Saturday, August 21, 2010

ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT MENABUR JANJI MANIS LAGI : MENIPU DAN BERBOHONG PADA RAKYAT AKHIRNYA

KEMASKINI 21 OGOS 2010

Pendapatan RM4,000 jika Pakatan kuasai Putrajaya

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran Pakatan Rakyat adalah supaya setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil-alih pentadbiran kerajaan pusat.

Penulis : Cuba selesaikan apa yang telah Pakatan janji di Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan dahulu baru nak cuba berjanji di peringkat persekutuan pula... RM 4,000 seisi rumah diyakini akan dicapai sebelum menjelang 2020 - mengikut data perangkaan dan unjuran semasa berdasarkan pertumbuhan tahunan... KAUM YANG TELAH HAMPIR MENCAPAI ADALAH KAUM CINA & PALING KETINGGALAN KAUM MELAYU...

Kalau Pakatan tak berjanji pun memang akan tercapai dibawah Kerajaan BN... apa punya menipu ni... apa nak sapu jasa BN ke??? - " Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama"




Selain itu menurut Anwar, PKR akan mencadangkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan beberapa pendekatan yang berupaya untuk melonjakkan kadar upah di negara ini demi mencapai kadar minimum pendapatan isi rumah tersebut

Penulis : Kerajaan BN TELAH LAMA MEMULAKAN PENDEKATAN INI DAN SEKARANG SEDANG DILAKSANAKAN bagi melonjakkan kadar upah yang akhirnya melonjakkan kadar pendapatan isi rumah... strategi yang Anwar & Pakatan telah dilaksanakan BN... apa kalau dapat rampas kerajaan Pakatan nak terus kata dasar berkenaan dijalankan mereka... bullshit! bertahun barulah dasar ini menampakkan hasil... ini kes ekonomi selangorlah... BN tarik pelaburan Pakatan ngaku buat jasa... satu lagi kes - " Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama"


Anwar juga berkata peningkatan pendapatan di Malaysia adalah jauh ketinggalan berbanding Indonesia di mana purata gaji naik 10 peratus antara 2007 dan 2009

Penulis - Ini paling menyedihkan... hanya yang tak berfikiran jauh akan terperdaya... nak tanya ekonomi Indonesia macam mana??? teruk bukan... kadar gaji mereka??? jauh amat rendah berbanding negara kita... tu berlambak indon macam pasar borong kat M'sia... Nilai 10% kenaikan gaji mereka berbanding 1% nilai kenaikan gaji kita kita adalah lebih tinggi... duit kita besar dari duit Indon... lagi satu ekonomi indon baru nak pulih dari kemelesetan dan baru nak membangun dan maju... berbanding kita yang dah capai taham moden dan pulih sepenuhnya ni memangla pertumbuhan mereka tinggi... namun jika sebut prestasi ekonomi... masyaAllah kita jauh lebih baik meninggalkan Indon...

Ni nak Kata Anwar & Pakatan sudah mula menabur janji manis... yang akhirnya baru kita sedar kita KENA TIPU ANWAR & PAKATAN... jangan dah terlewat baru sedar macam di Selangor... Perak... Kedah... Penang... & Kelantan... menyesal tak sudah... baik kita sedar sekarang...

13 Ogos 2010, Lim Guan Eng cakap kalau dapat Putrajaya janji RM1,000 pada warga emas, yang baru diberi di Pulau Pinang baru RM100 setahun.

25 Februari 2008, DAP janji RM6,000 setiap isi rumah, sudah menang hampir 30 bulan, janji itu hanya tinggal janji di Pulau Pinang. Hari ini (19 Ogos), Anwar pula berjanji pendapatan setiap isi rumah RM4,000 sebulan jika menang dalam pilihan raya. Nampaknya janji pembangkang tidak pernah konsisten.

Orang yang berlainan, janjinya berlainan. Ini bukan berpakat namanya. Ini mahu berebut kuasa namanya.


Berapa peratus daripada janji ini sudah dilaksana? Bukan membantu rakyat Selangor untuk mendapat rumah, malah ekuiti pembelian rumah untuk orang Melayu diminta dihapuskan di Selangor. Lihat pada janji yang berbunyi "Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri". Apa sudah jadi pada janji ini? Pasir terus dicuri dan dikorek. Mengapa Ronnie Liu tidak disiasat kerana salah guna kuasa Exco?

Sebelum menang cakap lain, sudah menang jadi lain. Pembangkang sewajibnya melaksanakan dulu apa yang telah dijanji pada 2008 kepada pengundi di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Laksana dulu di tempat yang sudah dimenangi. Usah berbohong kepada rakyat. Semua janji ini sekadar dicipta untuk alih perhatian rakyat terhadap isu utama terhadap Anwar Ibrahim iaitu liwat. Berjanji memang senang, sudah menang cakap putar belit malah berbohong lagi.

Amacam? TOLAK ANWAR & PAKATAN...



No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.