Showing posts with label PERGONG 2009. Show all posts
Showing posts with label PERGONG 2009. Show all posts

Thursday, March 26, 2009

NAJIB MAHUKAN SAF PIMPINAN UMNO AMPUH DAN PADU & BERSIH RASUAH : HAK PERWAKILAN MENENTUKAN DEMI WANG ATAU PERJUANGAN




Salam Perjuangan

Kejutan memang dah berlaku... puteri dan wanita ok... Pemuda KO! Akhirnya Pak Lah berjaya meletakkan Menantu tersayangnya selaku ketua Pemuda walaupun terbukti menantunya bersalah main duit sbb ada backing dia kena amaran je. Kenapa perwakilan pemuda tetap pilih khairy walau satu malaysia tahu Khairy SALAM ISI (Rasuah) dan Mukhris SALAM KOSONG (SK) (demi integriti dan pembersihan UMNO) hingga menyebabkan dia tertewas...

Sudahlah... persetan dengan Khairy dan perwakilan pemuda yg mengundi dia demi setia kawan kepada Wang, Harta, Pangkat, Kedudukan, Wanita, Karaoke, Disko, Rumah Urut dan lain-lain lagi...

Insaflah wahai perwakilan semua... tidak cukupkah kekalahan teruk UMNO PRU lalu menjadi pengajaran berguna untuk kita membersihkan UMNO dari segala unsur negatif - jijik, keji dan tak bermaruah... marilah kita tolak pemimpin dan calon yang mengamalkan politik wang dan rasuah dalam apa jua cara pun! UMNO perlukan pemimpin bersih dan berwawasan selaku pejuang tulen dan sejati untuk ISLAM, Melayu dan negara...

Ini peluang terakhir dan kalau rakyat dan ahli UMNO tidak berpuas hati nescaya PRU akan datang UMNO pasti berkubur... masa itu sudah terlambat buat kita semua... apakah nasib anak cucu dan generasi kita mahu kita letak ditangan DAP, PKR dan PAS yg terbukti sebenarnya DAPlah yg dominan dalam PAKATAN RAKYAT... insaflah sepenuhnya.

Kepada perwakilan wanita UMNO apakah kalian mahu menjadi wanita pelacur yang melacurkan tubuh badan, maruah, nafsu dan meletakkan kaki ke neraka dengan makan wang HARAN dengan mengundi calon politik wang...

Kepada perwakilan lelaki UMNO apakah kalian mahu menjadi Lelaki Sumbang Mahram yang merogol dan memuaskan nafsu dengan meragut maruah, mengkhianati dan menempah tiket ke neraka dengan membiarkan diri menerima wang HARAM untuk menaikkan calon rasuah...

Fikirkan... inilah peluang terakhir kita... peluang terakhir yang Allah berikan fikirkan...

KHAIRI JAMALUDIN KJ MENANG KETUA PEMUDA UMNO : PERWAKILAN PEMUDA UMNO PENGKHIANAT BANGSAT

Salam Perjuangan

Minda penulis masih lagi berfikir dan cuba memahami apakah yang dimahukan oleh perwakilan pemuda... Khairi Jamaludin telah menang selaku ketua pergeram Pemuda UMNO Malaysia - satu kejutan walhal suara akar umbi dan jumlah pencalonan sememangnya mahukan Dato' Mukhriz Tun Mahathir yg jelas mahu membawa perubahan besar dalam Pergerakan Pemuda melalui Slogan "Berani Berubah".

Apakah Perwakilan Pemuda melihat ganjaran kewangan, harta dan pangkat lebih besar daripada idealisma sejati Pemuda UMNO Malaysia... ramai kecewa bukan sahaja ahli UMNO dan pemuda di peringkat marhaen malahan seluruh rakyat Malaysia... Khairy adalah liabiliti kepada UMNO dan Pemuda dan dengan memilihnya apakah dapat memperbaiki Pemuda dan UMNO atau menyebabkan semakin jauh rakyat, ahli UMNO dan golongan muda kepada UMNO...

Benar Dato' Mukhriz HANYA SALAM KOSONG (SK) seperti kata Dato' Najib - Dato' Mukhriz berpegang teguh pada prinsip TIDAK PADA POLITIK WANG! walaupun kita tahu Beri Salah (Rasuah) tak beri Kalah - namun demi perubahan Pemuda dan UMNO Dato' Mukhriz sanggup mengambil risiko ini. Tapi apa balasan perwakilan Pemuda??? Pemuda sendiri mengkhianati perjuangan UMNO dengan memilih Khiry.
.
Terbukti Khairi BERSALAH POLITIK WANG! dan tanyalah kepimpinan UMNO di bahagian atau tertinggi mereka tahu Khairy tabur duit untuk lobi kemenangan ini... tapi kenapa masih mahukan Khairy??? Khairy janji projek ke? Khairi SALAM ISI (RASUAH) menyebabkan mereka memilih Khairy...

