BN.

Jelas bahawa jentera PR semakin meroyan ibarat cacing yang kepanasan.

* NOTA :

Kalau Pemimpin PKR dah bersikap dan perangai busuk macam ni layakkah kita naikkan selaku mereka memimpin Kerajaan... peribadi sebegini tak layak dipanggil pemimpin... pemimpin rusuhan, keganasan dan tunjuk perasaan bolehlah... kalau memimpin negara alamat jahanam... gelap masa depan anak cucu kita kelak...

Kepada rakyat dah boleh tengok perangai dan wajah sebenar mereka yang rakus berjuang demi kuasa ini... jangan perjudikan nasib kita... hentikan menyokong pergerakan yang menjahanamkan dan mengkhianati ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA...

Fikirkanlah semula... tepuk dada tanya iman...

ISU APCO : ANWAR LAGI DAHYAT GUNA PERUNDING TERUS YAHUDI - APPC

Salam Perjuangan


Tuduh Kerajaan dengan isu APCO - walhal terbukti tiada perkaitan terus kontrak berkenaan terus dengan YAHUDI...

Nah! sekarang kita tengok ANWAR al-Laknati... terbongkar sudah ANWAR ADA PERKAITAN TERUS DENGAN YAHUDI malah bekerjasama erat pulak tu... didedahkan oleh EZAM...

Allah maha kaya... satu persatu telah terlondeh... mana mereka yang kuat mengutuk dan memfitnah kerajaan tu... sekarang ANWAR lagi dahsyat berhubung terus dengan yahudi demi menaikkan imejnya.... masyaALLAH...

SUMBER : Unit Media Wangsa Maju

PRK HULU SELANGOR : ANWAR WAJIB JAWAB PETUDUHAN !!!


Saudara Ezam Mohd Nor mendedahkan sebenarnya ANWAR IBRAHIM adalah boneka ZIONIST dan ISRAEL. Beliau kelihatan 'confident' berkata masih mengumpul setiap bukti bukti yang pasti mengaitkan ANWAR dengan pemimpin pemimpin ZIONIST.

Saudara Ezam berkata 'dossier' atau maklumat akan diserahkan kepada ahli ahli Parlimen hari ini. Salah satu maklumat yang akan diserahkan adalah sewaktu ANWAR menjadi Pengerusi Foundation for The Future (FFF) satu surat bertarikh 1 Oktober 2006 ditujukan kepada kounselor Bank Dunia pada ketika itu, Robin Cleveland untuk teman wanita Paul Wolfowitz (Shaha Ali Riza) dipinjamkan ke yayasan FFF.

Surat itu jelas membuktikan ANWAR menjadi boneka ZIONIST semata mata untuk menutup skandal Paul Wolfowitz yang merupakan arkitek perang Iraq.

Saudara Ezam juga berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mana mana mahkamah dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat dakwaan beliau.

Saudara Ezam juga mendedahkan bahawa ANWAR sebagai hipokrit kerana sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990, ANWAR telah menggunakan khidmat pelobi YAHUDI iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC) untuk menaikkan imejnya di persada antarabangsa.

Saudara Ezam juga menyatakan ANWAR telah menerima sejumlah besar peruntukan dari APPC bagi menaikkan imejnya.

Sumber : Berita Utusan

‘Anwar boneka Israel’

HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok.

Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.

Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.

‘‘Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Kubu Bahru dekat sini.

Ezam mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menyerang gagasan 1Malaysia secara konsisten, pada sesi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dengan mendakwa gagasan itu kononnya ditiru daripada konsep One Israel walaupun Apco telah berulang kali menafikan mereka terbabit dalam merangka gagasan dan konsep itu.

Ditanya mengenai kesediaannya untuk menjadi saksi terhadap semua dakwaan itu, Ezam menjelaskan, beliau sedia untuk berbuat demikian.

‘‘Saya sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana mahkamah dan juga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat kenyataan Anwar berhubung gagasan 1Malaysia dan Apco,” katanya.

Ezam turut menyelar sikap hipokrit Anwar yang menuduh kononnya kerajaan bekerjasama dengan Israel, sedangkan pada masa sama beliau pernah menggunakan khidmat syarikat pelobi yang ditunjangi warga Yahudi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Beliau berkata, Anwar berselindung di sebalik nama kerajaan bagi menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelobi iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC), sekitar awal tahun 90-an bagi meningkatkan imejnya di mata dunia sama seperti yang dilakukan oleh syarikat perunding antarabangsa Apco terhadap kerajaan sekarang.

‘‘Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu beliau sendiri bersekongkol dengan APPC yang diketahui diterajui oleh bangsa Yahudi dan sejumlah besar peruntukan digunakan bagi tujuan tersebut khususnya bagi meningkatkan imejnya.

