Thursday, August 19, 2010

DAP PULAU PINANG DAH BAGI BONUS RAYA, KERAJAAN NAJIB BILA???

Salam Perjuangan,

Rakyat ini manusia... kadang kala bila kena pujuk dibelai sejuklah kemarahan depa... tengok DAP Pinang dia pandai manipulasi situasi semasa... pandai mencairkan melayu tu yang ramai rela jadi pengkhianat bangsa... Najib harus belajar benda ni dari DAP...

Contoh bagi bonus... nampak macam kecik je... tak da kesan... tapi dalam jangka masa pendek dia meringankan beban kakitangan dan merasai diri mereka dihargai... dalam jangka masa panjang... mereka akan merasakan bahawa padq masa depan mereka akan dapat ganjaran lagi dengan kekalkan kepimpinan yang ada... Amacam hebat tak mainan psikologi mereka...

Pulau Pinang ada berapa kerat kakitangan je... kalau kerajaan puasat ada berapa??? mainlah psiko sikit... bagi bonus and kuarkan statment baik punya... paling penting dapat redakan sikit 'api' kemarahan melayu pada cina yang gila tamak kuasa dan harta... sbb ingat semua kebanyakan penjawat awam melayu... kalau sekurang-kurangnya 90% penjawat awam undi BN dan Umno insyaAllah kerajaan sekarang takkan tumbang... yang buat tumbang 2008 lebih 38% (secara kasar) kakitangan kerajaan undi pembangkang. Bukan undi benci/dah tak sokong tapi undi protes...

Kepada Think Tank Najib saya nasihatkan jangan hanya fikri benda-benda seperti propaganda (1Malaysia, lawatan turun padang dan lain2)... transformasi ekonomi, sosial dan pentadbiran kerajaan... dan lain-lain... namun lihat juga 'personel touch' besar besaran seperti bonus kakitangan awam... dan lain-lain (fikirkan)...

Kalau tak dapat fikir baik lantik penulis jadi 'think tank' special untuk incharge GSPS 'personel-touch' Najib kepada rakyat...


Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.





Melayu medah lupa...

1 comment:

Anonymous said...

teringat filem p ramlee.....madu tiga...
baik/beri ada makna tuuuuuu...

tapi dari psikologi memang begitu...memberi yang sedikit untuk mendapat yang lebih.....

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.