Pelik jika pencalonan Mukhriz sikit punya berlambak... banyak meninggalkan jauh Khir Dan KJ tetapi akhirnya Mukhriz mendapat tempat tercorot undian selaku ketua pemuda... apa yg berlaku... Apakah sogokan pergi karaoke, disko, rumah urut, wanita, janji projek, wang HARAM dan lain-lain lagi melenturkan hati perwakilan pemuda??? Bagi saya pemuda sudah hilang maruah dan perwakilan yg mengundi Khairy menjahanamkan UMNO dan mengkhianati MELAYU dan ISLAM...

Keadaan begitu tegang hinggakan Kemenangan Khairy ini, yang diberikan terbukti bersalah dan hanya dihukum diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pemilihan Umno (main duit) , dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz. Mereka berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno. Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka.

Mungkin TERBUKTI benar wujud konspirasi bagi memenangkan Khairy (KJ) yg mana berita mengatakan Pak Lah sudi lepas jawatan Presiden UMNO dan PM kepada Najib dengan syarat Najib Bantu Khairi jadi Ketua Pemuda dan projek-projek kroninya jangan diganggu atau dibatalkan seperti Pak Lah buat pada Tun Mahatir.

Harapan kini terletak pada saudara Razali "Kid" selaku naib Ketua Pemuda UMNO yg berjaya menumbangkan regu Khairy iaitu Rizal Merican... Harapnya Rizal teguh dengan prinsip dan jati diri tulen pejuang dan berani menegakkan kebenaran walau terpaksa mencabar Khairy selaku ketuanya nanti kerana yg pasti Khairy akan menggunakan senjata sama "kepala agong" untuk mengekalkan sokongan kepada beliau...

Saya yakin kalau 1 lawan 1 KJ lawan Mukhriz pasti Mukhriz menang... sebab Razali "kid" menang lawan Rizal disebabkan undi solid perwakilan yg mahukan perubahan dalan UMNO dan Pemuda... Kekalahan Mukhriz adalah kerana berlaku perpecahan undi bagi perwakilan yang mahukan pembaharuan dengan undi pecah antara Mukhriz dan Khir Toyo... Takdir Allah SWT siapa yg dapat melawannya... kita harus akur. Saya Berbangga dan Menjunjung ketulusan dan sikap gentleman Mukhriz walaupun tewas teruk masih naik ke pentas mengangkat tangan Khairy membuktikan mukhriz mementingkan perpaduan dalam Pemuda UMNO walau jauh disudut hati kita semua tahu Mukhriz lah yg sepatutnya menang... dan telah tertewas akibat permainan jijik, keji dan hina Khairy...

Apa akan jadi selepas ini ya? Apakah telah berakhir perjuangan membawa perubahan dalam Pemuda UMNO? TIDAK!!!... Kepada Pemimpin Pemuda yang mendokong aspirasi berani berubah dan mahu membawa perubahan kita perlu fleksibel dan menyusun semula gerakan kita dan terus berpegang jitu kepada prinsip dan semangat pejuang sejati... biarkan mereka yg mahukan wang, duit, harta, pangkat dan projek bernaung dibawah Khairy... namun kita harus bersatu dan berani bersuara menegur dan bertindak jika budaya itu terus dipupuk dan menular dalam Pergerakan Pemuda walau kita berperang dan berpatah arang dengan Ketua Pemuda KJ ini.

Apakah kita ingat org yg menang kerana menggunakan taktik keji, hina dan busuk akan cuba membersihkan Pemuda dari gejala yang dia sendiri amalakan???.

Walaupun usaha dilakukan rasanya apakah akan mendapat kepercayaan dan sokongan??? Bos sendiri main duit nak betulkan kami??? apa akan jadi nanti??... namun saya percaya Allah maha adil dan janji Allah itu benar... bersama kita berdoa agar Allah mentakdirkan perjuangan yg suci dan benar-benar sejati akan mencul bersama pergerakan Pemuda UMNO ini...