‘‘Tetapi garis sempadannya, kerjasama dengan Apco menguntungkan kerajaan dan hasilnya telah dapat dilihat terutamanya dalam meningkatkan keyakinan pelabur luar berbanding semasa era beliau dahulu,” katanya.

Renungkan semua.... Tepuk dada... tanya Iman..........



Wednesday, April 21, 2010

WANITA PKR PERAK LUMPUH : 3 PEMIMPIN KELUAR PKR-PAKATAN

Panas !!!!: semakin ramai tinggalkan PKR

Roshanita berbaju merah jambu dan Suraya berbaju koko.

Dua pemimpin wanita PKR Perak mengumumkan keluar parti bagi menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Ketua PKR Tanjung Malim merangkap Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Wanita Perak merangkap Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd basir umum keluar PKR - bernama

Jelas Moral jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semakin merudum denagn berita itu.

Keputusan itu, kata mereka berpunca daripada kebimbangan hilangnya suara politik Melayu dalam pakatan pembangkang yang semakin dikuasai DAP selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mirip seorang diktator.

ULASAN :

Ketua Penerangan Wanita PKR tu yang keluar... kalau ketua cabang lain aku tak heran... ketua yang mengetahui maklumat sulit dan hal ehwal penerangan PKR yang keluar... pasti mereka mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu malahan maha dahsyat sehingga mereka sanggup meninggalkan perjuangan yang telah mereka dokong lebih 10 tahun itu...

Lagi yang pening Timbalan Pengarah Pilihanraya Wanita PKR Perak turut keluar... bukan depa ni terpilih ke jawatan itu kerana ketaaran dan kesetiaan yang tak berbelah bahagi ke??? ni tukar kapal sure sebab yang amat konkrit ni... lepas ni harap dapat dedahkan taktik kotor PKR...

Ramai dah keluar... yang lain apa tunggu lagi...

.

ZAID DI SINDIR DI AJAK MINUM OLEH PENGUNDI CINA HULU SELANGOR

P94 (8) ZAID DITEMPELAK OLEH ORANG CINA

Wa kah...kah...kah....

Kejadian ini berlaku pada 19.4.2010 semasa Zaid , exco bogel dan rakan-rakannya turun berkempen di kawasan cina sekitar Hulu Selangor. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh jurugambar Minaq Jinggo dan diceritakan olehnya di fotopages beliau.

Kejadian didalam bangunan persatuan Cina ini berlaku begitu cepat dan tanpa dijangka. Lelaki Cina separuh umur yang berdiri disebelah kiri telah menempelak Zaid dengan kata2 "Latuk lu manyak kuat minum...semua paper alak cakap....sikalang lu tak boleh minum lagi arrr...Lain kali mali sini boleh minum sama saya (sambil menunjuk kearah botol Tiger Beer diatas meja)".

Zaid jelas terkejut dan tidak senang dengan kata2 tersebut terus pusing dan beredar dari meja tanpa membalas. Tian Chua pula cepat2 mengambil langkah "damage control".

Klik sini untuk melihat gambar-gambarnya

NOTA :

MasyaAllah itulah dia... kalau pemimpin sebegini kita undi dan naikkan jadi pemimpin nescaya ummat ISLAM akan dijadikan bahan cemuhan, jenaka dan sindiran oleh maysarakat bukan ISLAM... kata beragama Islam... menjadi tokoh pemimpin... tapi melanggar dan buat perkara yang berdosa serta ditegah dalam Islam... Lihat sajalah belum apa-apa penduduk bukan Islam dah berani buat lawak bangsat kepada Zaid Ibrahim a.k.a Araki al Kudari.

Sudah tidak ada pemimpin lain yang berjiwa Islam sebenar ke kita nak naikkan... kepada rakyat lihatlah... kalau individu ini (zaid Ibrahim) yang terbukti gagal menjadi pemimpin semasa didalam UMNO dan Kerjaaan... serta sudah ditolak dan dipertikai rakyat khususnya di Kota Bharu - tempat dia dilahirkan, bertapak dan dikenali dari kecil hingga besar... takkan pengundi di hulu selangor yang bijaksana nak membuat kesilapan terbesar dengan mengundi Zaid Araki al Kudari...

Jangan bersubahat dengan pergerakan mengkhianati ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA

Fikirkan sendiri... tepuk dada tanya iman

Tuesday, April 20, 2010

CERAMAH : PAKATAN-PKR BERIBU JIN HADIR, BN BERIBU PENGUNDI HADIR

KITA TENGOK TREND SOKONGAN PENGUNDI MELALUI SLOT CERAMAH SEPANJANG 2-3 HARI LALU..

