Wednesday, November 9, 2016

TUDUH PM NAJIB RAZAK BOROS JAHAT PROJEK KERJASAMA CHINA KERETAPI ECRL MAHAL SANGAT DAN JUAL NEGARA

Berpeluh ketiak tengok macai dan penjilat pembangkang spin, fitnah, bohong dan menipu pasal ECRL berkontena bahan najis di manipulasi demi memburukkan persepsi rakyat terhadap usaha kerajaan berkaitan ECRL. 

Senang cerita bacalah sendiri nilaikan tuduhan-tuduhan jijik, spin, fitnah, bohong dan penipuanu pecacai dan penjilat setia pembangkang berbanding kebenaran... 6 FITNAH telah dijawab... teruskan memfitnah... kenyang nanti makan daging busuk dan mulut penuh najis serta nanah macam lapiji pondan siap dapat desert nanti saman dan bayar di mahkamah... hidup sotong!!!

1. JAWAPAN PAKAR EKONOMI FACEBOOK PEMBANGKANG YANG MEMBANDINGKAN ECRL DENGAN KERETAPI TANZANIA
.
Tanzania Railway Project:
1. Single Track Rail
2. Conventional Track (Non-Electric)
3. Support only conventional train
4. No tunnel digging through mountain
Projected Price: USD7.6b

.
Malaysia ECRL Project:
1. Double Track Rail
2. Electrical Track
3. Support current domestic train fleet, conventional & electrical
4. Tunnel digging through Titiwangsa Mountain Range
Projected price: RM55b=USD13b

. Kos yang agak berbaloi sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan projek di Tanzania. Kos untuk trek kembar bereletrik dengan masuk terowong tembus banjaran Titiwangsa bukanlah sesuatu yang murah.
.
Boleh bandingkan dengan Gotthard Base Tunnel, trek keretapi terowong yang menembusi Banjaran Alps. Trek terowong yang sepanjang 57.09km ni disiapkan pada 5 Jun 2016 dengan kos sebanyak USD12b = RM48b. Spesifikasi lebih kurang macam ECRL. Buat terowong sahaja dah cecah RM48b.

.
Bila kita rajin membaca dari pelbagai sumber dengan terbuka, banyak maklumat yang kita boleh tahu dan lebih neutral


2. JAWAPAN KEPADA FITNAH KONON RM 9 BILLION HILANG DALAM PROJEK ECRL


Portal pembangkang 'Suara Rakyat' telah mempersoalkan jumlah yang terkurang sebanyak RM9 billion di dalam pembinaan keretapi laju ECRL dengan pertanyaan wang berkenaan masuk poket siapa? Mari kita belajar macam mana nak buat pengiraan sendiri:
1. Tanya Encik Google dan buat carian 'CCCC China Communications Construction Economy'. 
2. Masuk laman web syarikat tersebut dan cari infomasi yang berkaitan dengan pelaburan di Malaysia. Masuk di bahagian 'News Centre >> Company News'  
3. Terdapat dua pengumuman yang  berbeza, pertama: 
http://en.ccccltd.cn/newscentre/companynews/201611/t20161102_50677.html  
- untuk pelaburan bernilai 46 billion; dan kedua,

- untuk pelaburan bernilai RM8.9 billion di mana portal Suara Rakyat pura-pura tidak nampak.

4. Ambil kalkulator, buat pengiraan anda sendiri, nilaikan dan hadam.

Selamat mencuba semua.



Maklumat Tambahan


Kos ECRL Meningkat Kerana Tambah Jarak, Landasan Baharu – Abdul Rahman Dahlan
Kos pembinaan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) meningkat berikutan penambahan laluan dari Gombak ke Pelabuhan Klang, menjadikan jarak keseluruhannya sepanjang 688 kilometer (km).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata penambahan laluan ECRL itu melibatkan pembinaan landasan sepanjang 88 km dengan kos sebanyak RM9 bilion, sekali gus melonjakkan kos pembinaan keseluruhan kepada RM55 bilion.

“Pada mulanya, kita merancang untuk membina laluan itu dari Tumpat (Kelantan) ke Gombak (Selangor) melalui Kuantan (Pahang). Laluan itu keseluruhannya adalah sepanjang 600 km dengan kos lebih kurang RM46 bilion…..

3. MENJAWAB FITNAH TIKET KERETAPI ECRL MAHAL RM 520



BARU-BARU ini, satu post telah menjadi viral dengan dakwaan bahawa setiap tiket untuk projek ECRL East Coast Rail Line (Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur) perlu dijual pada harga yang sangat mahal iaitu RM520.