Moga Allah memberikan ketabahan hati dan semangat buat Mukhriz dan rakan-rakan pejuang tulen dalam Pemuda UMNO agar terus berjuang tanpa jemu walau menghadapi ketewasan ini... percayalah Allah bersama orang-orang yang benar...

Teruskan Perjuangan Demi ISLAM, Melayu dan Negara

KEPUTUSAN PEMILIHAN WANITA : PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Salam Perjuangan...

Jangkaan awal meleset kerana keputusan pemilihan wanita amat menyerlahkan kehendak suara akar umbi Pergerakan Wanita UMNO yg mahukan ombak perubahan dengan majoriti besar oleh Datuk Seri Sharizat berbanding Tan Sri Rafidah...



Jelas Zaman Tan Sri Rafidah telah berakhir dan momokan beliau yg mahu mengekalkan jawatan satu penggal lagi akibat rasa tercabar dan dendam atas alasan Dato Seri Sharizat menolak pelan perubahan kuasa nyata memakan diri... itulah hakikat yg harus diterima zaman ini bukan zaman beliau lagi... persoalan kuasa demi kepentingan diri dan peluang dengan mengetepikan suara akar umbi dan hakikat real politik menjerat Tan Sri Rafidah... keegoaan tidak mahu dilantik sebagai penasihat dan keyakinan terlampau yg dimiliki membuatkan beliau dilihat tidak lagi berjuang demi pergerakan wanita sebaliknya untuk kepentingan diri... Apakah Tan Sri Rafidah akan menjilat kembali ludahnya dnegan menerima tawaran sebagai penasihat wanita... kita tunggu dan lihat... mungkin inilah balasan kerana menutup terus dan mematikan karear politik Datuk Zaharah Sulaiman suatu ketika dulu ... mungkin Allah mahu memberikan pengajaran dan peluang buat beliau bertaubat...

Walau apapun Pergerakan Wanita seharusnya WAJIB merapatkan kembali Saf perjuangan yg telah longgar akibat pemilihan ini... lupakan menang atau kalau kedua-dua pihak harus berlapang dada dan memikirkan jauh kehadaan dengan melibatkan pihak aklah dan menang dalam memastikan kekutan Wanita tidak tergugat dengan pemilihan yg berlangsung ini...

Moga wanita dapat memperbetulkan kembali landasan dan idealogi perjuangannya agar persepsi masyarakat dapat diperbetulkan terutama kepada UMNO keseluruhannya... Bersihkan segala unsur negatif yg wujud dalam pergerakan Wanita dan Semoga Allah merahmati dan memberikan sinar cahaya kepada kejayaan Pergerakan Wanita ini nanti.. Amin

KEPUTUSAN PEMILIHAN PUTERI UMNO : PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009


Salam Perjuangan...
.
Tiada kejutan berlaku dimana sememangnya Datuk Rosnah Dan Shahanim sememangnya dijangka bakal memenangi pertandingan ini melihatkan momentum sokongan pada minggu terakhir PERGONG 2009 yang berlangsung...
.
Namun apa yg dapat dirasakan adalah pertandingan yang berlangsung didalam puteri dipenuh dan didasari sikap kekeluargaan, setiakawan dan kasih sayang. Kita melihat tiada langsung insiden dan ketegangan sewaktu pengumuman pemenang dilakukan...

Harapannya agar Puteri dapat terus mengamalkan sikap sedimikian dan terus merapatkan barisan agar terus bersatu agar mampu menjadi senjata ampuh untuk memperbetulkan UMNO dan persepsi masyarakat keseluruhannya... kepada Allah jualah kita berdoa dan berharap agar barisan dipilih ini mampu menjelmakan perubahan dan seterusnya memberikan satu anjakan paradigma mematangkan puteri... Amin

Teruskan Pejuangan...

Wednesday, March 18, 2009

UNDI MUKHRIZ : CALON KETUA PEMUDA BERSIH POLITIK WANG

Salam Perjuangan...

Kini untuk pemilihan calon ketua pemuda UMNO hanya tinggal satu calon bersih iaitu Y.B. Dato Mukhriz Tun Mahathir... beliau terbukti tidak mengamalkan politik wang... tidak seperti 2 calon lain iaitu DS Khir dan Khairy... Khairy didapati bersalah politik wang kena amaran... DS Khir terlepas namun jika diteliti kalau dah nama naik dan dihadapkan ke lembaga Disiplin sure ada sesuatu bukti diperoleh dan jelas perkaitan 2 calon ini dengan politik wang... Berbeza Dato Mukhris "BERANI BERUBAH" konsisten tidak mengamalkan politik wang...