PAKATAN-PKR : BERIBU-RIBU HADIR - TAPI BUKAN PENGUNDI SEBALIKNYA JIN DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA...

BN-UMNO : MASYAALLAH BERIBU-RIBU JUGA... ALHAMDULILLAH PENGUNDI YANG HADIR... SO LAGI TERANG DAN BERSULUH ...

IKUTI ARTIKEL SUMBER :UNIT MEDIA WANGSA MAJU

1. CERAMAH PAKATAN RAKYAT-PKR

Ceramah anjuran PENIPU RAKYAT yang berlangsung malam tadi Stadium Kuala Kubu Bharu telah memecahkan REKOD KEHADIRAN sepanjang kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Rekod Kehadiran bakal pengundi adalah seramai TAK SAMPAI 30 ORANG.

Para penceramah yang hadir adalah BUKAN CALANG CALANG penceramah. Para penceramah terdiri dari DR HATTA RAMLI (MP KUALA KRAI), KHALID 'GEREJA' SAMAD (MP SHAH ALAM), ZURAIDA KAMARUDDIN (MP AMPANG) dan MANIKAVASAGAM (MP KAPAR). Saudara AZMIN (MP GOMBAK) tidak hadir atas sebab sebab tertentu (Boikot ceramah sendiri).







Kehadiran bakal pengundi jelas menunjukkan PENIPU RAKYAT sudah DITOLAK dan pasti akan KALAH di Hulu Selangor. ANWAR 'AL JUBURI' IBRAHIM semakin pening untuk SPIN cerita ceramah PENIPU RAKYAT mendapat sambutan positif dan hangat.


TENAT MEMANG TENAT.


2. CERAMAH BARISAN NASIONAL -UMNO


Pada 18 April 2010 bertempat di Kuala Kubu Baharu, telah diadakan satu ceramah Politik anjuran Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor. Begitu ramai golongan muda pelbagai bangsa menyertai ceramah ini. Penceramah-penceramah yang hebat menggegarkan kawasan tersebut.
Penceramah2 yang terlibat kebanyakannya adalah bekas Pemimpin2 PKR termasuklah Bekas TKM1 Pulau Pinang, Saudara Fairus. Berikut merupakan antara ucapan PANAS dari penceramah2 pada malam tersebut.


KETUA PEMUDA MIC MALAYSIA, T.MOHAN
Beliau seorang pemimpin India yang hebat dan sewajarnya dijulang sebagai pejuang Malaysia kerana ucapan beliau begitu hebat mempertahankan pembinaan UiTM Cawangan Serendah yang mejoritinya menempatkan pelajar-pelajar yang majoritinya Melayu. Beliau yang juga merupakan sahabat karib calon, P.Kamalanathan mengutuk tindakan PKR yang memilih seorang calon yang tidak bermoral iaitu Zaid Kaki Mabuk. Malah P.Kamalanathan sendiri tidak pernah menyentuh arak mahupun wiski.


BEKAS AKTIVIS PKR HULU SELANGOR, CIKGU SIVAN.
Beliau yang dahulunya pejuang Anwar Ibrahim telah menyesal bersama Pengkhianat Negara ini dan membuat kenyataan terbuka bahawa Sang Manusia bernama Anwar ini seorang yang cakap tak serupa bikin. Anwar juga katanya telah mempergunakan Hindraf untuk menarik sokongan India. Setelah menang pada PRU 12, India semakin tersisih, seperti yang berlaku di Kg. Buah Pala.

BEKAS TIMB. KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG, SAUDARA FAIRUS
Beliau menggelarkan Bekas Bos beliau sebagai Pelakon No.1 Malaysia. Beliau juga memberi amaran kepada Sang Makhluk Asing bernama Anwar supaya Jangan Menjolok Sarang Tebuan. Bekas ADUN Pulau Pinang ini juga membuat pengakuan bahawa memang wujud Fir'aun-Fir'aun di dalam PKR yang berperangai jijik menjatuhkan beberapa pemimpin PKR yang begitu lama berjuang di dalam parti. Tindakan Fir'aun2 ini begitu jijik kemaruk merebut jawatan dan membuang bulat2 orang2 lama di dalam PKR. Tidak pernah fikir untuk kepentingan rakyat.

KETUA PENERANGAN MCA PUSAT, WEE KA SIONG
Bersyukur dan berterima kasih kepada pejuang2 MCA terdahulu yang memilih untuk bersama BN. Kekalahan beberapa tempat pada PRU 12 adalah kerana fitnah dari pihak Pembangkang yang ketika itu kemaruk ke Putrajaya. Beliau berkata Anwar sebenarnya menipu orang Cina dengan menggunakan kaum ini untuk meraih undi dan batu loncatan beliau ke Putrajaya.

