Posting Asal : Khatib Mengaku Doakan Guan Eng

Mujahid Yusof Rawa menyatakan ianya adalah fitnah,
manakala Malik Kassim pula menyatakan ianya adalah perkara tidak waras.
Ini bukti pengakuan dari khatib sendiri. Mengapa Exco Agama Islam Pulau Pinang tidak tahu perkara ini? Ianya sudah berlaku sejak dua tahun lepas bukannya baru berlaku.
Zakaria berkata perkara ini dipolitikkan dan dijadikan sensasi. Ini bukan isu politik. Ini perkara yang bersangkutan yang agama dan kedaulatan raja Melayu. Ianya bukan boleh dipolitikkan oleh penceramah PAS dalam khutbah Jumaat.
Zakaria perlu membezakan antara tugas di masjid dan uniform parti sebagai penceramah bebas. Eloknya Zakaria mengakui kesalahan.
Usahlah terlalu membela DAP. Guan Eng dan Karpal Singh sampai sekarang mereka menentang pemerintahan Islam yang mahu dibawakan PAS. Dasar pun mereka tolak, usahlah terlalu percaya dan berharap dengan DAP. Mereka layak digelar pembohong selagi tidak mengakui perkara sebenar yang berlaku dalam doa khutbah di Pulau Pinang. Khatib sudah mengaku, bohong apa lagi. Ini bukan fitnah, ini memang berlaku
SUMBER : Angin Perubahan
No comments:
Post a Comment