Semua pun tahu khiry dan Khir kuat menabur dikalangan pemuda tetapi akhirnya undilah demi colon yg benar-benar bersih, berkarisma, berpandangan jauh dan memiliki ketokohan... Inilah calon harapan demi membawa berubahan kepada perjuangan UMNO... Amin


Tuesday, December 23, 2008

RASUAH : PEMIMPIN UMNO TIDAK INSAF

Salam perjuangan...

Sedih & pilu... kepimpinan UMNO masih tidak insaf... Kebetulan penulis bertemu dengan sahabat lama ketua wanita bahagian dalam satu majlis rasmi baru-baru ini... agak lama juga bercerita berkenaan bahagiannya..

Namun cerita yang menarik ialah mendapat maklumat 1st hand darinya... bagaimana beberapa pemimpin yang telah melepasi pencalonan untuk bertanding tanpa segan silu menabur & melaburkan wang bagi memancing undi... jangan tak tahu gerakan melobi telah dimulakan dan semakin rancak menjelang MAC 2009 ini... Jelas pemimpin UMNO tidak mengendahkan nasihat pelbagai pihak termasuk teguran dari Tun M.

Apapun penulis bersyukur UMNO masih ada harapan kerana BELUM / TIDAK ADA LANGSUNG nama YB Dato Mukhriz Tun Mahatir disebut terlibat dalam politik wang... insyaAllah penulis yakin kebenaran & ketulusan hati untuk berjuang demi agama bangsa & negara penuh ikhlas akan dibalas dengan kemenangan nanti... Amin

Apa yang jelas beberapa nama telah timbul dan dikatakan terlibat dengan politik wang ini a.k.a RASUAH. Nama ini jelas disebut kepada penulis oleh rakan penulis tadi yang mana antara katanya :-


"JANGANLAH PEMUDA BERTUANKAN KHAIRY... "
"RANCAK BENAR ORANG DIA BERGERAK HABIS DITABURNYA..."
" ORANG MACAM NI KE KITA NAK BERTUANKAN - MACAM MANA NASIB BANGSA & ANAK CUCU KITA"
" TAK TAHULAH ORANG-ORANG MUDA NI TAKUT TERPERDAYA ANTARA WANG DENGAN PERJUANGAN"


Suka saya memetik
kenyataan KHAIRY - JANGAN HANYA TUDUH -Utusan 20/12/2008 BOLEH DIBACA DISINI

Namun begitu terdapat juga beberapa nama lain yang dikatakan turut terlibat yang mana nama-nama ini merupakan pemimpin "high-profile" yang "untouchable"... mungkin kerana itu pening juga jawatankuasa disiplin UMNO & BPR nak ambil tindakan... Ini penulis perolehi dari
blog seperti PEMUDA PELAPIS yang boleh dibaca DI SINI

Malang sekali alasan seperti ini dijadikan alasan :-


"kalau aku tak tabur wang kalah pula nanti sebab lawan kita tu dah tabur wang"
"Takkan tak ada apa-apa Dato' kami datang jauh-jauh nak dengar Dato' bercakap?"
"Apa salah aku ambil orang nak bagi kita terima lah"
"Orang nak bagi ambil jelah time undi nanti kita fikirlah lain"


Pemimpin UMNO masih tidak insaf bahawa hanya sedikit sahaja lagi kaki mereka bakal tergelincir dari kekuasaan sekiranya salah langkah yang diambil... dengan berleluasanya rasuah dalam PERGONG 2009 nanti rakyat & masyarakat akan memberi penilaian negatif pada UMNO & rasuah ini akan menjadi modal kepada pembangkang utnuk memburukkan UMNO... akhirnya rating UMNO akan semakin merudum & berkebarangkalian untuk tewas pada PRU-13 nanti...

Jangan biarkan kebencian, kejijikan dan kejian berkaitan rasuah ini dikaitkan dengan UMNO hingga menjadi salah satu imej UMNO...

Jangan biarkan kesetiaan dan kesabaran kami yang cintakan UMNO oleh kerana ketulusan & kesucian perjuangannya.... kian luntur perasaan kecintaan ini dengan tindakan jijik, keji & bodoh yang terus dilakukan oleh barisan kepimpinan UMNO diperingkat atasan dan pertengahan ini... Tidak mustahil kebencian ini bertukar kepada tindakan yang bakal meruntuhkan UMNO nanti... Apabila UMNO Hilang sokongan Rakyat keseluruhan nanti...

Renung-Renungkan selamat berjuang...

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.