Wednesday, August 25, 2010

HUDUD DAN NEGARA ISLAM BUKAN MATLAMAT PAKATAN : PAS SYOK SENDIRI & RAKYAT DITIPU


Rakyat ditipu buta-buta oleh PAS... terbukti perjuangan PAS adalah retorik semata-mata... buktinya... Nak dapat kuasa konon nak tegakkan negara Islam dan hukum hudud... pirah! rakyat tertipu... lihat sahaja pemerintahan di Kelantan... dan kini memperoleh 5 negeri selepas PRU 12 lalu... mana undang-undang hududnya??? mana nak menegakkan syiar Islamnya??? malahan kita lihat negeri berkenaan kini LEBIH SEKULAR berbanding zaman dibawah BN & UMNO... hasil campur tangan dan pengaruh TOKEH BESAR PAKATAN RAKYAT yang sebenar iaitu DAP...

Kini jelas Pakatan tidak setuju tubuhkan negara islam dengan hukum hudud... kenyataan DAP oleh karpal (langkah mayat saya dulu baru tubuh negara islam) dan kenyataan PKR oleh Nik Nazmi jelas menunjukkan PAS syok sendiri dan tak mungkin sama sekali berjaya... itu sebab pemimpin PAS sebelum ini kata "hudud itu hanya 1% dalam Islam"... rakyat kena tipu lagi...

Buat pengetahuan definasi negara Islam amat mudah iaitu ketua, pemimpin dan masyarakat itu Islam... berusaha menegakkan syiar Islam... dan syiar Islam berkembang baik... apa pandangan semua kedudukan Islam di Malaysia... bukankan Malaysia memenuhi definasi negara Islam... dunia akui Malaysia sebuah Negara Islam... malahan Islam agama rasmi... negara Islam bagaimana yang diperjuangkan PAS??? adakah ala-ala TALIBAN atau SYIAH... sekali lagi rakyat ditipu...

Jadi kepada yang undi PAS sebab konon demi "hudud" & demi "negara Islam" sudah lah anda telah ditipu bulat-bulat oleh mereka... penulis bimbang kalau kita terus layan dan beri sokongan pada PAS bukan tertegaknya syiar Islam malahan makin merudum... kenapa? sokong n undi PAS maknanya sokong PAKATAN RAKYAT menumbangkan KERAJAAN SEKARANG...

Kalau pakatan memerintah siapa TOKEH BESAR??? DAP betul tak... rasa-rasa syiar Islam dibawah DAP makin berkembang ke??? lihat bukti di Selangor... Pulau Pinang dan Perak... Islam diketepikan dan di rendahkan martabatnya secara halus dan licik... malahan PAS & PKR menikus kalau menyentuh bab Islam ni hingga benarkan Islam dimanipulasi bukan Islam dari DAP... bukankah itu ganbaran awal jika Pakatan memerintah nanti...


Sebelum terlambat marilah kita menginsafi diri... menolak PAS & Pakatan Rakyat... demi Allah, Rasul dan ISLAM sebenar-benarnya...

Lepas Karpal, Nik Nazmi Pula Sanggah Hudud PAS.


Pas semakin huru-hara, dalam pakatan sendiri pun tidak bersetuju pas melaksanakan hukum hudud ala pas tu, baru-baru ni pas hampir terkencing bila mana karpal singh yang juga peguam utama anwar ibrahim membantah dilaksanakan hukum hudud ala pas, tetapi untuk cover lelehan kencingnya tu nik ajis mengatakan itu hanya pandangan karpal singh, huu...huu...huu...

Benarkah itu pandangan peribadi karpal? jawapannya tidak, itu adalah pandangan seluruh kepimpinan dap (klik sini)yang menjadi sekutu pas dalam pakatan haram, tapi untuk cover malu, nik ajis kata itu pandangan peribadi karpal, dalam laman web lim kit siang satu ketika dulu ada mengeluarkan kenyataan husam musa, husam mengatakan yang hudud ala pas bukan agenda utama pakatan (klik sini) sekali gus ia juga bukan agenda pas, kalau dap tak setuju dengan hukum ala pas siapa yang akan bersetuju dengan pas untuk melaksanakan hukum pas itu? pkr?

Agenda untuk melaksanakan hudud ala pas itu juga tidak disenangi oleh pkr, terbaru bekas setiausaha politik menteri besar selangor dan juga pengarah komunikasi pkr nik nazmi juga senada dengan kepimpinan dap, kata nik nazmi "hudud tidak sesuai dilaksanakan" jelas pas sekarang terkontang kanting dalam memperjuangkan hudud ala pas itu, apa yang peliknya sudah 20 tahun pas memerintah kelantan kenapa hukum hudud ala pas masih belum dilaksanakan di sana, bila kita tanya pas kenapa tak buat hudud dikelantan, maka kita akan mendapat jawapan berbakul-bakul menyalahkan kerajaan umno/bn.

Sebenarnya kalau pas nak buat hudud di kelantan, pas dah boleh buat lama dah, tapi pas menggunakan hudud itu sebagai modal politik mereka, kalau betul mereka boleh buat hudud di kelantan dan kedah tapi kenapa pas tak buat.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.