Thursday, August 18, 2011

PANAS! MAKLUMAT RISIKAN AWAL: BARISAN NASIONAL (BN) AKAN TEWAS JIKA PILIHANRAYA UMUM (PRU) DIADAKAN LEBIH AWAL

Salam Perjuangan,

Anggaplah artikel ini sebagai peringatan dan saat untuk kita "terjaga" dari mimpi yg enak-enak yg membuai kita selama ini... cukuplah bertelagah kuasa, harta, projek waima perempuan sekalipun... agenda Bangsa dan Agama perlu kita utamakan...



Kita sedikit sebanyak boleh membuat ‘prediction’ awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calun bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.

Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.

Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang).

Sekiranya MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.


Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen.

Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.


Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.


DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.


Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen da Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.


Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.



















Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.

Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.


Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.


Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini.


UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.


Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Pandan yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.


Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.


Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.


Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan.


Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang.


Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidayahnya.


Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi.


Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya. "

Sumber :
http://medan-info-kita.blogspot.com/ 
http://jemapohku.blogspot.com

8 comments:

Anonymous said...

itu u cakap kerusi bn yg jatuh kat pembangkang.kerusui pembangkang yg jatuh kat bn pula macam mana?ramai org dah meluat dengan pembangkang ni,lebih lebih lagi kawasan melayu,contoh shah alam.kebanyakan org yg undi pembangkang,lebih lebih lagi melayu kerana masa dibuat pilihan raya dulu harga minyak naik mendadak.itu shj org tak undi bn sebab protes.

Anonymous said...

Ya betul tu, kerusi pembangkang pun akan banyak jatuh ke tangan BN terutama kerusi PKR yg nyata org melayu telah menyampah.

SPMM said...

aku bimbang sebab penentu kemenangn bukan lagi MELAYU tapi cina dan india...
cina dan india sah-sah akan sokong pembangkang terutama DAP atas sentimen kuasa & perkauman
tapi undi melayu pecah dua... sure-sure lah pemberat undi beralih kepada pembangkang walaupun kawasan tu majoriti pengundi melayu...
walau macam-macam puak pembangkang buat dan hina ISLAM dan MELAYU melayu serban PAS dan islam liberal PKR tetap utuh nak sokong pakatan rakyat diterajui DAP laknatullah...
Artikel ini mnambah risau-risau...

Anonymous said...

BN akan tumbang... PAS meneraju Pakatan Rakyat

Anonymous said...

kakai tangan kerajaan kini stress...tanya semua...baget lembab..semua program hendak di jalankan...sambutan tak ada...PM nampaknya syok sendiri...suara kakai tangan kerajaan ni byk leh membuat Bn tumbang...PRU12...sauadara meka.sahabat handai meka..undi siapa ..pakatan kenapa...sebab apa yg pakatan katakan telah pengaruh minda meka..BN hanya defensif..diam...takut ,,kecut telor..ramai kini da meluat sebab BN lembab..bebal..syok sendiri

hamba Allah said...

apa la nk ssh2....PRU nnt g la undi...parti mana menang x kisah la sbb sape pun yg naik mesti akan jd tamak...gila kuasa....selagi org yg kita pilih utk naik tu xde keimanan yg kuat selagi tu la kita hidup tertindas....apa yg kita dpt???wt tambah dosa jer nk bertekak sana tuduh sini...fitnah itu ini...astaghfirullah...insaflh...ingtla kehidupan yg kekal nnt....itu yg patut kita kejar...bkn politik dunia yg kotor dan jijik nih...

Anonymous said...

Secara peribadi saya yang dah tiga kali undi apa saja asalkan bukan BN (Dgn DAP pun saya pangkah juga). Saya berbuat demikian kerana pekat anti UMNO kerana indoktrinasi PAS ketika di kampus dulu. Tapi kini dengan hilangnya agenda islam PAS akibat didakwah DAP, dan tiadanya agenda melayu dalam PR saya akan mengundi BN. Ramai juga kawan2 sebaya saya yang saya kenal pasti berubah pendirian.

Anonymous said...

daripada statistik yang sy buat, saya meramalkan bn akan tumbang.
bn akan hilang paling banyak kerusi parlimen di perak dan johor.
tidak hairanlah kalau parti gerakan sehingga sanggup utk mencalonkan melayu di pulau pinang. ini mungkin strategi yg baik bg umno, tp harus diingat, sisa2 org cina yg masih menyokong umno akan hampir 100% beralih kepada parti2 pembangkang.
keadaan akan menjadi sangat parah bg bn kerana umno akan dilihat benar2 racist dan amat bertentangan dgn konsep 1 malaysia. tidak mustahil, undi kaum lain selain melayu juga akan tidak menyebelahi bn.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.