Tuesday, August 10, 2010

RAKYAT DI TIPU : PAS BESARKAN KILANG ARAK SHAH ALAM

Salam Perjuangan...

Arak haram... UMNO kafir benarkan penjualan arak... Arak punca maksiat... pemimpin UMNO minum arak... UMNO lulus lesen jual arak banyak bukti tidak islamik... itu fitnah yang PAS label pada UMNO...

Dulu konon PAS nak jadi juara benteras penjaulan arak... Geng AMAL PAS pun rampas arak... kira proses sah ikut undang-undang kononnya dah termaktub dalam enakmen syariah selangor... tiba-tiba datang Ronnie Liew... PAS pun dengan rela menjadi anjing menggoyangkan ekor pada DAP bagi balik Arak tu... ha ha ha

Sekarang nah! PAS setuju besarkan kilang arak di shah alam... sekejap kata lain... sekejap buat lain... inilah PAS rakan-rakan... tidak konsisten & semua berkaitan pejuangan Islam itu bohong belaka... Islam digunakan hanya sebagai propaganda sokongan kepada PAS...

Sedarlah kita ditipu... yang pedih lagi ditipu atas nama ISLAM... mahukah kita terus menyokong mereka lagi??? FIKIRKAN...


Pas Galak Pembesaran Kilang Arak – Nawawi

Ramai rakyat rasa tertipu dan terpedaya. Janji seribu janji kononnya hendak ditunaikan sebelum ‘ayam berkokok’.

Untuk menang Pilihan Raya Umum 2008, Pas dan pakatan pembangkang berjanji menutup kilang arak, tetapi terbaru mereka menawarkan tapak kilang arak yang lebih luas Pelabuhan Klang untuk memenuhi rancangan pembesaran kilang.

Demikian ditulis oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di dalam blog peribadinya mengenai rombongan rasminya bersama beberapa Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke Kilang Carlsberg di Shah Alam, 5 Ogos lalu.

Sehubungan dengan itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Md Zin menyarankan kepada Pas Selangor agar mengotakan janji mereka yang sudah dihebahkan kepada rakyat.

“Cakap biar serupa bikin. Jangan sekadar berjanji, sebaliknya buktikan apa yang diperkatakan dilaksana seperti apa yang dikata.

“Inilah bukti `politik bohong’ yang diperjuangan Pas selama ini. Sebelum berkuasa cakap lain, bila dah berkuasa cakap lain. Adakah ini sebenarnya perjuangan Islam yang nak ditegakkan Pas selama ini,” katanya ketika diminta oleh UMNO-Online untuk mengulas itu terbaru itu.

Khalid di dalam tulisannya pada Jumaat 6 Ogos lalu bertajuk ‘Lawatan Kerja Ke Kilang Carlsberg’, antara lain mengisahkan, “Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan.”

Nawawi seterusnya mempersoalkan mengapa pula Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor (Khalid) itu sampai tergamak menggalakkan pembesaran kilang arak itu.

Katanya, alasan untuk menggantikan tapak kilang itu dengan terminal bas bersepadu tidak sewajarnya ditawar menawar dengan tapak yang lebih luas.

“Ke mana pendirian Pas? Mereka kata UMNO yang mengalakkan perkembangan arak di Malaysia. tetapi apa yang dicadangkan mereka ini membuktikan mereka bukan mahu menghapuskan budaya minum arak, malah mengalakkannya.

“Bukan itu sahaja, perkembangan rumah-rumah urut, pusat-pusat perjudian juga kini semakin berleluasa di Selangor sejak mereka memerintah,” ujarnya

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.