Beberapa penceramah2 lain yang turut memberi ucapan termasuklah Ketua UMNO Bhg. Seremban Datuk Ismail, Exco Pemuda UMNO Malaysia Lokman Noor Adam, Bekas Ketua Penerangan PKR Pusat Ruslan Kassim dan wakil Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia.

Inilah bukti perjuangan PKR sebenarnya hanya untuk kepentigan peribadi. Kemaruk nak jawatan dan ke Putrajaya. Sang Manusia Bernama Anwar dikatanya pejuang Negara. Sebenarnya Pejuang Liwat Negara. Zaid Ibrahim digelar jaguh Rakyat. Tapi sebenarnya hanya seorang Pemabuk Negara.


KERAJAAN SELANGOR -PAKATAN GUNA STRATEGI MENAKUTKAN DAN UGUT PENGUNDI HULU SELANGOR


Wah... sudah pandai ya... berani ugut-ugut... macam gengster mentang-mentang dia kerajaan negeri nak potong zakat dan duit bantuan lah... tak dibagi geran tanah lah... ohhhhh rasa kuat sebab dia perintah Selangor...

Jom semua pengundi di Hulu Selangor kita tunjukkan kepada kerajaan selangor yang bongkak lagi angkuh tu siapa berkuasa sebenarnya... kita tunjuk dalam undi kita... jangan bagi Pakatan menang langi.... ayuh semua!

Hulu Selangor: Tak tunduk ugutan
Oleh Rosman Shamsudin /bhnews@bharian.com.my / 2010/04/20

MOKTHAR (tengah) bersama jentera pemuda Kampung Sri Keledang tidak gentar dengan ugutan penyokong pakatan pembangkang.

MOKTHAR (tengah) bersama jentera pemuda Kampung Sri Keledang tidak gentar dengan ugutan penyokong pakatan pembangkang.

MOKTHAR (tengah) bersama jentera pemuda Kampung Sri Keledang tidak gentar dengan ugutan penyokong pakatan pembangkang.

Pembangkang ancam henti bantuan zakat penduduk miskin jika pasang bendera BN

HULU BERNAM: “Bantuan zakat daripada Pusat Zakat Selangor akan dihentikan jika anda memasang bendera Barisan Nasional (BN) di rumah anda.” Itulah ugutan diterima penduduk kawasan perumahan Southern Kinta Consolidated (SKC) di sini, dipercayai dilakukan penyokong kuat pakatan pembangkang pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ugutan itu terbongkar ketika jentera Pemuda BN melancarkan ‘Kempen Satu Rumah Satu Bendera BN’ dengan menyerahkan bendera berkenaan kepada penduduk, tetapi dipulangkan semula kerana lebih 100 penduduk dari kawasan perumahan itu bimbang dikenakan tindakan berkenaan.

Selain itu, penduduk yang sebelum ini menerima borang 5A juga diugut bahawa nama mereka akan disenaraihitamkan daripada memiliki geran tapak rumah.

Seorang penduduk, Hasmah Sukri, 47, berkata ketika beliau sedang memasang bendera BN, seorang penyokong pakatan pembangkang datang ke rumahnya dan mengugut akan memotong wang bantuan zakat yang diterima RM250 sebulan.

Malah, lelaki itu juga mendakwa mahu menyerahkan rumah yang saya duduki sekarang kepada orang lain jika masih berdegil memasang bendera BN,” kata ibu tunggal itu di sini, semalam.

Beliau yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan berkata, suaminya meninggal dunia pada 2004 dan kini tinggal bersama seorang anak yang belajar di Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Sri Kledang, di sini.

“Bagaimanapun, saya tidak hiraukan ugutan itu dan tetap memasang bendera BN kerana yakin dengan parti berkenaan yang akan terus membantu orang miskin seperti saya,” katanya.

Saharuddin Maali, 47, berkata beliau didatangi seorang lelaki yang mengugutnya kerana memasang bendera BN di rumah.

“Ketika lelaki itu lalu di depan rumah saya, dia tanya kenapa pasang bendera orang sebelah (BN)?... awak tak akan dapat geran tapak rumah dan zakat nanti,” katanya.

Beliau yang juga pesara tentera berkata, tidak menghiraukan ugutan itu kerana menganggap pemberian hak milik tapak rumah dan zakat tidak boleh dipolitikkan.

Abd Manat Mohd, 59, berkata beliau ditawarkan bayaran 50 sen sekaki persegi bagi permohonan tapak rumah, namun tetap memasang bendera BN.

