Tuesday, August 17, 2010

PAKATAN RAKYAT SELANGOR SONGLAP RM 1.34 JUTA WANG PASIR UNTUK JKKK

Pada 9 Mac 2010 kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim berjanji akan mengagihkan hasil keuntungan pasir sebanyak 10 % kepada JKKK di seluruh negeri Selangor.

Pada hari yang sama dan dalam kenyataan media yang sama juga dia memberitahu bahawa KSSB telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM 20 juta pada tahun lepas (2009). Klik di sini

Jika 10 % daripada RM 20 juta, bermakna RM 2 juta perlu diagihkan kepada seluruh JKKK di dalam negeri Selangor.

Klik pada imej untuk membacanya dengan jelas

Itu semata-mata PEMBOHONGAN... indah khabar dari rupa. Pada isnin lepas berlangsung majlis penyampaian pengagihan keuntungan tersebut. Yang diagihkan hanya RM 660,000.00 sahaja. Ke mana hilangnya RM 1.34 juta lagi ?

Semua angka dan fakta diatas bukan kami ambil dari media yang pro BN. Sebaliknya dari media milik Kerajaan Selangor sendiri dan media bebas kesayangan PKR dan PAS iaitu Sinar Harian. Jadi, tiada alasan untuk mereka mengatakan semua ini adalah putar belit media yang menjadi alat kepada UMNO dan BN.

Jumlah yang diagihkan adalah sebanyak RM 660,000.00 kepada 368 kampung. Ini bermakna satu kampung hanya mendapat RM 1793.47 sahaja.

Jauh berbeza dengan apa yang bos-bos KSSB dapat, iaitu bonus enam bulan yang berjumlah puluhan ribu ringgit untuk seorang. Inikah yang dinamakan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ ?

Benarlah apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang Dun Selangor bukannya Merakyatkan Ekonomi Selangor, tetapi ‘Mengkronikan Ekonomi Selangor’. Rakyat di kampung dapat RM 1793.47 untuk satu kampung, manakala kroni di KSSB dapat berpuluh ribu seorang.

Khalid Ibrahim dan Yakob Safari harus menjelaskan misteri kehilangan wang sebanyak RM 1.34 juta yang sepatutnya diagihkan kepada JKKK di seluruh negeri Selangor.

KERAJAAN SELANGOR & PAKATAN RAKYAT PEMBOHONG DAN PENIPU BESAR! RM 1.34 JUTA SUDAH DI SONGLAP KRONI MEREKA... ITU YANG KITA TAHU... YANG KITA TAK TAHU???

LIHATLAH SEKELILING... KEJIRANAN... RUMAH YB PKATAN... RUMAH ORANG KUAT PAKATAN... LIHAT DAN SAKSIKAN... BUKANKAH ANDA LIHAT KRONI PAKATAN MAKIN KAYA???

NASIB ANDA??? TETAP SAMA BUKAN??? MEREKA BERJUANG UNTUK KUASA BUKAN DEMI MEMBELA RAKYAT... TETAPI KRONI DAN SUKU SAKAT MEREKA... ANDA TELAH DITIPI DAN DIBOHONGI...

SEDARLAH... MARI SELAMATKAN SELANGOR!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.