Ini menjadi satu masalah apabila ada yang ingat kos dan pendapatan ECRL ini seperti masalah matematik darjah 6 dan boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan kalkulator.

ECRL merupakan perkhidmatan awam seperti jalan raya dan dan lampu jalan.

Memang telah dijangka yang pendapatan ECRL itu sendiri tidak akan menanggung kos pembinaannya secara langsung.

Mesej yang menjadi viral itu tidak mengambil kira perkembangan ekonomi yang bakal dinikmati oleh penduduk di Pantai Timur termasuk yang miskin.

Dengan adanya ECRL ini nanti, ekonomi negara akan menjadi lebih makmur dan pendapatan negara akan bertambah.

Sesiapa yang mengarang mesej tersebut tidak berani untuk meletakkan namanya kerana dia sendiri tahu, kiraannya itu salah dan motifnya adalah semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Kalau kita percaya dengan mesej-mesej sebigini, dengan logik yang sama, kerajaan patut berhenti membuat lampu jalan, sekolah, masjid dan banyak lagi kerana memang kerajaan tidak akan mendapat kembali duit yang dibelanjakan secara langsung melalui infrastruktur-infastruktur yang dibina kerajaan.

Dia mempunyai pengetahuan yang sangat cetek tentang pelaburan sesebuah negara tetapi rakyat lebih cerdik! – MYNEWSHUB.CC


4. MENJAWAB FITNAH KONON SYARIKAT CHINA YANG BAKAL MEMBINA ECRL DI SENARAI HITAM BANK DUNIA

Kepada Protun dan Pakatun jangan mudah menyebar perkara yang tidak sahih.

1. Bank Dunia mengenakan penggantungan terhadap China Communications Construction Company (CCCC) pada tahun 2011 berdasarkan siasatan isu lama sedekad yang lalu berkaitan dengan syarikat yang sebelum dipanggil China Road and Bridge Group, yang tidak lagi wujud.

2. Penggantungan yang telah dikenakan kepada CCCC kerana salah satu syarikat-syarikat yang telah di ambilalih mereka adalah hina Road and Bridge Group.

3. Penggantungan ini yang hanya menghalang CCCC untuk membuat projek menggunakan pinjaman Bank Dunia akan berakhir dalam masa dua bulan lagi iaitu pada Januari 2017.

4. Pada masa perjanjian bagi pembinaan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dimuktamadkan, penggantungan tersebut sudah tamat.

5. CCCC telah ditubuhkan pada tahun 2005 hasil daripada penggabungan China Harbour Engineering Company Group dan China Road and Bridge Group dan merupakan entiti yang baru sepenuhnya ..

6. China Harbour Engineering Company juga merupakan syarikat yang telah berjaya membina Jambatan Pulau Pinang ke-2 – disiapkan dalam lingkungan bajet dan mengikut masa yang ditetapkan – dan boleh dianggap sebagai mempunyai rekod yang amat baik di Malaysia.

7. Di Malaysia, syarikat kereta api China mempunyai rekod yang baik – termasuk pelbagai projek landasan berkembar, ETS yang popular dan kereta api malahan pembekal untuk koc KTM Komuter.

8. Di China sendiri, syarikat kereta api milik kerajaan mereka telah berjaya membina antara rangkaian kereta api dan kereta api berkelajuan tinggi yang terbesar di dunia dalam masa sepuluh tahun yang lalu, yang sepatutnya mendapat pujian.

9. Walaupun rangkaian kereta api mereka mempunyai landasan bersaiz 121,000 km, termasuk 19,000 kilometer, rekod keselamatan adalah baik pada tahun-tahun terakhir ini dengan hanya sedikit kejadian keretapi tergelincir atau kemalangan.

10. Satu-satunya kemalangan maut kereta api berkelajuan tinggi adalah pada tahun 2011 kerana kerosakan sistem isyarat – yang telah dilakukan siasatan dan dikenalpasti dengan pantas dan di perbetulkan oleh Kerajaan China.

11. Sepanjang tahun lepas, CCCC telah memenangi kontrak utama di serata dunia.

12. Malahan, pada tahun 2015, CCCC telah dipilih untuk melakukan projek tebus guna laut Gurney Drive bernilai RM2.3 bilion daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

13. Jika ada masalah dengan CCCC, kami yakin Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan menjadi orang yang pertama membantah sepertimana dia berbuat demikian dengan cepat terhadap syarikat milik negara China, BUCG kerana kemalangan kren di Jalan Raja Chulan.