“Saya kesal sepatutnya penyokong pakatan pembangkang tidak boleh menangguk di air keruh ketika kempen pilihan raya kecil ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mokthar Ahmad, 47, berharap kerajaan Pusat peka dengan nasib penduduk di kawasan perumahan itu yang sekian lama menunggu geran tapak rumah serta bergantung kepada wang zakat untuk menyara kehidupan selepas aktiviti perlombongan di kawasan sekitar daerah ini ditutup 20 tahun lalu.

Ketua Umno cawangan Kampung Sri Keledang, Mokhtar Hassan, berkata kawasan daerah mengundi SKC adalah kubu kuat BN di Hulu Selangor dan hanya segelintir penduduk saja yang menjadi penyokong pakatan pembangkang.

Katanya, kempen kibar bendera di kawasan itu menjadi tamparan hebat kepada pakatan pembangkang menyebabkan mereka mengambil tindakan sebegitu apabila menyedari mereka gagal memperoleh sokongan penduduk di sini.

“Ini menunjukkan betapa bongkaknya penyokong pakatan pembangkang dan selama ini pihak kerajaan BN tidak pernah membezakan apa juga fahaman politik seseorang itu demi membantu rakyat negeri ini.

“Tetapi apabila pakatan pembangkang mentadbir negeri ini, mereka jadikan kuasa yang ada pada mereka sebagai senjata bertujuan mendapat sokongan rakyat,” katanya ketika di temui di Bilik Gerakan Jentera BN di Kampung Sri Keledang.
.
.

SELANGOR SONGLAP DUIT RAKYAT SPONSOR PORNTIP DAN MALIK IMTIAZ - KES TEOH BENG HOCK


Terbongkar... Kes Teoh Beng Hock

- PORNthip - RM 250,000.00
- Malik Imtiaz - RM 250,000.00
- Lain-lain kos - rasa-rasa berapa ratus ribu?

Duit rakyat senang-senang dikapuk bergitu sahaja demi membela Teoh Beng Hock... siapa simati ni yang beriya-iya sangat disanjung... kalau RM 500,000.00 ++ ini digunakan untuk rakyat alangkah baiknya...

tapi khalid gagap memilih untuk menggunakan duit ini demi menyokong kes kematian yang boleh dikontroversikan untuk kepentingan politik... nampak tak betapa tak berakalnya pemimpin PKR ni...

Tak malu ke keluarga simati Teoh terus menjaja cerita kononnya Teoh dibunuh lah dan sebagainya kerana merasakan ada support. Sedar tak support tu kerana political milage... malu kerana wang digunakan untuk membela tu milik rakyat bukan milik kerajaan selangor atau keluarga teoh... Aman kah simati melihat nama dan kematiaannya dijaja untuk kepentingan politik... melihat keluarga nya(simati) dipergunakan untuk politik busuk??? fikirlah sendiri

PORNthip - pakar yang dibayar... pastinya dia memberikan pandangan memberatkan pihak yang mengupah dia... Pening-Pening fikirlah sendiri ya...

PRK HS: Kalau kerajaan Sngor telus, kenapa bayar Dr Porntip jalan belakang?


Kami The Unspinners sudah berkali-kali katakan akuan kerajaan Pakatan Rebah bahwa Dr Porntip tidak dibayar adalah pembohongan. Dia dibayar oleh kerajaan Selangor. Khalid ada mengaku di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor membayar Dr Porntip tapi tak dedahkan jumlah.

Tiap kali Khalid gagap ngaku kerajaannya telus, kami The Unspinners ketawa terbahak-bahak. Ini satu. Satu lagi, kenapa harta Khalid tidak didedahkan ke pengetahuan awam? Telus kepala hangguk!

Berita berikut dari Selangordaily blog sini satu lagi berita kepala angguk:

Selangor Bayar Suku Juta Kepada Malik Imtiaz

Tan Sri Khalid Ibrahim perlu jelaskan mengapa kerajaan negeri Selangor membayar Malik Imtiaz sebanyak lebih RM 250 ribu atas kapasiti beliau sebagai peguam pemerhati Teoh Beng Hock.

Menurut seorang peguam, bayaran tersebut merupakan satu bayaran yang sangat mahal dan tidak masuk akal.

Peguam tersebut juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri boleh membiayai kos guaman teoh beng hock. Apakah ini bermakna kerajaan negeri akan membiayai kos guaman semua kakitanganya yang menghadapi isu undang2?

Kami difahamkan pakar forensik, Dr Pornthip juga menerima bayaran yang hampir sama. Ini bermakna kerajaan negeri telah membelanjakan setengah juta untuk kes pembantu exco ini. Wajarkah wang rakyat dihabiskan?
Kami percaya fee untuk Dr Porntip diterima oleh syarikat Malik Imtiaz yang akan serahkan cash bahgiannya.

