Sunday, August 7, 2011

DR. HASAN ALI IKON PEJUANG ISLAM SEJATI : RELA DIPECAT DEMI PERJUANG AKIDAH UMAT ISLAM

Salam Perjuangan,

Ramadhan bulan Rahmat bagi mereka yg benar-benar berpegang pada "tali" Allah dan melaksanakan amal amkruf nahi mungkar... 3-4 hari ini Umat Islam digegarkan terbongkarnya usaha KRISTIAN untuk MEMURTADKAN umat Islam... Terima Kasih Dr. Hasan Ali... bagi saya beliau adalah insan yg konsisten dan berprinsip sanggup dipecat dari PARTI ISLAM kononnya iaitu PAS... tetapi sanggup bertolak ansur bab dan menjual agama demi kuasa...


BERITA PENUH

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.
Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas entri terbaru blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (http://zul4kulim.blogspot.com) bertajuk Genggam Bara Api!
Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr. Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.
Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membid as Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.
Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.
Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.
Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.


Mengapa PAS kini amat amat sgt BERBEZA sekali... kalau dulu "pantang" ada isu yg menyentuh bab ISLAM... PAS lah HERO yg kafir harbi akan gentar... ISLAM dijunjung di tempat yg teratas... UMNO pun x dalat lawan bab ini... tapi sekarang macam mana??? bab murtad, bab penyatuan dan perpaduan ummah... dan 1001 hak berkaitan kepentingan Islam dan ummah PAS korbankan, lacurkan dan gadaikan demi "menjaga" hati golongan KAFIRUN... KAFIR HARBI... apakah kini PAS menghalakan murtad pula???

Kalau zaman dulu... Hasan Ali akan dijulang sebagai hero Malaya... tapi sekarang di caci maki dibenci... seakan melakukan kesalahan besar! kerana usaha mempertahankan akidah umat Islam... membenteras gejala murtad!

Moga Dr. Hasan Ali bersabar dan teguh dengan pendirian beliau... Biar dihina manusia tapi diangkat darjat disisi Allah SWT... percayalah walau Dr. Hasan Ali "buang" PAS masih ramai lagi umat Islam yg menyokong, sayang dan sanggup berdiri bersama beliau nanti...

BERKAT RAMADHAN juga Allah tunjukkan wajah Parti PAS yg sebenar... Parti yg kononnya berjuang demi Islam walhal Islam dilacur dan diperalatkan PAS demi satu tujuan kuasa... takutkan DAP berbanding ALLAH SWT... apa sudah jadi! PAS dan Pakatan Rakyat harus ditumbangkan!

Kepada Allah Berserah... Teruskan Perjuangan

1 comment:

Anonymous said...

saya kecewa dengan PAS... Allahuakbar! apa yg PAS buat ni...

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.