14. Malahan, pada bulan April 2015 yang lepas, Kerajaan Australia meluluskan penjualan Leighton Holding’s John Holland Group, salah satu syarikat pembinaan terbesar di negara tersebut.

15. The CCCC hari ini adalah berbeza daripada China Road and Bridge Group sebelum ini – samalah seperti China hari ini adalah sangat berbeza daripada China komunis era Mao Tse Tung atau Jepun hari ini tidak sama dengan tentera Jepun penceroboh dalam Perang Dunia II .

16. Adalah amat penting untuk mengambil perhatian bahawa CCCC dimiliki oleh kerajaan China dan oleh kerana kerajaan China akan memberikan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang rendah untuk membiayai sepenuhnya projek ECRL ini, Kerajaan China mempunyai hak untuk melantik mana syarikat untuk mengetuai projek pembinaan ECRL.

17. Bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila Kerajaan China memilih CCCC kerana ia adalah syarikat infrastruktur terbesar milik kerajaan China dan syarikat kerajaan ke empat terbesar pada keseluruhannya.

18. Fitch Rating telah mengesahkan ‘Long-Term Foreign Currency Issuer Default Rating’ (IDR) CCCC dan kedudukan kanan tidak bercagar kepada ‘A-‘.



5. MENJAWAB FITNAH PROJEK ECRL JUAL NEGARA KEPADA CHINA

Hasil fitnah pembangkang kami sendiri keliru siapa pemilik negara ni... dan berapa kali dah negara kita dijual dan bertukar pemilik. Dulu waktu TPPA Najib dituduh jual negara kepada US.... kemudian kes 1MDB Najib dituduh jual negara kepada ARAB... hurmmm kira Najib beli balik Malaysia dari US lepas tu jual pada ARAB la pulak ya...

Dan terkini macai mamak karala nynyuk dot com tuduh Najib jual negara pada China pulak.... sooo.... najib beli balik dari Arab lepas tu jual pulak pada China... 

Keliru... mungkin juga jual ikut lot kut macam lot-lot tanah yang macai dan penjilat dapat masa zaman mamak karala dan dibawah negeri diperintah pembangkang... ermmm kiranya sabah sarawak mungkin arab punya sebab depa suka minyak... US mungkin kuasai belah barat yelah depa suka pembangunan so ada KL... dan China kuasai timur sebab buat keretapi belah timur malaysia.... so Najib masih boleh jual lagi lepas ni... mungkin pada siapa ya... ada utara dan selatan lagi.... keh keh keh...

Ermmm takkan berniaga pun dikatakan jual negara... habis negeri diperintah pembangkang ada ja projek nilai berbillion di miliki pelabur china, singapore, hong kong, US dan tuttttt.... hehehe apakah itu boleh diistilahkan jual NEGERI pulakkkk!!!!

Kesian makin tua makin merapu... duduk rumah ja lah ya... kalau tak tau bertanyalah cari jawapan... jangan spin, fitnah berbohong dan menipu pulak demi membuktikan diri sebagai boneka najis DAPiggy dan Penjilat tegar pungkok hitam mamak karala serta banduan liwat di sungai buloh...

jangan marah NANTI KENA JUAL hahahaha....

6. MENJAWAB FITNAH SYARIKAT URUS ECRL MODAL BERBAYAR HANYA RM 2

Satu Kenyataan Media yang dibuat oleh Rafizi Ramli, Dr Hatta Ramli, Wong Chen dan Ong Ka Ming, baca di sini, telah mempertikaikan tindakan Kerajaan menubuhkan syarikat urus Keretapi Pantai Timur (ECRL) dengan modal berbayar (paid-up capital) RM 2.

Pertama, adalah menjadi syarat untuk membuka Syarikat Sdn Bhd adalah melantik dua orang Pengarah Syarikat dengan saham sebanyak RM1 merangkap pemegang saham, dan syarikat baru berkenaan didaftarkan dengan modal berbayar (paid up capital) RM2.00.

Kedua, apabila Kerajaan menubuhkan Syarikat Sdn Bhd, Kerajaan akan memberi kuasa kepada dua orang pegawai kanan kerajaan menjadi Pengarah Syarikat. Ini kerana dua orang pengarah adalah minimum keperluan dalam sebuah Syarikat Sendirian Berhad ditubuhkan di negara ini.

Ketiga, bagi syarikat kerajaan yang baru ditubuhkan pemilik sahamnya ialah Ministry of Finance (MOF) Inc. Bagi syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd, milik MOF Inc, saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua adalah Setiusaha Bahagian dan Timbalan Setiusaha Bahagian di Kementerian Kewangan. Kedua-dua mereka hanyalah penama atau nominee sahaja. Boleh dirujuk kepada Memorandum of Association.