Nak check senang, hantar JHDN masuk Malik Imtiaz & Co. Suka tengok peguam pembela murtad ini tergagap macam Khalid. Dia kalau bercakap macam dia saja tahu dan orang lain tidak tahu. Act betul ...

... entahlah, mungkinkah Dr Porntip tak mahu datang pasal duit tak dapat lagi??? jeng jeng jeng ..

KEMPEN PKR - PAKATAN HANGAT BERPULUH RIBU PENGUNDI HADIR


BERIBU-RIBU ORANG DATANG UNTUK MENDENGAR CERAMAH UMUM KEMPEN PKR YANG TURUT DIHARIRI ANWAR IBRAHIM...

BUKTI SOKONGAN RAKYAT MASIH PADU KEPADA PAKATAN RAKYAT - PKR WALAUPUN TELAH TERBUKTI RAKYAT DIBOHONGI...


LIHAT GAMBAR DIBAWAH RAMAINYAAAAA...................




PKR - PAKATAN CEDERA PARAH : DR HALILI KELUAR PKR MASUK UMNO

Sumber Malaysia Kini

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

NONEDr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:

"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.

"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

NONE"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yam, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukti yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhan raya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.

Sebab masuk Umno

NONEDr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.

'Mungkin diberi bedah hidung pula'

Dr Halili juga berkata keputusannya keluar parti dan menyertai Umno sudah lama dibuat.

Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab:

"Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikkan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.

Beliau juga memberitahu, itu kali terakhir beliau bertemu Anwar.

Sejak disebut-sebut disenarai pendek menjadi calon PKR, ini merupakan kali pertama Dr Halili bersemuka dengan media membuat kenyataan mengejutnya itu.

Bagaimanapun, pengumumannya yang dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkkan membayangkan perkara itu, menimbulkan tandatanya sama ada beliau ditawarkan 'imbuhan' untuk itu.

Dr Halili bagaimanapun menafikannya dengan separuh berjenaka: "Saya sekarang ini (pakar) bedah otak, mungkin dia beri saya bedah hidung. Tak tahulah," kata Dr Halili.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat pihak yang akan menuduhnya dibeli, itu terpulanglang kepada mereka.

"Memang adatlah. Tetapi kita masyarakat sivil, sangat tamadun, ada demokrasi. Jadi macam-macam pandangan ada. Jadi kita kena hormatilah pandangan yang berbeza," katanya

Beliau juga enggan mengulas mengenai pencalonan Zaid dan calon BN P Kamalanathan atau akan turut serta berkempen di Hulu Selangor.

Sebaliknya, jelas Dr Halili, beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia selepas ini bagi menghadiri konvokesyennya di Universiti Monash - satu keputusannya yang didakwa sudah lama dibuat dan "bukan untuk lari".

Dalam sidang media kira-kira 25 minit itu, Dr Halili bagaimanapun kelihatan sedikit 'gugup' dengan mengabaikan beberapa soalan media, kerap meneguk air dan kerap kali mengambil masa dan berbisik kepada Salehuddin sebelum menjawab soalan.

Malah di pertengahan sidang media beliau sempat berkata: "tak pernah dapat banyak kamera sebelum ini."

Bagaimanapun, di penghujung sesi itu beliau kelihatan lebih yakin apabila meminta soalan tambahan walaupun Salehudin sudah mahu menamatkan sidang media itu.

"Seronok juga, boleh tanya dua lagi, bukan selalu boleh macam ni," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 70 petugas media.

PEMIMPIN PAS BANYAK TUHAN : PENING-PENING ISLAM DI PERKUDA HABIS-HABISAN


SUMBER BLOG TOK SELAMPIT

Berapa Banyak Tuhan Fuziah Salleh Ada?

Fuziah Salleh, satu nama yang tidak asing lagi. Mana taknya, orang inilah yang beria-ria mempertahankan Ratu Bogel dan Seks Bebas, Eli Wong sehingga diangkat menjadi Ustazah di dalam ceramah-ceramah PAS. Kali ini, sekali lagi ditugaskan untuk membersihkan nama Penagih Arak Tegar (bekas?), Zaid Ibrahim, calon PRK Hulu Selangor. Di dalam sidang medianya yang disiarkan di Malaysiakini, Pengarah Pilihan Raya PKR ini dilaporkan berkata:
"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah. Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah. Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka."
Patutlah orang-orang Pakatan Haram begitu keliru dengan penggunaan kalimah Allah dalam Majalah The Herald Weekly. Banyak betul Tuhan si Fuziah Salleh ni kan? Ustazah baru PKR ni macam tahu pulak kerja Tuhan. Siapa yang boleh dihukum dan siapa yang boleh diberi pengampunan. Kalau macam tu, untuk mensucikan dosa selepas ini tak perlu lagi jumpa Nik Aziz lagi. Cukuplah sekadar jumpa Fuziah Salleh!

