Tuesday, August 9, 2011

GIMIK SARKAS : KETUA PEMUDA PAS PERTARUH DARAH DAN NYAWA DEMI ISU AKIDAH & MURTAD


Usaha Pas untuk menutup isu Jais dan gereja nampaknya tak berjaya.

Semalam Ketua Pemuda sudah angin satu badan dan dah mula bercakap pasal darah dan nyawa.


Sudah pasti perkembangan terbaru ini akan membuka polemik baru dalam isu ini.


Huh....huh...huh....makin melentinglah DAP nampaknya.


Petikan dari
malaysia insider
“Tanggungjawab ini mesti dipikul oleh semua orang Islam dan pemimpinnya justeru ia melibatkan masalah umat Islam. Umat Islam mesti bersatu di bawah payung aqidah ini dan memastikan tiada ruang retak dan bocor sebagai laluan dan peluang musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan umat Islam dari dalam.

“Justeru harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun DUN (Dewan Undangan Negeri), demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,” katanya.
Darah dan nyawa beb....

Adakah Pemuda Pas sudah bersedia melancarkan jihad ?

Tapi berani ke Pemuda Pas nak berjihad ?

Nantikan DAP tak bagi kerusi lebih dalam pilihanraya akan datang.

Macam biasalah....

Puak-puak ini kalau bercakap bukannya boleh pakai.

Hari ini bercakap berdegar-degar sampai nak keluar kerongkong, esok lusa bila DAP bersuara tarik balik dan salahkan Umno atau BN pula.

Alah....skrip macam biasalah. Skrip yang kita semua dah hafal sejak tiga tahun lepas.
Berpuluh tahun BN yang terdiri dari pelbagai parti yang mewakili pelbagai kaum perintah Selangor tak pernah timbul isu orang Islam pergi buka puasa di gereja atau pergi minta bantuan di gereja. Tetapi mereka baru perintah tiga tahun lebih dah jadi caca marba habis. Yang hebatnya di zaman mereka, gereja boleh anjur majlis buka puasa dan berani bawa masuk orang islam ke dalamnya.

Artikel asal & Kredit to : RBF

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.