Keempat, kebiasaannya, Syarikat Sdn Bhd yang dimiliki orang kebanyakan, mereka akan meningkatkan modal berbayar ke RM100 ribu atau lebih untuk menaikkan kredebiliti, keperluan tender atau pinjaman bank. Namun, bagi syarikat milik kerajaan seperti Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang menandatangani MOU dengan syarikat dari China untuk kerjasama pembinaan landasan kereta api koridor timur, syarikat berkenaan tidak perlu meningkatkan apa-apa modal berbayar sebelum tanda tangan perjanjian kerana tidak dikehendaki oleh pihak dari negara China.

Kelima, Malaysian Rail Link Sdn Bhd ditubuhkan pada 26/09/2016. Tahukah Rafizi Ramli & Co., untuk meningkatkan modal berbayar sahaja perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk diproses?

Untuk penjelasan cepumas, Syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menguruskan kesemua aset-aset di Selangor, telah ditubuhkan bertahun. Aset yang berjumlah berbillion dipindahkan ke syarikat ini. Modal berbayar masih lagi RM2. Paling mengemparkan, Lembaga Pengarah syarikat DEIG bukan dari  kakitangan kanan kerajaan negeri Selangor. Kenapa Rafizi Ramli & Co. tidak bising?
Untuk penjelasan cepumas kedua, Kerajaan Pulau Pinang menandatangani 5 perjanjian berasingan untuk projek jalan-jalan utama dan terowong bawah dasar laut bernilai RM6.3 billion. Satu perjanjian adalah di antara Kerajaan Negeri dan Kosortium Zenith-BUCG yang bermodalkan hanya RM2 semasa perjanjian ditandatangani. Kenapa Rafizi Ramli & Co. tidak bising?

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/11/pembangkang-bising-syarikat-rm2-mof.html#BaXL5cAoV28IJAME.99


KESIMPULAN : BACA ARTIKEL



Tindakan pembangkang untuk memburukkan Kerajaan yang telah berjaya memeterai perjanjian persefahaman dengan China Communications Construction Company (CCCC) gagal lagi!


Seperti yang kita tahu,pihak pembangkang sentiasa melupakan pepatah yang berbunyi “Sebaik-baik Perancang Adalah Perancangan Dari Allah S.W.T” Satu persatu fitnah pembangkang telah diperlihatkan “Pembohongan Nyata Mereka”.


Sebelum ini telah diumumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan China Communications Construction Company (CCCC) untuk pembinaan dan pelebaran jajaran keretapi meliputi bahagian pantai timur semenanjung Malaysia, bermula dari Pelabuhan Klang sehingga Jajahan Tumpat di Kelantan bernilai RM55 Billion (http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/31/malaysia-china-menterai-perjanjian-projek-ecrl-esok/). Projek yang dirancang ini akan melalui bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pelabuhan Kuantan, Kemaman, Pelabuhan Kerteh, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.


Jika diteliti betul-betul, projek berimpak tinggi ini bukan sahaja melibatkan kawasan yang disebutkan sahaja tetapi juga pelebaran jajaran keretapi sehingga ke kawasan Mersing di Johor.


Pelaburan besar ini akan memberi manfaat kepada seluruh kawasan East Coast Economic Region (ECER) yang meliputi 51% kawasan semenanjung Malaysia di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.


Selain itu, pakej ECRL adalah meliputi zon timur yang bernilai RM46 Billion (http://en.ccccltd.cn/newscentre/companynews/201611/t20161102_50677.html) dan zon selatan yang bernilai RM8.9 Billion (http://en.ccccltd.cn/newscentre/companynews/201611/t20161102_50676.html). Adalah tidak tepat untuk menggambarkan projek berkenaan yang diwar-warkan bernilai RM55 Billion dengan hanya mengambilkira nilai untuk zon timur sahaja tanpa mengambilkira pakej asal yang sebenarnya juga melingkupi zon selatan.

1 comment:

Anonymous said...

sudah la tu. Semua orang dah tau jenis berniaga menteri menteri mark up price berkali ganda projek kerajaan, lebihan masuk poket kira komisyen sendiri dengan kroni kroni.

Bila hutang negara tak terbayar, akan tergadai negara isi di lelong semua.

Ibarat semua sudah di tangan Ah Long.

Sejarah hanya mengingatkan sahaja.....

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.