PENING-PENING : FIKIR LAH SENDIRI YA...

HARAKAH DAN PAS MUNAFIK - PUSING 360' DEMI ZAID KAKI ARAK


ARTIKEL DARI fbf - Ruang Bicara Faisal

P94 (5) HARAKAH DAILY U TURN 360 DARJAH


Inilah yang dinamakan lidah rasmi syaitan.

Dulu merekalah yang menjadi juara menghentam Zaid Ibrahim. Klik sini

Sekarang mereka pula yang menjadi hero membela Zaid. Klik sini

Semuanya kerana politik.

Islam, Maruah, Prinsip, Air Muka dan Pegangan diketepikan, kuasa lebih diutamakan.

Harakah...kah...kah... lebih teruk dari B#B* (ditapis untuk kemaslahatan ummah)...

ZAID SOKONG MURTAD


SUMBER BLOG ANGIN PERUBAHAN - THANKS BRO!

Zaid Ibrahim Menyokong Lina Joy Murtad?


Berikut adalah laporan dalam Harakahdaily yang ditulis oleh seorang pengarang bernama Azimin Amin berhubung kenyataan Zaid Ibrahim pada 9 September 2006. (baca sini) Antara yang disebut oleh Zaid pada waktu itu adalah seperti berikut:

"Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam. Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu? Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar.

Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam. Itu kebodohan.
Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita? Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman."

Sumber: Haprakdaily.


Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, Zaid dikecam teruk dalam Traunungkite dan beberapa laman yang pro kepada PAS. Kini Zaid ditatang bagaikan orang yang tidak berdosa bila berada bersama dengan PAS. Diarak dan disanjung sebagai calon mereka di Hulu Selangor. Pendirian orang-orang PAS boleh berubah dengan serta merta dan mengampunkan Zaid yang pernah menentang hudud. Betapa goyahnya pendirian orang PAS. Mengapa sokong calon yang pro kepada tuntutan Lina Joy ini? PAS sudah menjadi semakin liberal dan sanggup korbankan prinsip setelah ditipu dan digula-gulakan oleh Anwar Ibrahim. Sedarlah, kalau undi Zaid, anda semua akan dipermainkan nanti. Berapa kerap orang Kota Bharu ini boleh turun ke Hulu Selangor?

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT MENGUNDI
.

ZAID IBRAHIM KAKI JUDI DAN KUDA - BUKTI JELAS


DIPETIK DARI BLOG ANGIN PERUBAHAN - THANKS BRO...

Zaid Ibrahim & Kuda

Berikut adalah maklumat yang dipetik daripada laman sahabat blogger PISAU berkaitan Zaid Ibrahim dan kuda lumbanya. Pada 28hb Januari 2009, Zaid Ibrahim telah bertaruh sebanyak USD$7,847.00 untuk perlumbaan kuda di New Zealand. (baca sini) Rupanya, selain alkohol, Zaid juga mempunyai hobi untuk bertaruh menggunakan kuda.

Zaid Ibrahim telah membelanjakan sejumlah $NZ135,000.00 untuk membeli seekor kuda bernama "Kelantan" (baca sini). Kuda milik Zaid ini tidak disimpan di Kota Bharu, Kelantan tetapi dijaga di Singapura untuk tujuan perjudian. Kaki-kaki pertaruhan di Singapura amat kenal dengan kuda "Kelantan" yang dianggap sebagai kuda yang handal dan sering menang di Singapura. Malah, pada 25 Ogos 2006, kuda "Kelantan" ini telah menang pertaruhan bernilai US$450,000.00.

Apa yang pasti, hobi bertaruh ini tidak pernah diakui oleh Zaid secara berdepan dengan pengundi di Hulu Selangor. Zaid berkata orang lain hipokrit, tetapi ianya akan menjadi lebih hipokrit kalau menipu rakyat hanya untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan semata-mata. Calon anak tempatan lebih sesuai untuk menjaga orang Hulu Selangor berbanding Zaid yang sibuk dengan kuda dan "hobi-hobi" yang lain. Apa pula komen Nik Aziz tentang isu kuda ini? Mesti Nik Aziz bela Zaid habis-habisan nanti.

BUKTI JELAS - sumber blog Unspinner

PRK HS: Bukti Zaid kaki kuda untuk Azmin (jika dicabar)


Sumber: stallion.com.au


Sumber: bloodhorse.com


Sumber: stephengrayracing.com


Sumber: stephengrayracing.com

RENUNGKAN DAN SELAMAT MENGUNDI...

ZAID IBRAHIM KAKI BOTOL DAN PEMINUM ARAK TEGAR


Salam Perjuangan...

Isu dan kontroversi berkaitan Zaid Ibrahim lama dah diketahui umum.

KAKI BOTOL... KAKI ARAK
Semasa dia dilantik sebagai menteri oleh PAK tidoLAH... isu dia kaki botol... kaki arak... didedahkan oleh pembangkang (PAKATAN) siap dengan bukti bergambar lagi he he he... sekarang geng Anwar Al Leewati naikkan Zaid sebagai calon dan siap cover lagi dia dah berubah... tanya di bila kali terakhir dia teguk najis tu??? biasala berkempenkan 'pressure' & kita tak tahu org ketagih mana boleh tiba-tiba berenti he he he...

Paling Lucu PAS - dengan motto 'membangun bersama ISLAM' tapi sokong calon kaki botol... kah kah kah... ini ka pemimpin ummah yang PAS dewa-dewakan... jelas PAKATAN menjilat ludah sendiri apabila menerima dan menaikkan Zaid Ibrahim sebagai calon... ha ha ha

Khalid Ibrahim kata Zaid sudah berubah, gambar ini masa muda kah atau zaman mana?

Akhirnya Zaid Ibrahim sendiri membuktikan cabaran Azmin Ali. Pada 18 April 2010, di perkampungan estet, Kerling, Hulu Selangor, Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa (baca sini). Menurut Zaid, itu kisah lama waktu zaman muda-muda dulu. Cuba perhatikan gambar di atas, waktu zaman muda ke waktu zaman mana?.


PENGAKUAN ZAID IBRAHIM MINUM ARAK

Minum arak cerita lama - Zaid Ibrahim - SUMBER UTUSAN

HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah SWT.

"Apa pun kelemahan saya, apa pun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit - (Maknanya mengaku minumlah), apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.


Friday, April 16, 2010

P.KAMALNNATHAN : CALON BN PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR

.

.
"Perjuangan BN biasanya kalau nak bersihkan sungai, dimulakan dari hulu. Kita mulakan dari Hulu Selangor ini untuk membersihkan Selangor," kata P.Kamalanathan.
.
BIODATA P.KAMALANATHAN

.
P.Kamalanathan, atau dikenali lebih mesra dengan panggilan Kamal, bukanlah muka baru dalam politik, di mana blogger aktif itu menyertai MIC sejak 25 tahun lalu.
.
PEKERJAAN

.
- Berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Majlis Penggalakan Minyak Sawit Malaysia (Mpoc) sebelum menyertai syarikat Serba Wangi Sdn Bhd (JATI),(anak syarikat Bernas) pada 2001.
.
- Beliau memulakan kariernya sebagai kerani di Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd pada 1985 sebelum menjadi pegawai perhubungan awam dengan MPOPC selama enam tahun.
.
.
- Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus perhubungan awam bagi syarikat Carotino dan lain-lain syarikat milik kerajaan.


PENGHARGAAN & SUMBANGAN
.
- Pada tahun 2004, beliau diberi penghormatan oleh Institut Perhubungan Awam Malaysia yang memberi pengiktiradan terhadap usahanya membangunkan "Majlis Pelbagai Kaum Terbaik di Malaysia bagi tahun 2004".
.
- Baru-baru ini beliau menghasilkan sebuah dokumentari yang bertajuk 'The Truth' untuk RTM yang memaparkan kejayaan dan pencapaian komuniti India di Malaysia


KELUARGA
- Beliau yang berkahwin dengan S.Shobana, seorang pengurus kanan perhubungan awam sebuah hospital swasta,



PENDIDIKAN
.
- Beliau memiliki sijil dalam bidang perhubungan awam dari London Chambers of Commerce and Industry in England
.
- Diploma dalam bindang penterjemahan (Dewan Bahasa dan Pustaka),
.
- Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam dari Edith Cowan University di Australia.
.
POLITIK DAN PENTADBIRAN
.
- Kamalanathan juga merupakan Anggota Majlis Perbandaran Selayang dari 2004 hingga 2006.
.
- Kamalanathan dilantik sebagai ketua penerangan MIC pada perhimpunan agung parti itu September 2009 sebagai sebahagian daripada langkah presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu untuk mengukuhkan parti.

.
BLOGGER AKTIF
.
- Kamalanathan yang mengendalikan blog http://www.pkamalanathan.com/
.


KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.